trip to KL – day 1

di suatu petang yang hening.. ececes..

si isteri baru balik dari ofis dan serta merta mengejar dan memeluk anak lelaki yang dirinduinya. belum pun sempat punggungnya merasa kelembutan bantal kusyen, si suami bersuara, “umi.. 3 Mei ni kita ambik cuti kan? tapi, abah ada appoinment dengan kontraktor kat KL. jom!! kita gi KL sabtu ni”. what??! terkejut beruk si isteri, tapi dalam hati.. yeah!! cadangan yang baik!! si isteri pun mula berkira-kira.. hari ni dah hari selasa, lagi 3 hari nak bertolak, apa nak buat kat KL? so, perkataan pertama yang muncul di kepala si isteri ialah “shopping”.

4. 30 am: danieL dah siap mandi dan bersedia untuk bertolak

dengan excited, si isteri kununnya bertanya, “kita nak buat apa kat KL? boleh shopping tak?” ceh.. ayat bagus punya!! si suami menjawab, “boleh..” setelah beberapa kali menanyakan soalan yang sama, akhirnya si isteri bersetuju dan kurang dari sejam, tiket flight untuk mereka 3 beranak berjaya dibeli. oh owww… nak buat apa kat KL?

nasib baik kakak si isteri tinggal di Kuantan dan pernah bekerja di KL, jadi boleh la dijadikan bahan rujukan. kakak si isteri menyarankan mereka pergi ke Genting Highlands atau A’Famosa Resort. more info, google sendiri ok! jadi, keesokannya, bermula la misi men-google si isteri.

melayan karenah si kecil di KKIA

sejak misi itu bermula, kawan-kawan di ofis dan di FB pun turut merasa impaknya. masing-masing tertanya-tanya, sejak bila plak si isteri ni merancang nak gi KL. well.. takde perancangan pun, suami ajak jalan, ikut jer laa.. kan kan kan?! 3 hari baru nak buat perancangan, memang la tak sempat. hotel kat Melaka semua dah penuh!! kalau nak ulang-alik KL-Melaka menaiki bas, takde la jauh sangat tapi.. plus melayan karenah dan menggendong si kecil yang tak reti diam, agak mencabar gak tu!! jalan terakhir adalah meminta bantuan dari orang KL sendiri. soalan pertama yang ditanya oleh si pakar.. ko nak buat apa kat Melaka? menurut beliau, yang menarik kat resort tu adalah dia punya animal world and water world jer. tapi, kat KL pun ada Sunway Lagoon dan Petrosains. that’s it!! plan ke Melaka dengan serta mertanya dibatalkan!!

malangnya keputusan muktamad tu dibuat malam sebelum nak bertolak ke KL. malam tu baru la kelam kabut nak cari hotel kat KL. menurut sumber, antara tempat yang best untuk shopping adalah Sogo, so si isteri mencadangkan hotel yang bakal disewa hendaklah berhampiran dengan Sogo. tapi, pencarian tak berjaya malam tu dan disambung semula pada pukul 2 am, sambil si isteri packing pakaian. hello?! ada ker hotel nak layan panggilan di pagi-pagi buta ni?! ermm… tak payah susah-susah.. gi lah sambung tidor dulu. huhuhu..

danieL tidur nyenyak dalam pesawat. syukur..

flight berlepas pada pukul 6.05 am, so seawal 4.30 am semua dah ready termasuk la si kecil dan bersedia untuk bertolak ke KKIA. bagi si kecil, ini adalah pengalaman kedua menaiki pesawat, tapi pengalaman pertama dulu belum pandai berjalan. so, kali ni.. dia sempat ‘mengorat’ pramugari-pramugari di dalam pesawat, macam-macam gift dia dapat dari dorang. si isteri dan si suami terpaksa lah bersikap supporting melayan peminat-peminat si kecil, sampai jadi orang terakhir keluar dari pesawat. rasanya kapal tu dah nak standby untuk trip seterusnya, baru la mereka dilepaskan keluar. miaahahaa..

