Kaamatan 2011

cer hidu.. cer hidu.. ada bau basi tak? hahaha.. orang lain dah lama citer pasal cuti Kaamatan, Unduk Ngadau 2011 dan sebagainya.. saya plak baru nak update. sori la ging.. layan jer la..

anyway, saya bukan nak citer pasal Unduk Ngadau. dah banyak sangat entri pasal ni. kalau korang nak tau, google ajer la yer.. seperti tahun-tahun lepas, sebut jer Kaamatan, mesti ingat Unduk Ngadau kan? seolah-olah Kaamatan ni adalah hari untuk meraih kejelitaan awek-awek Sabah. hehehe.. ok la tu. tapi.. apa agaknya perasaan kaum-kaum lelaki Sabahan yer? of course dorang juga enjoy mencuci mata, melihat kecantikan calon-calon Unduk Ngadau, lebih-lebih lagi kalau ada yang boleh di ‘kuntik’, sape tak nak beristerikan pompuan cantik kan? hehe..

tahun ni, daerah Ranau turut meraihkan ke-macho-an lelaki-lelaki Sabah dengan mengadakan program 4×4 Challenge. atau.. dalam bahasa kampungnya ialah pertandingan merosakkan kereta. oohh! sesungguhnya saya tidak pandai mengulas panjang tentang program ni sebab saya bukan peminat tegar sebarang jenama kereta. bagi saya kereta adalah untuk dijaga sebaik mungkin supaya dapat membantu kita menyara kehidupan, tak kesah apa jua jenis kereta tu. anyway, memandangkan saya sudah berada di tapak kejadian, saksikan la kehebatan mereka..

program berlangsung di Kg. Lohan Dam, Ranau mulai 29 – 31 Mei 2011

acara perasmian kami adalah seperti gambar di atas (my mum and my older sister with her sleeping daughter), manakala program telah dirasmikan oleh Tan Sri Kasitah Gaddam

hari ni adalah hari ketiga iaitu hari terakhir program diadakan. sebab tu lah ada keta yang dah kotor..

dah rosak.. (mission accomplished!)

cabaran paling mudah bagi keta 4×4..

cabaran paling susah berada di hujung sana, dikerumuni oleh para penyelamat

kereta yang malang tu hampir berjaya dikeluarkan dengan bantuan Hitachi

thank you, Hitachi..

bersedia untuk menjunam ke dalam lopak..

then.. the next car..

see?? it’s so damn easy!! yayy!!

walau secara membuntut, it’s still easy!!

how ’bout this?? still easy?

ikat.. jangan tak ikat!! tau pun takut.. hehe..

lorr.. baper kali nak ikat? teringat plak masa ODEC hari tu.

finally.. terjun.. jangan tak terjun..

berebut-rebut orang nak merakam aksi berani ni. at the end, kereta ni berjaya naik semula ke atas tanpa bantuan Hitachi. saya tak berjaya ambik gambar kejayaannya sebab tak kuasa nak berebut dengan photographer lain.

macamana? boring? memang agak boring bagi yang tidak berminat. my mum said, previous year lebih best sebab dorang buat kat Kundasang dengan corak pertandingan yang berlainan iaitu berlumba-lumba merentasi hutan belantara. tapi time tu tidak dibuat sempena hari Kaamatan. only this year saya berkesempatan menyaksikan 4×4 Challenge secara live, sebab kebetulan cuti panjang dan dapat lah pulang ke kampung halaman. so.. that’s my story for Kaamatan. 😉

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. aima says:

    ni la bah mainan lelaki ni….

Leave a Reply