baby terlajak

sape lagi kalau bukan anak saya yang baru sorang tu! umur dah nak masuk 1 tahun 9 bulan, tapi sikap mengada-ngada dia tu macam baby 9 bulan. ehehe.. tak mengeluh pun, saje nak share dengan korang. actually, tak dinafikan, dah banyak benda dia tau fikir dan buat, tapi.. untuk perkara-perkara di bawah, menyebabkan dia digelar ‘baby terlajak’.. bukan bujang terlajak ok!

  1. masih tidak mau berpisah dengan bestfriend dia iaitu: puting palsu a.k.a cucut a.k.a dummy. memang dah ada plan nak memisahkan dorang, tapi… tak sampai hati la plak. nanti la, tunggu umur dia genap 2 tahun.
  2. masih terhegeh-hegeh nak masuk dalam baby-walker padahal paha dia dah tak muat dalam tu. keta 4 roda pun masih menjadi permainan kegemaran dia, padahal kaki dia dah terlalu panjang untuk duduk atas tu. basikal 3 roda tu plak kadang-kadang jer jadi mainan, tu pun kalau dia rasa nak servis tayar basikal tu.
  3. masih tak pandai bercakap bahasa yang boleh kita fahami. pernah dengar orang bagitau, kalau baby pakai cucut, memang lambat bercakap. tapi, kemarin dapat tau, memang ada budak yang dah pandai bercakap dengan lancar walaupun masih bercucut. so, I guess it just another myth la kan?.. saya percaya danieL belum bersedia untuk bercakap dan masih terlalu awal untuk saya risau. maybe.. dia keliru samada nak bercakap bahasa Melayu, English, Cina, Dusun atau Korea? hahaha…
  4. bila berada di khalayak ramai, bukan main penakut lagi dia ni, padahal masa kecil dulu, semua orang puji dia sebab dia tak pernah memilih walau sapepun yang nak gendong dia. skang… huhu..
  5. masih suka tonton BabyTv instead of Ceria atau channel kartun yang lain. actually, kami memang sengaja tak beli apa-apa pakej Astro yang ada di pasaran, sebab kami tau kami takde masa pun nak layan semua citer-citer best dalam tu. untuk danieL pun sama, belum ada plan nak beli Disney Channel ker.. Network ker.. biar dia layan jer kartun free yang ada. skang ni, dalam keta pun bagi dia tengok DVD Disney Magic English jer.
  6. masih nak tido di bawah ketiak umi. ni yang paling mencabar sekali! kekadang bila berkongsi citer dengan ibu-ibu lain, nampaknya saya sorang jer yang tidur seawal 8.30 pm. patut la kerja-kerja kat rumah banyak yang pending!! mana tidak, pukul 8.00 pm danieL dah tarik tangan saya masuk bilik, tutup pintu dan suruh pasang air-con. pastu suruh pasangkan video rakaman dia dari handphone atau nak tengok gambar-gambar dia dalam handphone, pastu ketawa-ketawa sendiri, tak sedar, saya plak yang tidur dulu. kadang-kadang jer la terbangun balik selepas danieL tidur, tu pun dah tak tau nak buat apa, blurr.. sebab dah terbiasa tidur awal. last-last, masuk semula ke bilik temankan danieL.

last but not least, saksikan lah aksi baby terlajak saya dalam video di atas, yang mana buat masa ni berada di tangga teratas video kegemaran danieL, santapan sebelum tidur.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. June 16, 2011

    […] sangat gemar bermain sambil menyanyi, “tu tu ta!!”. kalau rajin, boleh tengok videonya disini. baru kemarin petang saya perasan, rupanya lagu tu bermaksud.. “tom tom bak!!’ […]

Leave a Reply