dilema FN41

setelah puas berfikir pros & cons, akhirnya saya nekad untuk buat entri ini. bukan niat ‘mempamerkan’ kemarahan di khalayak ramai, tapi.. it’s been 2-3 weeks already, I keep thinking about this. mungkin lepas publish entri ni, baru la rasa puas hati skit. hopefully la kan..

actually, sejak akhir-akhir ni, saya agak kurang bermaya untuk bekerja. ofismate pun ada yang dah perasan. asek fikir nak resign dan sememangnya tak suka ada perasaan camni. huhu.. kata sebelum ni, I’m so passionate with my career.. so, why? why nak resign? let me give you the answer..

first of all, saya tak suka menanggung beban kerja N41 sebab saya adalah F41. untuk sesape yang tidak bekerja di sektor gomen, meh saya terangkan sedikit. basic skill yang perlu ada pada seorang N41 ialah menguruskan mesyuarat, dari A-Z, termasuk lah buat panggilan mesyuarat dan catit minit. manakala tugas saya plak adalah sepatutnya sebagai ‘system analyst’ dan bukan lagi programmer.

situasinya skang.. saya masih lagi programmer + system analyst + N41. saya tau bukan saya sorang jer yang mengalami situasi macam ni, tapi mungkin bagi saya ini adalah satu kejutan ok. honestly, bab-bab menulis ayat-ayat skema ni bukan area saya. saya setuju, bila orang cakap saya juga perlu belajar mengurus mesyuarat walaupun memegang jawatan F. tapi, belajar means.. belajar la kan? memadailah 1-2 mesyuarat kita handle. tak payah la suruh handle SEMUA mesyuarat, sampai jadi urusetia segala.. buat jawatankuasa.. tu bukan belajar namanya, tapi… mengambil kesempatan!!

so, let me ask you? ko F48, ko pandai catit minit mesyuarat ka? dan.. kenapa kaum-kaum lelaki F41 ko tak suruh buat kerja-kerja tu? kenapa mesti perempuan yang jadi mangsa?

and let me tell you.. sebenarnya dalam system development, banyak lagi jenis-jenis report yang perlu kami sediakan, tapi kami tak tau nak buat sebab.. kami asek risau nak siapkan minit-minit dan agenda-agenda mesyuarat yang ko suruh buat. ko ingat kami ni banyak masa free ka macam ko? report yang ko pandai buat ialah.. report staf yang selalu ambik emergency leave!

I know that I need to stay positive. buat jer apa yang perlu dibuat mengikut pareto principle 80/20. tapi.. saya betul-betul tak suka bila sedang saya buat programming, tetiba masa tu gak la saya terfikir kan surat yang belum dihantar. time idea sedang mencurah-curah, time tu gak la nak kena sediakan slide presentation. ditambah lagi dengan karenah server yang masih menjadi misteri, tetiba macam saya plak yang nak kena jadi superwoman selesaikan masalah server plak. oh man!!

dan baru la saya sedar.. betapa susahnya buat programming. baru la tertanya-tanya, kenapa la saya ambik IT masa belajar dulu? sedangkan.. I should be focused on what I do best. saya akui, banyak benda lagi yang perlu saya pelajari dan mungkin sebab tu lah saya jadi camni. but, then.. hubby said, “all you need to learn is to learn to say the word NO. there’s no way you can do everything on your own”. hrrmmm.. again.. true or true…

anyway, I need to ask this.. kepada sesape yang pakar dalam bab-bab mengurus mesyuarat. bolehkah dalam sesuatu jawatankuasa tu, dia la juga urusetia/ setiausaha dan dia la juga orang yang bertanggungjawab melaksanakan 80% daripada keputusan mesyuarat? ermm… senang citer.. dia la juga yang nak kawen, dia la juga yang nak jadi wali. huhu… pendek kata, syok sendiri la tu!! boleh kah macam tu? I guess, si F48 tak pernah terfikir pun pasal benda-benda macam ni kan? yang dia tau adalah memastikan suis kipas dia sentiasa berada di tahap full volume. fuhhh…

God.. Please help.. berikanlah kuasa pada orang yang patut menerimanya..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

10 Responses

  1. Hanazku says:

    Laura, memg biasa suda kami dgn beban n48 lg bkn n41 haha it disuru buat keputusan untuk seksyen tuttttt huhuh tahan ja la buat dunno jak bkn jd kita pun. Masuk 4 thn udah ku keja ums. Itu2 jugak. Sabo jer la

  2. aima says:

    multitasking sungguh ko ni..

  3. ibumadeeha says:

    waaa!! tekanan!!

  4. rina_yani153 says:

    Aku baru ja abiskan masa 2 hari buat report.. blum masuk berminggu2 fikir masalah server yg bukan sepatutnya jadi masalah aku pun.. huhu

  5. Verus John says:

    sabar laurah.. , setiausaha gomen suda ka pula 🙂 ko buat2 silap la bikin minit, letak end if statement kasi looping sampai infinity.. gerenti dorang tidak bagi ko bikin minit lepas tu 🙂

  6. syahada says:

    realities of not saying NO at the 1st place. 😉

    its gomen tradition, once u take the job, forever is yours.

  7. affienda says:

    Keja goverment pun susah plak… kalau swasta keja mcm tu… ok la boleh mintak naik gaji.. ni goverment gaji tetap uhuu anyway sabar dan bagi la penerangan (cuci skit telinga) ngan org yg sepatutnya buat keja tu…heee itu pun kalo ada courage la..

  8. ibumadeeha says:

    Hanazku: tu la pasal.. sabor jer la..

    aima: extremely multitasking, belum campur kerja kita di rumah sebagai isteri dan ibu, kan?

    kak rina: congratulations!! lepas ni sila berkurung dalam bilik server plak yer.. hehe..

    Verus: idea ko la yang paling manang!! i loike!! yeahhh!!

    syahada: lepas ni, semua projek akan di NO kan!! tengok apa jadi dengan F48 tu..

    affienda: masalahnya orang tu masih menggunapakai istilah “I’m the bos!!” yang mana idea dia sorang jak yang paling best.. padahal, bukan dia pun yang bagi gaji. hahaha..

  9. Leyana says:

    itu la sa bilang… marila kita cadangkan pemangku yg baru kepada pihak berwajib.. kita ramai bah.. dia saturang.. lagipun.. lama betul suda memangku..kasi can la orang lain pula.. mana tau ada orang lain yg pandai jadi LEADER.. susah juga klu baru memangku pun TEMBERANG mo mampus!

  10. ibumadeeha says:

    Leyana, saya sokong.. tapi.. somebody have to start it. huhu..

Leave a Reply