the reality of life

dari semalam memang dah plan tak nak masuk kerja hari ni, sebab.. nak siapkan kerja-kerja rumah yang terbengkalai. seriously.. sepanjang weekend betul-betul tak larat nak buat kerja rumah. tapi.. kuar berjalan larat la plak! ahahaha.. biasanya sebelum kuar, saya akan siapkan dulu semua kerja-kerja rumah, tapi kali ni memang betul-betul takde mood ok! mungkin sebab keadaan perut yang belum seberapa pulih, malas sangat nak bergerak! hubby bawa keluar, ok la.. dengan syarat, hubby yang terpaksa melayan karenah danieL. seriously.. saya dan hubby betul-betul kepenatan, sampai makan pun tak larat ok!

masuk rumah jer, rasa nak baring cepat-cepat. tidur macam tak pernah nak cukup! danieL sorang jer yang kekal aktif, alhamdulillah.. kali ni, danieL plak yang jadi guardian angel umi dah abah. hehe..

so, hari ni tetap bangun awal macam biasa, untuk masak makanan danieL, iron baju kerja hubby (ermmm.. baru nak kelam kabut pegang iron) dan siapkan danieL. walaupun saya cuti, danieL terpaksa gak dihantar ke rumah pengasuh dia supaya saya dapat siapkan kerja-kerja rumah dengan cepat tapi.. skang ni dah mula rindu kat danieL, padahal belum pun start buat kerja. amboi.. kata nak buat kerja dengan fokus, tapi sempat plak update blog. hahahaha..

actually, pagi tadi berlaku incident yang tak menyedapkan hati. sedang saya sibuk siapkan danieL, tetiba mood hubby berubah. memula tu dia kelam kabut cari bill telefon dia, biasa la lelaki.. bab-bab menyimpan barang ni adalah kelemahan utama. aktiviti mencari plak selalu berlaku pada masa-masa kecemasan. seriously.. saya pun tak tau macamana nak tolong dia mencari, sebab saya tak pernah nampak pun benda tu. mungkin stress mencari tak jumpa-jumpa, tetiba mood hubby bertukar jadi marah-marah.

memula marah kat danieL, sebab danieL skang ni suka tarik-tarik kerusi pastu, biar jer kerusi tu dalam keadaan tak tersusun. saya biar jer danieL kena marah sebab memang pun salah dia dan kalau saya menyampuk, sah-sah kena marah juga oleh hubby. tak lama pastu, marah saya plak sebab biarkan pintu dapur tak bertutup. errr.. apa masalah pintu dapur tak tutup? bukannya takde orang dalam rumah.. dan lagipun saya memang nak kuar gi jemur kain kat luar. so, mood saya pun berubah la juga kan? actually, memang nak gi jemur kain dah masa tu, tapi memandangkan hubby dan danieL dah nak kuar, saya tunggu la dulu, nak peluk cium danieL sebelum jalan. bila mood dah berubah, ermmm.. lain plak kejadiannya. saya pun terus gi jemur kain kat luar, tak sempat pun bersalam-salaman dengan dorang! huhu…

so.. sape kata hidup berumahtangga ni sentiasa bahagia? memang tipu la kalau ada orang mengaku tak pernah gaduh dengan pasangan masing-masing. kekadang, bila fikir-fikir balik, benda kecik jer pun.. tapi, memang tak heran kalau boleh jadi bahan gaduh dan lebih teruk lagi, boleh menjadi sebab perceraian. na’uzubillah..

bagi kawan-kawan yang masih bujang di luar sana.. jangan pernah menganggap korang akan berkahwin dengan orang yang paling perfect di dunia. hahaha.. istilah paling-perfect ni actually impossible kan? setiap orang pasti ada kelemahannya, belajar la mencintai kelemahan itu. macam hubby saya ni, memang sangat-sangat sensitif dan boleh bertukar mood tanpa diduga. so, saya kena lah sentiasa berfikiran positif sebab saya tau dia pun stress dengan kerja kat ofis. kekadang kemarahan dilemparkan pada ahli keluarga sendiri, memang la rasa tak sedap hati.. tapi kalau bukan kita, sape lagi tempat dia nak ‘meragam’ kan?

ok la, tak nak lebih-lebih mengumpat hubby sendiri.. saya ada mission yang perlu dilaksanakan pada hari ni. oh ya, gastrik saya dah pulih, bukan sebab makan ubat yang diberi oleh doctor tapi.. sebab rajin menggosok perut dengan Pati Halia. terima kasih la pada Kak Lin yang memberikan tips berguna ni. nampaknya selepas ni saya kena amalkan selalu, huhu.. rasa macam dah tua plak.. dush!! memang pun dah tua!! 😛

happy monday everyone!

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply