trip to KL – day 2

kurang beberapa minit sebelum jam 11 am, kami dah pun bertapak di Sunway Lagoon. punya ramai makhluk tengah beratur nak beli tiket! sementara hubby menjadi peserta perbarisan, saya dan danieL menghabiskan masa dalam sebuah kedai berhampiran. tak ingat apa nama kedai, yang pasti kedai tu menjual pakaian-pakaian mandi, pelampung, safety jacket dan sebagainya. so, 2 helai swim shorts berjaya dibeli untuk abah dan danieL beserta 1 pelampung kecil untuk danieL. errmm.. sebagai photographer yang berhemah, terpaksa lah saya menahan hati untuk bermandi-manda di situ. sabor jer laa..

untuk sape-sape yang tak tahu, kat sini ada 5 parks: water park, amusement park, animal park, extreme park dan scream park. saya suggest kat hubby supaya ambik 3 park je, excluding extreme dan scream park sebab nak buat apa.. kalau bawa budak kecik, bukannya boleh main kat situ pun. tapi, hubby nak gak merasa kesemua park. so, enjoy the pictures..

bergambar dengan watak-watak utama dalam Captain Quack Show sejurus selepas melepasi pintu masuk

danieL tak berani naik atas kuda tu, so ambik gambar jer la.. huhu..

first time naik escalator dalam hutan! superb!

aktiviti mandi-manda di water park. danieL bukan saja takut air malah takut tengok orang ramai sangat!!

ketibaan watak-watak utama Captain Quack Show

persembahan daripada Captain Quack dan konco-konconya bermula pada jam 1.30 pm

dah puas mandi, move on to the next park.. animal park!!

‘Lake Monsters’, ramai orang takut nak dekat dengan tasik ni. padahal airnya nampak tenang jer.. ada monster ke?

tak banyak sangat pun animal kat sini, Zoo Lok Kawi lagi banyak. tapi dari segi kemudahan dan panorama indah, kat sini lagi best dan sofistikated laa..

singgah ke extreme dan scream park. lorrr.. tak dapat main pun sebab kat mana-mana ada notis bergambar, tak boleh bawa baby. danieL baby ker? huhu.. toddler dah pun, tapi kalau penakut, consider baby la juga kan? seriously, danieL betul-betul takut tengok ramai sangat orang, tetiba tak nak jalan sendiri, so terpaksa la dipangku setiap masa.

oh oww.. danieL dah nyenyak tidur

sambil danieL tidur, kami terus ke amusement park dan saya ambik kesempatan masuk ke dalam Pirate Ship yang berputar 360 degrees. masa tengah berbaris ambik turn, tengok orang lain tengah berputar dan terjerit-jerit macam kena histeria, hampir je nak tarik diri. takutnya!! nasib baik saya kongsi line dengan 4 orang melayu, so sebelum bergerak kami sempat berdoa secara berjemaah. hahahaha…

turun je dari Pirate Ship, pening sangat!! tetiba rasa nak makan something.. rupa-rupanya dah pukul 3pm, patut la rasa lapar semacam. dan disebabkan semua park dah dilawati, maka it’s time to go home hotel. sebelum tu, singgah Sunway Pyramid dulu, at least cari makan la kan?..

sepasang jam tangan percuma (water resistant) sempena percutian di Sunway Lagoon!

lepas lunch, hubby dan danieL main ni plak

lorr.. tak puas-puas?! bila nak balik ni? nasib baik hari dah nak gelap, sebelum pukul 6 pm kami dah pun berada di bilik hotel. waa.. bestnya hari ni!! walaupun tak dapat main semua games yang ada, tapi tetap rasa puas. kalau nak main semua games, sehari memang tak cukup ok.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply