it’s 3rd May.. again..

kami masih kat KL dan semua orang ingat saya celebrate birthday kat KL? huhu.. takde maknanye!! sebab.. masa ni lah hubby ada appoinment dengan kontraktor kat Putrajaya. masa ni juga saya dah tak larat nak kuar gi mana-mana. danieL pun dah pandai memanjat-manjat dressing table, mungkin sebab dah lama terpisah dengan mainan kebiasaannya. so, birthday kali ni hanya duduk berehat di bilik hotel sambil mengemas untuk pulang ke Sabah malam ni. huhu.. macam tak sabar la plak. tapi.. macam tak sampai hati gak nak tinggalkan kain-kain ela kat Masjid India tu. hahahaha…

anyway, birthday kali ni, hubby dah bagi hadiah sebelum terbang ke KL. hehe.. langgar pantang pun langgar la.. pantang apa? kununnya, kalau mengikut adat orang cina, kita tak digalakkan celebrate birthday sebelum tarikh birthday tu, tapi kalau celebrate lambat, boleh jer. in my case, takde celebration pun, just dapat hadiah awal jer. langgar pantang ke macam tu? whatever la..

tapi, memang tahun ni agak berbeza dari tahun lepas sebab tahun ni semua hadiah sampai lebih awal. contohnya..

23rd April: ASUS A43S Intel Core i5 from hubby

28th April: a bunch of chocolate from Nuramalina

dan.. seperti tahun-tahun lepas, kawan-kawan kat FB lah yang paling banyak sekali bagi wish, sampai penuh wall saya. thank you for all the wishes. may God bless you all too.

hari ni saya dah terfikir betapa busy-nya esok. sebab.. sampai rumah nanti nak kena cuci kain sebanyak 5 trip! 1st: seluar & jeans, 2nd: baju sahaja, 3rd: pakaian danieL, 4th: tudung dan last sekali: cadar. pastu, rumah nak kena vacuum dan mop, sebab hari tu tak sempat. remember?! hari tu saya packing barang pun dah pukul 2 am. huhu.. ni lah orang pompuan, dah habis shopping dan bercuti, kena fikir kerja-kerja rumah plak. baru cuti beberapa hari, kerja rumah dah bertimbun!! kerja kat ofis belum kira lagi tau..

food junction @ KLIA. besar dan luas.. dan yang paling penting, banyak makanan untuk dipilih

pukul 10 pm, kami pun diterbangkan balik ke Kota Kinabalu. macam biasa, 30 minit pertama berada di dalam pesawat adalah masa untuk melayan karenah danieL sebelum dia tidur. dalam perjalanan balik ke rumah, tetiba terasa sangat perbezaan KK dengan KL. saya cakap kat hubby, “abang.. macam sunyi plak tempat kita ni kan? berbeza sangat dengan KL”. then, hubby jawab, “ha’a.. tapi, kat sini jalanraya kita lebar berbanding kat KL, jalan sempit.” betul betul betul.. tapi.. kat KL ada Masjid India. hehe.. yang tu cakap dalam hati jer la eh..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. p i d a says:

    Hahahaha.. masjid india macam heaven kan. eh i mean, utk shopping keh3.. Bah, selamat bekaraja rumah la ko pasni :’)

    Eh birthday ko pulak awal bulan 5 nih? Hepi belated betday la. Ekekeke.. lambat wish hihi. Tapi itu cadburry juga la idaman jiwa raga. Hari hari mau =P

  2. ibumadeeha says:

    Thank you, dear.. Hehe..

Leave a Reply