Gnomeo & Juliet (2011)

saya rasa ni mungkin adalah movie yang paling cute pernah saya tonton. mengisahkan tentang cinta terlarang di antara dua kelompok ‘penjaga’ taman yang secara fizikalnya adalah hidup berjiran. kelompok tersebut adalah kumpulan blue dan red. kumpulan tu diberi nama sedemikian rupa hanya kerana dorang di cat menggunakan warna tersebut. hehe.. warna-warna asas yang pasti ada dalam perlawanan sukan sekolah, kan?

movie ni mungkin juga sesuai untuk kanak-kanak… tapi, ada gak aksi romance diselitkan sedikit, so korang kena pastikan aksi tu cepat-cepat di fast-forward semasa menontonnya bersama si kecil. citer ni mengingatkan saya  pada citer Toys Story 3 (2010) dan saya baru perasan rupanya saya belum buat review pasal movie tu. persamaannya ialah watak-watak utama dalam kedua-dua movie ni akan bertukar menjadi patung yang kaku dengan kehadiran manusia. tapi, nampaknya dari segi ranking tertinggi, Toys Story lebih banyak aksi dan babak-babak penting menyebabkan ramai orang lebih suka pada movie tu. anyway, Gnomeo & Juliet pun boleh tahan gak.. sebagai santapan hujung minggu korang. hihihi..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply