1 tahun 9 bulan

ehheh.. sori.. blog saya berubah wajah lagi, ntah yang ke berapa kali. ni bukan isu kena hack yer.. ni memang digodam oleh empunya blog sendiri.

alhamdulillah, hari ni dah selesai tugasan saya sebagai penceramah bengkel yang diadakan selama 3 hari berturut-turut. stress memang ada.. ditambah lagi dengan kebosanan mengajar benda yang sama selama 3 hari. ermmm.. macam ni agaknya perasaan menjadi cikgu. kalau saya jadi cikgu, mungkin hari ke 30 saya dah teringin nak telan whiteboard marker tu. huhu.. tetiba plak, tak pernah-pernah dalam sejarah, selama 3 hari ni juga saya diserang gastrik yang berlarutan. sebelum ni memang dah biasa kena, terutama sejak menjadi ibu, tapi tak pernah plak kena lebih dari 2 jam. nak gi klinik, ada je halangan. nak ambik MC konfem la tak boleh sebab nanti sape nak jadi penceramah? alhamdulillah, hari ni dapat bekalan ubat dari JK Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ececes..) nampaknya sakit dah berkurang. hopefully malam ni hilang la dia..

anyway, hari ni baru ada kesempatan nak update perkembangan danieL selepas berklinik pada 10 Jun hari tu. berat dah mencapai 11 kg dengan ketinggian 81.5 cm. dalam tempoh 3 bulan, dari segi berat memang agak banyak pertambahannya berbanding sebelum-sebelum ni, tapi dari segi ketinggian.. huhu.. agaknya anak saya ni mewarisi kependekan umi dia kut. hahaha.. jangan mare, danieL! gurau jer.. 😉

baru-baru ni danieL dah pandai bermain dengan kertas dan pen. saya pun biarkan jer la dan baru la saya perasan.. oh oww!! anak saya ni kidal ke? sebelum ni memang dah banyak kali dia menunjukkan simptom-simptom kidal, kalau masa makan, tu saya tak kesah sangat, maybe sebab belum diajar dengan cara yang betul. tapi, kalau pegang pen pun dengan tangan kiri, saya dah mula rasa something wrong. kalau lah betul seperti yang diramal, errmm.. tak heran pun, sebab abah dia pun kidal gak.

sejak akhir-akhir ni juga, danieL sangat gemar bermain sambil menyanyi, “tu tu ta!!”. kalau rajin, boleh tengok videonya disini. baru kemarin petang saya perasan, rupanya lagu tu bermaksud.. “tom tom bak!!’ hehehe..

sedar tak sedar.. kita dah berada di pertengahan bulan di pertengahan tahun kan? oh owww.. macamana dengan goal setting korang? dah baper percent perlaksanaannya? huhu.. jeles la kat korang yang dah sampai at least 50% tu, saya? warrggh!! tak sampai 30% pun ok!! nervous ni!! nampaknya tahun ni progress sangat lembab!! tapi, ada masa lagi.. ada 6 bulan lagi untuk mencapai 70% itu. chayo chayo!! and all the best to you all too!!

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. rina_yani153 says:

    ini yg bikin jeles ni. mcm mo ikut2an suda aku tukar theme..

  2. ibumadeeha says:

    silakan lah tukar theme.. tapi kalau ada masalah mo post comment, hehe.. terpaksa la mengorbankan masa sejam dua plak membetulkan theme. hihihi..

Leave a Reply