pemandangan di luar Hotel Cititel Mid Valley

sementara menunggu bagasi di keluarkan, si suami menyambung semula misi mencari hotel yang berdekatan dengan Sogo. akhirnya berjaya, tapi.. masing-masing tak yakin samada hotel ni selesa untuk didiami ataupun tidak. nama hotelnya ialah… errr.. tak nak sebut la ye, sebab tak nak rosakkan nama baik sesiapa. seperti yang dijangka, hotel tu tak menepati citarasa si isteri.. karpet berbau ok! tengok warna karpet pun, macam dah bertahun tak tukar!! yuckk! tak nak!! so, mereka mengambil keputusan untuk menyambung lagi misi mencari hotel tapi kali ni secara walk-in. cari punya cari, semua hotel di sekitar tu dah penuh untuk hari itu. kalau ada pun, kena tunggu sampai esok. huhuhu…

salah satu restoran dalam Mid Valley. dalam sangkar ada pianist, unik kan?


sungguh pun tidak berada di Korea, tapi sempat gak la merasa Korean Cuisine (kim bap dan kim chi)

dengan rasa putus asa, si isteri terpaksa mengalah dengan keputusan awal si suami untuk menyewa di Cititel Mid Valley. tapi, sebelum tu, wajib singgah Sogo dulu supaya tak kempunan. dipendekkan citer, tepat pukul 2 pm, mereka 3 beranak selamat check-in di Cititel Mid Valley dan boleh lah merehatkan si kecil yang dah semakin sukar dikawal. tidur la danieL.. malam ni kita nak menjelajah lagi ok!!

si isteri baru balik dari ofis dan serta merta mengejar dan memeluk anak lelaki yang 

dirinduinya. belum pun sempat punggungnya merasa kelembutan bantal kusyen, si suami

bersuara, “umi.. 3 Mei ni kita ambik cuti kan? tapi, abah ada appoinment dengan kontraktor

kat KL. jom!! kita gi KL sabtu ni”. what??! terkejut beruk si isteri, tapi dalam hati..

yeah!! cadangan yang baik!! si isteri pun mula berkira-kira.. hari ni dah hari selasa, lagi

3 hari nak bertolak, apa nak buat kat KL? so, perkataan pertama yang muncul di kepala si

isteri ialah “shopping”.

dengan excited, si isteri kununnya bertanya, “kita nak buat apa kat KL? boleh shopping

tak?” ceh.. ayat bagus punya!! si suami menjawab, “boleh..” setelah beberapa kali

menanyakan soalan yang sama, akhirnya si isteri bersetuju dan kurang dari sejam, tiket

flight untuk mereka 3 beranak berjaya dibeli. oh owww… nak buat apa kat KL?

nasib baik kakak si isteri tinggal di Kuantan dan pernah bekerja di KL, jadi boleh la

dijadikan bahan rujukan. kakak si isteri menyarankan mereka pergi ke Genting Highlands atau

A’Famosa Resort. more info, google sendiri ok! jadi, keesokannya, bermula la misi men-

google si isteri.

sejak misi itu bermula, kawan-kawan di ofis dan di FB pun turut merasa impaknya. masing-

masing tertanya-tanya, sejak bila plak si isteri ni merancang nak gi KL. well.. takde

perancangan pun, suami ajak jalan, ikut jer laa.. kan kan kan?! 3 hari baru nak buat

perancangan, memang la tak sempat. hotel kat Melaka semua dah penuh!! jalan terakhir adalah

meminta bantuan dari orang KL sendiri. soalan pertama yang ditanya oleh si pakar.. ko nak

buat apa kat Melaka? menurut beliau, yang menarik kat resort tu adalah dia punya animal

world and water world jer. tapi, kat KL pun ada Sunway Lagoon dan Petrosains. that’s it!!

plan ke Melaka dengan serta mertanya dibatalkan!!

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. Rina says:

    itu la.. mo buat lawatan mengejut p kl kunun.. hahaha

Leave a Reply