I am Number Four (2011)

just a typical English movie. nak dijadikan citer la kononnya… orang yang memegang angka giliran ke-4 ni adalah alien dari planet Lorien yang dijelmakan sebagai seorang remaja lelaki bernama John, also a typical name kan? kenapa no. 4? sebab dorang ni actually ada 9 aliens yang berasal dari planet tersebut dan kemudiannya lari ke bumi untuk menyelamatkan diri dari sekumpulan alien yang berasal dari planet Mogadorians.

dalam movie ni, takde plak diciterkan macamana dorang boleh mendapat angka giliran masing-masing, yang pasti keturunan Mogadorians ni akan mencari dan membunuh mereka mengikut giliran tersebut. bijak.. bijak… dan setiap kali salah seorang daripada mereka telah berjaya dibunuh oleh Mogadorians, sebentuk parut akan menjelma pada badan ahli-ahli yang masih hidup. nasib baik 9 jer kan.. kalau tak, kesian yang dapat giliran paling last, habis penuh badan dengan parut. hahahaha…

walaubagaimanapun, kesembilan-sembilan aliens ni tidak pernah bertemu sesama dorang. dorang dihantar ke bumi bersama dengan seorang penjaga, tapi si penjaga tidak mempunyai sebarang kuasa seperti si alien. jadi, ada kemungkinan si alien akan kehilangan penjaganya terlebih dahulu sebelum dirinya sendiri dibunuh. dalam citer ni, tidak diciterkan dengan detail macamana si no.1 – no.3 dibunuh, tetiba jer sampai giliran si no.4. menurut si penjaga, jika kesemua alien dari Lorien ini bertemu, dorang akan membentuk sebuah kumpulan yang sangat hebat dan tidak dapat ditewaskan oleh Mogadorians. jadi, bila si no.4 dah dapat parut yang ke-3, dia dan penjaganya pun kelam kabut lah berpindah ke daerah lain untuk mencari ahli-ahli lain yang masih hidup. ermm.. dah sampai giliran, baru terhegeh-hegeh nak cari bantuan… huhu…

selama berada di daerah baru, rupa-rupanya si no.4 baru tersedar bahawa dia mempunyai satu kuasa yang luar biasa. jadi, dia perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan kuasa tersebut dan belajar untuk mengawalnya. dipendekkan citer, si no.4 sempat bertemu dengan si no.6 selepas kematian penjaganya. no. 6 dijelmakan sebagai seorang perempuan yang juga mempunyai kuasa yang luar biasa. waaa… pompuan ni memang hebat ok! tapi, wataknya muncul di babak-babak akhir sahaja dan berjaya membantu si no.4 menewaskan Mogadorians. kebetulan si no.6 juga sudah kematian penjaga, jadi pengembaraan dorang pun bermula untuk mencari Loriens yang lain. bersambung…

tak tau lepas ni dorang nak pakai tajuk apa plak untuk movie ni? maybe I am Number Six kut.. hahahaha..

I am Number Four

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply