bukan kolera..

kejadian berlaku pada hari sabtu lepas, kami baru nak bergerak pulang ke rumah PIL kat Beaufort lebih kurang jam 12 tengahari. tetiba, belum sempat tekan pedal minyak, danieL muntah susu. habis kotor kereta dan pakaian danieL. perjalanan tertunda beberapa minit untuk tukar pakaian danieL dan bersihkan tempat duduk.

dalam perjalanan, tak ingat dah sampai mana, danieL muntah lagi tapi kali ni tak sebanyak tadi, mungkin sebab isi perut dah berkurang.

sampai pekan Beaufort dalam pukul 2 petang, kami singgah kat Restoran Malaysia untuk lunch bersama FIL dan ipar, dennie. kononnya kat rumah takde makanan sebab MIL pegi rumah orang kahwin, biasa la adat kampung, gotong-royong masak memasak. kat restoran, 2 kali danieL muntah susu, habis pakaian umi basah kuyup, seluar hitam jadi color putih. huhu.. so, sebelum balik, harus singgah klinik dan doktor bagi ubat sakit perut/ buang angin dan ubat tahan muntah. punggung danieL juga dimasukkan ubat tahan muntah.

sampai rumah PIL, cepat-cepat mandikan danieL dan bagi makan ubat, sebab FIL nak ajak danieL kuar gi ambik MIL. risau gak kalau danieL muntah dalam keta dennie, tapi syukur alhamdulillah.. 80 minit perjalanan danieL tak muntah. lepas menyusu sambil nonton tv, danieL muntah lagi. habis kotor kusyen dan baju umi yang baru siap mandi. huhuhu..

nasib baik umi bawa bekalan baju danieL banyak skit, so baju yang dah kotor cepat-cepat masuk dalam mesin basuh. baju umi? terpaksa la pinjam baju adik ipar. pukul 5.30 petang, danieL dah berhenti muntah-muntah tapi diganti dengan cirit-birit. kali kedua CB pukul 6.30 petang dan kali ketiga pukul 7.30 malam. terus saja PIL suruh bawa danieL ke klinik, padahal dah pegi pun petang tadi. memandangkan klinik tu ‘mungkin’ dah tutup, so kami buat keputusan nak bawa danieL terus ke bilik kecemasan, Hospital Beaufort.

dalam perjalanan ke hospital, danieL dah terlelap dalam keta. masuk dalam bilik kecemasan, danieL terbaring di atas katil. doktor pun cek kondisi badan danieL, tanya soalan itu dan ini, dan akhirnya doktor kata nak ambik darah danieL sebab nak tengok samada dia mengalami dehidrasi atau tidak. bermula la drama danieL meronta-ronta kerana dicucuk dengan tiub jarum. huhu.. kesian danieL..

sejam menunggu keputusan, Dr. Dahlia cakap badan danieL memang dah kekurangan air, so kami ada 2 pilihan jer samada nak tahan danieL dalam wad kanak-kanak untuk masukkan air atau boleh bawa balik dan bagi minum air garam. tapi, kalau danieL muntah lagi, air garam tu takde kesan dan kami perlu bawa dia semula ke hospital dan tiub jarum terpaksa dicucuk semula. nak tak nak, terpaksa lah umi ambik keputusan bermalam di dalam wad bersama danieL sebab tak nak drama kesengsaraan danieL berulang lagi. masa ni memang dah rasa pelik sebab sebelum ni tak pernah lagi dengar anak orang ditahan dalam wad hanya disebabkan CB biasa. ermm..

semasa dimasukkan ke dalam wad, danieL dah tertidur semula. lega la skit, sekurang-kurangnya dia dah tak ingat tiub yang masih melekat di tangan dia tu. FIL datang bawakan pakaian danieL yang hanya tinggal beberapa pasang jer lagi. dalam pukul 10.30 malam, tetiba danieL bergerak dan rasa tak selesa dengan kondisi tangan dia yang seolah-olah terikat lantas bermula lagi sesi meraung dan menangis, memohon kebebasan. 15 minit pertama umi cuba juga pujuk dia untuk tidur semula.. tapi, pujukan umi langsung tak memberi kesan, makin kuat plak tangisannya, so… ada ku kesah?! lantak la danieL! anak orang lain pun dah mulai menunjukkan simptom-simptom tension mendengar raungan danieL.

huhu.. masa ni dah mulai rasa bersalah, mungkin kah kami dah buat kesilapan untuk tahan danieL dalam wad? sebelum buat keputusan ni, langsung tak terfikir danieL akan kesakitan seteruk ini, sebab kalau mengikut sejarah, ini bukan kali pertama danieL dicucuk dengan tiub jarum. mungkin sebab dulu dia masih baby dan tak seaktif skang. menyesalnya.. seolah-olah mendengar rintihan si umi, nurse datang menghampiri. “biar ja dia menangis, nanti kalau penat, dia berhenti sendiri.” pujuk si nurse. umi hanya mengangguk, tapi dalam hati, “kau ingat anak saya ni pandai penat ka?”

akhirnya.. pasrah..

