all about ‘K’

bagi sesape yang begitu tegar membaca blog saya, first of all, terima kasih daun keladi, kalau sudi singgah la lagi.. ececes.. my point is, korang pastinya perasan saya ni seolah-olah peminat Korean stars kan? ok ok.. the ‘K’ is actually stand for Korea, so sape yang alergik dengan perkataan Korea, p main jauh-jauh. shuhh shuhh..

honestly, saya sendiri pun tak berani nak cop saya ni sebagai peminat Korea. betul.. saya dengar lagu Korea, saya nonton drama Korea, tapi.. kalau korang sebut nama-nama artis Korea, mungkin Won Bin dan Jang Nara jer yang saya kenal, eh betul ke saya eja nama dorang tu? saya kenal Won Bin sebab dia berlakon dalam Autumn in My Heart dan itu la drama Korea pertama yang saya tengok. saya kenal Jang Nara sebab dia adalah penyanyi lagu tak-ingat-tajuk-apa dan itu lah lagu Korea pertama yang saya suka. alah.. yang video clip dia bangun lambat tu.. ceh, ketara malas nak google kan?

Won Bin

pelakon-pelakon lain, ingat muka atau ingat tajuk drama dah la!! kalau lagu plak, langsung tak tau pun tajuk lagu atau nama penyanyi, bantai dengar ajer la yang penting tak merosakkan gegendang telinga. hahaha.. actually, saya tak salahkan bahasa Korea yang jauh berbeza nahu nya dengan bahasa kita, sebab artis-artis baru di Malaysia ni pun, ramaaaai yang saya tak kenal. artis barat, ada gak la yang saya kenal, at least peratusannya lebih tinggi berbanding artis Korea, still.. I’m not proud of it. agaknya, kepala otak saya ni memang malas nak ingat benda-benda remeh macam tu kut!

Jang Nara

walaupun saya tak kenal dorang dan tak faham bahasa dorang, saya masih gak nak dengar lagu-lagu Korea. masih gak ada hati nak tengok K-Pop, K-Chart dan sebagainya. tapi.. sedang saya menonton tu, ada jer benda yang saya nak komplen. first of all, dorang suka menari tarian yang ala-ala cute gitu (mingkikiut be..), terutama group female. yang male plak, ala-ala macho jual mahal kunun. pastu dari muzik start sampai habis, tarian dorang tu hendak lah seragam dari hujung rambut hingga hujung kaki, tanpa henti!! macam senamrobik pun ada. tak dinafikan fesyen pakaian dorang memang mabeles!!

yang herannya, apsal kebanyakan group dorang ni terlalu ramai ahlinya? kalau 2-3 orang tu  masih boleh diterima, tapi kalau sampai 4-8 orang.. waduh-waduh.. gimana mo bahagi-bahagikan uangnya? kalau female group 6 orang, bagi saya mungkin dorang tak berani beraksi dalam group yang kecil, tapi kalau male group sampai 6 orang?! aiii.. lelaki pun takut ker? menari bukan main macho lagi tapi tak berani berdikari la plak.. hehehe..

Chae Rim

walaupun saya tak kenal dorang dan tak faham bahasa dorang, saya masih gak tengok drama Korea. biasalah, drama Korea ni, kalau bukan at least 20 episod, itu tak cukup syarat namanya. masa belajar dulu, setakat 20 episod, 1 malam jer dah boleh khatam. kununnya, lagi panjang episodnya, lagi best ceritanya! padahal… yang memanjangkan cerita tu hanya lah babak-babak yang mengarut. tapi, apa yang saya perasan, peratusan ke-tidak-logik-an drama Korea adalah lebih rendah berbanding drama Indonesia tau! kalau drama Indonesia, babak terkejut dan terkesima pun nak ambik masa dalam lebih kurang 2 minit pastu iklan… berdebar-debar jantung penonton menunggu kesudahannya. pasni, doktor dah boleh bagi nasihat kat pesakit yang ada high-blood, jangan tengok drama Indonesia, drama Korea boleh tapi, kurang-kurangkan lah. hahaha..

anyway, berbalik kepada drama Korea tadi, babak terkejut dan terkesima dorang tu selalunya berlaku dipenghujung episod. so, to be continued.. sementara nak tunggu next episod, sempat lagi la telan beberapa biji ubat high-blood kan? anyway, kekadang geram gak tengok citer yang melalut-lalut ni tapi, terfikir gak betapa kreatif nya si penulis skrip memikirkan jalan cerita yang se-complicated itu. kekadang macam real jer, menangis-nangis depan TV padahal… berlakon je pon!!

Jang Dong Gun

I guess, kenapa saya masih setia dengan hasil seni Korea, mungkin sebab saya tak faham bahasa dorang. yelah, kekadang kalau tengok drama Melayu, macam malu jer tengok aksi-aksi romantik dalam tu. perkataan ‘cinta’ tu pun dah rasa nak muntah! kalau tengok drama English plak, kalau love story ok, tapi kalau kisah penyiasatan, pembunuhan.. adeh.. dengar jer perbualan dorang, otak dah mula rasa tertekan. macam kita plak yang beria-ia nak jadi hero dalam citer tu. tapi, kalau drama Korea.. relax.. tak payah risau, walau macamana sekalipun jalan ceritanya, ko yakin seja.. endingnya mesti happy ending!! at the moment, just enjoy watching the cute, pretty, handsome and macho Korean stars.

Song Hye Gyo

and that’s why saya masih tengok citer Smile Again yang rasanya dah nak masuk 150 episod! saya tau, channel S-One juga menyajikan drama-drama Korea yang best, tapi saya tak pernah berniat pun nak beli channel tu sebab.. like I said, saya bukan peminat tegar Korea. sekian dan harap maklum..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply