Shutter Island (2010)

US Marshal, Teddy Daniels bersama-sama dengan seorang rakan sekerjanya iaitu Chuck dihantar ke pulau Shutter untuk membuat penyiasatan berkenaan kes kehilangan seorang pesakit bernama Rachel. Rachel pula merupakan salah seorang pesakit mental yang sedang dirawat di salah sebuah wad di pulau berkenaan. menurut Dr. John, Rachel telah lari meninggalkan wad tanpa bantuan sesiapa menyebabkan Teddy percaya Rachel masih berada di pulau tersebut.

Teddy dan Chuck baru sampai di Shutter Island

setelah Rachel berjaya ditemui, tetiba Teddy membuat keputusan untuk mencari Andrew Ladais plak. menurut beliau, Andrew sepatutnya berada di pusat rawatan tersebut kerana dia merupakan salah seorang penjenayah yang menyebabkan isterinya mati. tapi, semua penghuni pulau memberikan respon yang pelik setiap kali mendengar nama Andrew, seolah-olah mereka takut mendedahkan identiti sebenar orang yang bernama Andrew ini.

salah seorang pesakit mental.. shhh…

sedang Teddy berusaha mencari Andrew, tetiba dia mendapat tahu bahawa Rachel yang telah berjaya ditemui rupa-rupanya bukan Rachel yang sebenar, kerana Rachel yang sebenar masih tinggal di dalam gua, di persisiran pantai. Rachel memberitahu Teddy bahawa kes kehilangannya hanyalah satu alasan yang sengaja di reka-reka bagi membolehkan Teddy dibawa masuk ke pulau tersebut. Teddy sengaja diperangkap dan diberi sejenis ubat/ dadah yang boleh mengganggu kewarasan fikirannya.

akhirnya… hehe.. korang tengok la sendiri. movie ni takde la best sangat tapi, boleh lah dilayan bersama keluarga. terutama sekali peminat-peminat Leonardo Dicaprio… jangan lepaskan peluang. tengok sekali mungkin kurang umpph-nya. tengok kali kedua.. “oooo… patut laa.. ooo.. macam ni rupanya orang ‘gila’ berfikir”. korang mungkin teringin nak tengok untuk kali ketiga, tapi.. hati-hati.. risikonya.. korang boleh jadi orang gila. huhu..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. nura says:

    aku suda tengok…aku rasa best sbb excited ni tengok enthusiasm c Teddy hehe

  2. ibumadeeha says:

    nda sangka, orang gila bah plak si Teddy tu kan? tapi, bila fikir-fikir balik, betul kah dia tu gila? atau.. dia sengaja digilakan. hrmmm…

Leave a Reply