nak dekat 2 jam, danieL dah mula ‘main kasar’ dan kesabaran umi pun dah sampai ke tahap maximum. nak tak nak, umi pun terpaksa main kasar juga, tapi marah dalam keadaan berbisik jer la, sebab tak sampai hati gak nak marah danieL di khalayak ramai. tak sangka, sekali marah jer, danieL pun diam dan mau dibaringkan. baru la umi rasa selesa skit, baru la rasa lapang skit nak mencapai mee goreng mamak yang abah beli di kedai tadi. jam 12.05 tengah malam ok, baru nak dinner, ada ku kesah? baru teringat, danieL pun tak makan banyak sejak siang tadi, sebab asek muntah, so umi cuba-cuba la suapkan mee tu ke mulut danieL, kut-kut dah ada selera makan. alhamdulillah.. danieL dah menunjukkan reaksi positif dan makan dengan penuh berselera. kesian anak umi…

tak ingat pukul berapa, sedar tak sedar kami berdua dah tertidur di atas katil yang sama. sape yang pernah masuk wad kanak-kanak, korang pasti tau saiz katil tu macamana. tak kesah, memandangkan badan umi yang kecil, boleh je muat dalam katil tu. tapi, tidur memang tak nyenyak sangat sebab 4 biji lampu kalimantang masih memancar dengan terang benderang, anak ‘jiran sebelah’ plak asek ‘meroyan’ kesakitan. kesian anak tu.. dalam keadaan ni, baru la umi sedar bahawa cabaran yang ditanggung oleh danieL skang ni tidak la seteruk mana jika dibandingkan dengan ‘jiran sebelah’.

pagi ahad, seawal pukul 6 pagi, danieL dah bangun sedangkan umi masih terlelap. alhamdulillah, danieL tak meragam macam semalam, mungkin dah biasa dengan ke-tidak-selesa-an pada tangannya. nurse mula meronda ke setiap katil, ambik bacaan suhu badan dan tekanan darah setiap pesakit. ada juga yang perlu disuntik dengan antibiotik dan bermula lagi drama raung-meraung, tapi kali ni danieL plak yang jadi tukang ketawakan orang lain. huhuhu… mentang-mentang dia tak kena antibiotik, kan?

pukul 7 pagi, masa melawat dah tamat tapi batang hidung abah masih tak kelihatan. aikkk.. tidur nyenyak nampak!! umi called abah dan rupanya abah baru nak naik lift ke tempat kami. adedeh.. kes lewat bangun la ni. abah bawakan makanan kegemaran danieL iaitu jagung rebus. thank you, abah.. tak lama pastu, giliran danieL plak masuk ke bilik rawatan untuk ambik darah. alhamdulillah, danieL menangis skit jer. then, PIL datang bawakan macam-macam jenis biskut. amboi-amboi, macam bekalan untuk sebulan plak. hehehe…

pukul 9.30 pagi, abah called, rupa-rupanya dia masih lepak kat bawah, tunggu doktor sampai. sebab kalau doktor tak bagi discharge hariΒ  ni, abah nak minta kami dipindahkan ke Hospital Ibu dan Anak, Likas. malangnya, doktor sampai pukul 9.50 pagi. masa ni abah dah keluar dari kawasan hospital. selepas membaca kes danieL, Dr. T*** rasa hairan kenapa danieL tak diberi sebarang ubat sejak semalam. so, dia buat keputusan untuk berhentikan aliran air dari tiub dan bagi minum antibiotik. danieL tidak dibenarkan balik sebelum keputusan diterima. keputusan apa? rupa-rupanya, baru lah umi tau, pekan Beaufort skang ni mengalami serangan wabak kolera (taun). masa ni baru la terjawab semua teka-teki semalam, tapi semalam kami dah inform kat Dr. Dahlia yang kami ni baru jer sampai dari KK dan bukannya menetap di Beaufort. so, sepatutnya kes kolera ni tak timbul dan umi yakin danieL hanya mengalami CB biasa.

tak sabar nak pulang…

umi cuba juga request kalau kami boleh dipindahkan ke Hospital Likas, tapi dengan selamba Dr. T*** menjawab, “Likas tak terima kes simple macam ni. Kementerian Kesihatan dah kuarkan notis bahawa sebarang kes diarrhea di Beaufort perlu ditahan dalam wad sekurang-kurangnya 3 hari.” apa?! 3 hari?! cepat-cepat umi called abah untuk sesi mengadu dan membebel. pukul 11 pagi abah datang dan terus berbincang dengan nurse. serba salah nurse dibuatnya sebab dorang takde kuasa untuk buat keputusan. akhirnya dorang minta kami bersabar dulu, sebab hanya Dr. T*** yang bertugas pada hari ni. dorang akan cuba contact doktor tu untuk datang berbincang dengan kami. so, sabar la yer…

ok, takpe.. sementara korang pun bersabar membaca entri yang panjang ni, meh kita layan iklan 5 minit. hihihi..

