for me.. this is a sad story.. huhu..

suatu hari, serombongan keluarga yang berasal dari WP Labuan, datang ke Keningau untuk merisik seorang gadis tempatan. tapi.. saya bukan nak cerita proses risik-merisik tu yer.. kita skip yang tu.

selepas kata putus antara kedua-dua pihak telah dicapai, rombongan ni pun dijemput untuk menjamu selera, masakan kampung orang Keningau. rombongan yang sudah lama menahan lapar agak tertarik melihat resepi-resepi makanan yang terhidang kerana kebanyakkannya unik-unik belaka. tanpa berlengah lagi, masing-masing mencapai sudu dan pinggan untuk memulakan acara makan-makan.

tetiba, terpandang lah mereka pada sejenis sayur yang berwarna kekuning-kuningan, berbentuk seakan-akan cili. dalam hati dorang mungkin berbisik, takkan lah orang Keningau jadikan cili sebagai sayur kan? so, memandangkan fikiran mereka telah dikuasai oleh rasa ingin tahu dan ingin rasa, maka dorang pun berduyun-duyun la mencedok sayur tu sampai penuh sepinggan.

semasa makan, sambil bercerita-cerita.. tetiba masing-masing mencari segelas air. rupa-rupanya sayur tu memang pun sejenis cili iaitu yang dipanggil sebagai lada putih. bertempiaran la rombongan ini mendapatkan air, tapi dalam masa yang sama, terpaksa plak control-ayu sebab malu menjadi bahan olokan.

hihihi.. sebenarnya cerita ni di adaptasi daripada cerita Kak Rina. korang gelak yer? ish ish ish.. tak baik tau!! sampai hati korang ketawakan orang yang tengah kelaparan. ini cerita sedih ok!!

actually, setiap kali saya nampak ‘sayur’ ni dijual di pasar, saya pasti akan teringat cerita sedih ni. nak ketawa, tak sampai hati plak.. for me, this is a sad story. jadi.. untuk mereka-mereka yang tak tau, mulai hari ni korang dah tau bahawa lada putih memang menjadi ‘sayur’ bagi orang-orang Sabah terutamanya di daerah Keningau dan Ranau.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

3 Responses

  1. rina_yani153 says:

    huhu patutlah cerita ni familiar..

  2. aima says:

    lucu bah….ni antara lada wajib ada d rumah ni..my dad punya fevret…kalu masak sadin ka bilis ka ikan masin ka..mmg ini la ni campurannya 😀

  3. Maria says:

    sadapppp…..main sandi di kl tiada lada putih….huhu….

    kalau ini ada d rumah….hari2 kna masak….ehhee

Leave a Reply