trip to KL – day 3

hari ni ada 2 plan iaitu sebelah pagi nak melawat Petrosains, KLCC dan sebelah petang nak shopping kat Masjid India. so, hendak lah bangun awal pukul 7 am. tetiba Star Movies menayangkan citer lama yang dilakonkan oleh Jennifer Aniston iaitu Picture Perfect (1997). ermmm.. macam best la plak. so, lepak dulu.. habiskan citer ni.

oh oww.. macam kemarin jugak, pukul 9.30 am baru kelam kabut nak turun breakfast. o’ya, lupa nak mention, breakfast kat Cititel Mid Valley memang sedap-sedap belaka, so tak boleh missed ok. lepas breakfast, tetiba handphone hubby berbunyi, rupanya panggilan urgent dari customer. huhu.. terpaksa naik semula ke bilik untuk layan request dari customer tadi. sedang hubby menyiapkan kerjanya, tetiba danieL plak tertidur… sampai pukul 12 tengahari, danieL masih tak sedar. kesian.. penat sangat kut.. tak sampai hati lak nak kejutkan dia. tunggu jer la..

plan asal pun berubah. kitorang tak jadi gi Petrosains, directly pegi Masjid India je. takpe la, next time la plak gi KLCC yer. lebih kurang pukul 2 pm, kami dah sampai di kawasan Masjid India. alamak!! macam ni ke keadaannya? 10 minit yang pertama, saya masih blur.. tak tau nak singgah kedai mana satu. semuanya menjual produk yang sama. huhu..

pusing punya pusing.. 2 jam lebih kemudian, saya dah berjaya beli 12 helai kain ela. itupun nasib baik hubby ajak balik sebab dah tak tahan melayan karenah danieL. kebanyakan kain yang saya beli ialah kain sutera crepe wangi, RM 38 jer untuk 4 meter! woww!! murah giler.. wangi plak tu!! tudung? ermm.. ntah nape hari ni takde mood plak nak beli tudung. mungkin sebab takde yang betul-betul menarik kut.

balik hotel, cepat-cepat mandikan danieL, bersihkan badan masing-masing dan terus terlelap sampai ke pagi. penatnyaaa…

psst: sori, gambar tak banyak sebab puan photographer sedang sibuk shopping. 😉

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply