gastrik oh gastrik

entri sebelum ni saya dah bagitau, 3 hari lepas saya diserang gastrik yang berlarutan. lepas tu, kemarin dah dapat bantuan perubatan (Actal) dari JK Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. gastrik berkurang tapi semalam ia menyerang lagi, jadi nak tak nak, pagi tadi selepas hantar danieL, saya singgah ke Permai Poliklinik Inanam.

doctor cakap, sah memang gastrik. actually, kalau ikutkan hati, malas gak nak gi klinik sorang-sorang, tapi sebab hubby dah banyak kali membebel melalui handphone, maklum lah hubby tengah busy ber-outstation skang ni, so pegi la juga. nasib baik gastrik jer, jangan la kena keracunan ke.. ulser ke.. cancer ke.. na’uzubillah..

lepas breakfast dan makan ubat dari klinik, sakit tak juga redah. lepas lunch, perut masih berkeroncong, banyak sangat angin dalam perut. time lunch, sempat gak beli losyen Pati Halia untuk disapu pada perut. tapi.. macam takde kesan jer. dorang kata kena pakai 2 tiub, so saya pun pakai 2 tiub la, tapi.. tak rasa panas pun. hahahaha.. ni mesti sebab lemak kat perut tebal sangat!!

nampaknya, dari pagi sampai la skang, belum ada mood nak buat kerja sebab fikiran asek fokus pada bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh perut. sambil-sambil tu, cuba-cuba la bertanya pada uncle Google dan menurut beliau, susu kambing Hi-Goat juga baik untuk penghidap sakit gastrik. lorr.. nak kena gi beli susu kambing plak ke lepas ni? nampaknya petang ni kena singgah kedai dulu sebelum ambik danieL jadi, sebelum tu harus bertanya pada kawan-kawan yang tau kat mana ada jual benda ni. tanya punya tanya, rupa-rupanya kat ofis saya ni pun ada agent yang menjualnya, walaupun bukan jenama Hi-Goat, yang penting susu kambing la juga. syukur..

susu kambing Bio Goat, RM 35 sekotak (15 sachets). lepas minum tadi, dah tiga kali sendawa, sepertimana yang telah diterangkan oleh uncle Google. tapi perut masih berkeroncong dan pedih ulu hati tu masih ada. hopefully lepas 2-3 kali minum, hilang la sakit ni.

orang kata, jangan mengeluh pada kesakitan kerana sakit itu menghapuskan dosa-dosa kecil. tapi, saya bukan nak mengeluh, cuma nak rekodkan pengalaman ni dalam blog sendiri. menurut uncle Google juga, ibu-ibu yang menghidap gastrik mungkin kerana mereka tidak berpantang sepenuhnya selepas melahirkan anak. bila fikir-fikir balik, saya rasa macam ada juga kebenarannya. bukan nak menyalahkan sesape, tapi dulu selepas melahirkan danieL, hari ketiga saya dan danieL dimasukkan semula ke dalam wad sebab danieL menghidap kuning yang tinggi. seminggu berada dalam wad dalam keadaan sedih melihat danieL, dah la sejuk, makan pun tak terjaga dan dalam tempoh masa tu juga belum dibenarkan ambik apa-apa jamu sebab takut effect pada danieL. saya rasa mulai hari tu lah badan saya mudah sangat masuk angin dan senang kena gasrtik.

jadi.. selepas ni terpaksa la mengamalkan pantang larang yang saya sendiri pun tak pasti samada saya sanggup melaluinya atau tidak. sejak sakit ni, rumah dah 4 hari tak vacuum, pakaian pun dah bertimbun belum dilipat, ruang tamu dah macam kindergarten, permainan danieL bersepah merata tempat. huhu.. doakan saya cepat sembuh yer..

psst: doctor offer nak bagi MC pagi tadi, tapi saya kununnya jual mahal tak nak sebab banyak kerja ofis nak disiapkan. skang padan muka, kena la tunggu sampai jam 5.00 pm baru boleh balik. huhuhu…

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. p i d a says:

    Ni mesti banyak keja di opis juga, sebab tu makan time pun ndak berapa ngam/sharp hihi. Saya pun ada dengar juga tu, klu masa berpantang tu mesti kena jaga betul2. Klu ndak, senang masuk angin & gastrik juga. Badan pmpuan sensetif kan klu lepas beranak tu, dan klu ndak jaga memang ada efek kemudian hari kan. Huhu.. Get well soon k.. heharap c daniel pun sehat2 selalu. Jaga waktu makan la paling penting (sebab saya ni ‘penggastrik’ juga hoho)

  2. ibumadeeha says:

    Thank u pida.. Memang makan nda teratur, terlebih makan pun ada. Huhu..

Leave a Reply