berehat

waa… lama gila tak update blog.. kawan-kawan semua dah update citer mengenai percutian masing-masing di Hari Kaamatan. saya pun nak citer gak tapi.. disebabkan internet kat ofis teramat lah lembab + kerja yang macam tak habis-habis, maka keinginan tu terpaksa ditangguhkan sehingga ke hari ini. tu pun sebab dah dapat MC dari doktor, huhu.. padan muka saya, asek fikirkan beban kerja sampai dapat MC. kalau ikutkan hati, dari hari Rabu lagi nak minta MC tapi.. sebab dah janji nak demo ‘something’ kat ‘someone’ on Thursday, then.. on Thursday, tak sempat gak siapkan benda yang perlu di demo tu, tunda ke hari ni, tetiba orang tu plak minta tambah features baru, so tak dapat gak la demo hari ni. baik saya teruskan jer niat nak MC kan? huhu.. kalau tau, awal-awal lagi dah sambung cuti Kaamatan. takper la, at least dapat gak saya siapkan dua sistem dalam tempoh 2 hari tu. so, hari ni boleh la saya berehat dengan bersungguh-sungguh.

oh no!! ada 1 lagi slide presentation perlu disiapkan untuk JPKN yang akan datang hari Isnin depan. hopefully dapat buat skit-skit hari ni. waaa… MC pun buat kerja kat rumah? jadi kain yang bertimbun atas katil tu sape nak lipat? pinggan mangkuk kat singki tu sape nak cuci?.. actually, saya ni kalau dah duduk rumah, istilah ‘berehat’ sangat sukar untuk diterjemah. ‘buat-kerja-ofis-kat-rumah’ lagi la takde maknanya bagi saya. yelah… macamana nak buat kerja ofis kat rumah kalau kerja-kerja rumah yang pending seolah-olah sedang melambai-lambai? semua tu mungkin dapat diselesaikan tapi.. takde la namanya berehat kan?

ok ok.. enough!! asek membebel jer saya ni! orang sakit memang macam ni ker? anyway, saya sangat bertuah sebab dapat husband yang sangat memahami. walaupun husband saya tak serajin mana dalam bab membuat kerja-kerja rumah, tapi at least dia faham orang sakit tak perlu buat semua tu. rasa bersyukur sangat sebab husband saya tu tak cerewet macam sesetengah husband yang dalam macamana keadaan sekalipun, nak juga makan masakan isteri dia. hahaha… mungkin sebab masakan isteri dia sedap sangat kut. hihi..

anyway, nak citer.. pagi tadi saya ada gak datang ofis, sempat breakfast dengan geng bas sekolah, tapi selepas dapat tau hari ni belum boleh buat demo, saya pun nekad nak ambik MC. sebaik jer saya buat keputusan nak ambik MC, time tu gak saya rasa macam berat hati nak tinggalkan ofis.. tetiba rasa macam dah sihat. boleh ker ambik MC? doktor percaya ke saya ni tak sihat?? hahaha.. ade ke patut fikir macam tu kan? sebelum sampai rumah, singgah la Permai Poliklinik Inanam. actually, dari pagi tadi dah terasa stereng keta macam keras skit, dah repot kat hubby dan hubby cakap sebab dah lama tak servis. kalau ikut jadual, lagi 1000 KM baru la perlu diservis, tapi memandangkan stereng keta dah keras, so besok nak kena gi servis. andaian saya plak, mungkin saya rasa stereng tu keras sebab badan saya yang lemah kut. dalam perjalanan balik tadi, baru la saya perasan atos tu agak lembab berbanding hari-hari biasa. minyak dah tekan habis tapi kelajuan tak seperti yang dijangkakan. errmm.. esok nak hantar servis la kut. nampaknya bukan saya sorang jer perlu diservis. hahaha…

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. aima says:

    saya pn x becuti-cuti bah…

Leave a Reply