anak ‘jiran sebelah’ masih lagi meroyan dari semalam. kesian.. dan kesian juga pada si ibu sebab dari semalam tak tidur. saya pun tak pasti apa sebenarnya sakit anak ni, tapi dia muntah darah dan berak darah tanpa henti. semalam Dr. T*** juga la yang datang melihat anak ni, tapi dari semalam dia tak buat sebarang keputusan. baru pagi ni dia dikejarkan ke Hospital Likas. kondisi anak tu memang dah sangat teruk, badannya pucat dan bernafas dengan bantuan tiub oksigen. menurut si ibu kununnya anak ni jatuh dari bangunan tinggi, tapi yang peliknya anggota luaran takde sebarang kecederaan. saya tak pasti baper umur dia, tapi dalam lebih kurang 11 tahun la kut. walaupun kondisi badan dia sebegitu lemah, dia masih ada tenaga untuk menjerit marah-marah dan meronta-ronta tak mau dipegang. errmm.. dalam hati mula menyangka yang bukan-bukan, mungkin ada ‘makhluk’ lain yang tinggal dalam badan dia. na’uzubillah..

ok, kita sambung citer pasal danieL plak…

akhirnya selepas 4 jam menunggu kedatangan Dr. T***, kami dibenarkan keluar. yeahh!! doktor tak bagi sebarang ubat, hanya beberapa bungkus serbuk garam untuk diminum sekiranya danieL CB lagi. sampai di tingkat bawah, umi dapat tahu bahawa anak ‘jiran sebelah’ yang sepatutnya dihantar ke Hospital Likas pagi tadi telah kembali ke rahmatullah. Inna lillahi wa’inna ilaihi raji’un..

anyway, hajat utama untuk balik Beaufort dah tercapai walaupun terpaksa bermalam di dalam wad. alhamdulillah..

pukul 6 petang, kami bergerak dari rumah PIL balik ke Inanam. sebelum sampai, kami singgah di Poliklinik Permai Inanam, kut-kut la ada ubat yang lebih mujarab untuk danieL. tak sangka, doktor pengganti yang bertugas ialah Dr. Fatihah, doktor yang menjaga danieL masa dia ditahan di wad kanak-kanak Likas dulu. huhu.. malangnya doktor dah tak ingat danieL, maklum la banyak sangat pesakit yang pernah dirawat. bukan main excited si umi menyingkap kisah silam danieL bersama Dr. Fatihah suatu masa dulu, namun… doktor hanya mampu tersenyum. hahahahaha…

doktor tanya kenapa tangan danieL berbalut? umi pun mula berciter blah-blah-blah. dan seperti yang telah dijangka, doktor memberi respon, “aik.. sepatutnya dia tak perlu masuk wad.” umi pun menyambung citer berkenaan kolera plak, then baru la doktor faham. tapi, malangnya doktor pun tak bagi sebarang ubat, hanya serbuk air garam yang perlu diambil oleh danieL.

keesokan harinya, danieL masih CB. sepanjang hari tak nak berenggang dengan umi, so umi terpaksa la ambik cuti. mulai semalam, warna najis danieL dah bercampur dengan warna hitam dan mengikut pengalaman lepas, ini adalah tanda-tanda positif danieL akan sembuh. korang mesti tertanya-tanya kenapa danieL boleh terkena CB ni kan? actually, saya pun tak pasti, tapi kalau tengok dari kandungan muntah pertama yang dikeluarkan oleh danieL, mungkin disebabkan kerepek pisang yang abah bagi dia makan sebelum tu. menurut abah, bagi dia kerepek tu masih ok, tapi memang agak lemau (masuk angin) la. so, umi yakin memang itu la penyebabnya. adakah patut bagi anak makan makanan yang dah lemau? huhuhu..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

5 Responses

  1. syahada says:

    Lora, meremang bulu roma sha bila baca part yang ‘jiran’ daniel dah meninggal. Kesiannya la, dah tahu kondisi budak tu teruk, kenapa awal2 tak hantar ke Likas. Sedihnya bagi pihak ibu dia. πŸ™

    Entri yang panjang, tp tak bosan. Sbb sha pun ade pengalaman tido atas katil yang ‘cute’ itu. hehe, 2 malam you. πŸ˜‰

    Harap daniel cepat sembuh, pesan kat abah daniel, klu beli kerepek pisang hari ini, sila habiskan hari ini juga. :p

  2. ibumadeeha says:

    sha meremang, saya plak bila dapat tau berita buruk tu, rasa macam nak pitam jer. tu la pasal.. memang rasa tak puas hati ngan Dr. T*** tu.

    huhu.. nanti saya sampaikan pesan sha pada abah danieL yer. πŸ™‚

  3. Hanazku says:

    Bila ni laura? Sian daniel. Semoga cepat sembuh ya. Cuti ka ko time ni? Patut lama nda tgk ko d opis hehe

  4. ibumadeeha says:

    Baru yang hari sabtu lepas bah, hari ni masuk kja da. Huhu..

  1. July 22, 2011

    […] kena CB yang paling teruk hari tu, selera makan danieL semakin bertambah baik dari biasa. Sape tak happy kalau anak rajin […]

Leave a Reply