Smile Again The Series

citer ni ditayangkan di KBSW, Monday to Friday at 7.28 pm. kalau dulu, masa ni saya akan prefer tengok Top Chef, tapi memandangkan Top Chef tu dah macam kehabisan season, saya pun berubah hati. kalau KBSW tu, apalagi kalau bukan citer korea kan?!..

ia mengisahkan dua beranak yang berasal dari New York dan kemudiannya berhijrah ke Korea. si ibu (Anna Laker) seorang yang terencat akal dan berdarah Korea asli, namun semasa kecil dia telah dibawa lari ke NY dan dijaga sepenuhnya oleh keluarga mat salleh. ntah macamana, dia berkenalan dengan seorang lelaki Korea bernama James, tapi ntah kenapa lelaki tu plak terpaksa meninggalkan dia tanpa mengetahui bahawa si ibu sebenarnya sedang mengandungkan anak mereka. saya dah tengok citer ni dari episod 1 tapi tak pernah plak dijelaskan macamana si ibu boleh berkenalan dan akhirnya terpisah dengan lelaki ni. yang pasti, si lelaki kununnya berjanji akan kembali, jadi setiap saat si ibu menanti dalam sengsara. huhu.. dah lah terencat akal.. sadis tul la..

nasib baik la anak yang dikandung merupakan seorang anak lelaki normal, Carl Laker namanya. dalam citer ni diberitahu kununnya Carl Laker berdarah campuran English + Korea, tapi.. bila fikir-fikir balik, dia sebenarnya berketurunan Korea asli kan? muka pun takde muka omputeh, inikan plak sleng bahasanya.. huhu..

gambar kenangan Saewa dan Carl sebelum putus cinta

ok la, nak dijadikan citer.. semasa di NY, Carl bercinta tahap serius dengan pompuan dari Korea yang bernama Saewa. serius disini bermaksud dorang berdua ni dah tinggal bersama-sama dengan Anna Laker. kalau kat Malaysia kita panggil bersekedudukan dan dah wajib nikah tu. setelah menamatkan 6 tahun pengajian di NY, Saewa pun pulang ke tanahair meninggalkan kekasih gelapnya.

oleh kerana si kekasih telah ditinggalkan, maka dia perlu la mengejar si merpati itu kan? ececes.. dalam masa yang sama, Carl merupakan ahli short track runner yang sangat mahir di NY. errr.. sori la ging, saya tau NY tu besar kawasannya, tapi dalam citer ni tak pernah diberitahu the exact location of NY, so korang ignore jer la yer. pada suatu ketika mereka perlu menyertai pertandingan yang akan diadakan di Korea. maka kesempatan ni diambik oleh Carl untuk membawa ibunya sekali melawat girlfriendnya di sana. tapi, malangnya.. apabila berada di Korea, macam-macam plak drama yang berlaku..

Dojin, suami kaya si Saewa

mula-mula sekali, Saewa putus cinta dengan Carl dan berkawen dengan Dojin, seorang pengurus di sebuah hotel yang ternama. macam biasa, motif perkahwinan adalah untuk menjadi isteri orang kaya la kan?? akibat putus cinta, Carl hilang kawalan dan mengalami kemalangan yang menyebabkan dia kehilangan kerjaya sebagai ahli short track runner.  Carl yang pada mulanya sangat membenci bapa kandungnya sendiri kini telah bertukar fikiran dan bertekad untuk mencari James demi kebahagiaan ibunya. jadi, demi meneruskan kehidupan di Korea, dia mendapat pekerjaan sebagai chef di hotel ternama itu. owh.. terer memasak rupanya mamat sorang ni ekk..

dipendekkan cerita, sebenarnya James yang mereka cari selama ni merupakan bapa mertua si Saewa. orang pertama yang menyedari situasi ini adalah si pompuan jahat, Saewa. demi menyelamatkan rumah tangganya, macam-macam taktik dia gunakan agar rahsia tu tidak sampai ke pengetahuan sesiapa. saya pun tak faham, apsal dia risau sangat kalau kenyataan tu terbongkar. kununnya disebabkan dia adalah kekasih lama Carl, maka kalau mertuanya tahu bahawa Dojin dan Carl adalah adik beradik, habis la dia.. huhu.. apa yang habis?? tu kan kesah lama, buat-buat tak tau dah la..

lelaki yang dicari, James

actually, saya sangat tertunggu-tunggu bila agaknya rahsia tu akan terbongkar? ingatkan kalau dah terbongkar, dorang pun akan ‘smile again’ la and habis cerita. tapi, rupanya bila dah terbongkar, macam-macam cerita mengarut lagi yang timbul. si James kununnya nak bercerai dengan isterinya dan kembali ke pangkuan Anna Laker, demi menebus kesalahan lamanya terhadap Anna. tapi, dalam perbualan dorang, masih gak dia gunakan perkataan ‘sayang’ untuk si isteri. pastu, dulunya James adalah seorang yang bersifat dingin dengan keluarganya sendiri menyebabkan dia dipandang sebagai seorang suami yang tegas, takde sape berani melawan keputusannya, tapi.. di akhir-akhir cerita, ketegasan dia tu dah hilang ntah ke mana. boleh jer isteri dia buat macam-macam ancaman kat dia. woiii James!! make up your mind la!! sekejap kata nak gi tempat Anna, nak jaga Anna.. tapi, bila isteri call, semua plan tak menjadi. adedeh..

scary woman, ibu mertua Saewa

bab calling-calling ni lagi la tak memuaskan hati. handphone ok, line clear, tapi orang tertentu jer yang berjaya buat call. huhu.. nak dijadikan citer la katakan. pastu, si penjahat ni plak macam takde kerja, ada je peluang dia mendengar perbualan rahsia orang lain. sedangkan kalau dia yang bercakap, full volume pun takde sape yang dengar. adedeh..

skang citer ni dah sampai episod 103 ok!! panjang umur dia kan? tu lah pasal… saya dah bagitau kat hubby, saya tak nak dah tengok citer ni. mengarut jer lebih.. tapi, bila jam dah menunjukkan pukul 7.28 pm, laju jer jari ni tekan channel 391 tu. hahahha.. actually, ada 1 lagi rahsia yang belum terbongkar iaitu Anna Laker sebenarnya adalah satu-satunya anak kepada pemilik sebenar hotel ternama tu, jadi dia adalah satu-satunya pewaris kepada semua kekayaan dalam citer ni. dengan kata lain, di akhir citer nanti, Saewa akan mengalami kerugian besar kerana lelaki yang pernah menjadi boyfriend dia sebenarnya lebih kaya daripada suami dia. itupun.. kalau la suami dia masih nak terima dia sebagai isteri kan? yang pastinya, Carl akan berkawen dengan Bongi, pompuan yang setia berada di sisinya selama berada di Korea. huhu… dah tau pun kesudahannya, so buat apa tengok lagi?

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

3 Responses

  1. Affienda says:

    yaaaaaaaaaa…. sy pun suka tengok korea… tp kalau tengok kat tv inda la saya dpt…. hu hu hu.. besa la kan bukan sy sorg jak san rumah.. rumah mentua la katakan….. so jalan paling singkat.. setelah sekali tengok kat channel korea tu KBS ka tu.. cari la kat youtube hehhe download… byk sudah movie yg sudah di download.. antaranya The Thorn Bird, Yoo Hee the Witch, yg drama F4 tu.. ada lg.. citer pengarah drama dengan anak kg yg sebenarnya anak org ternama.. inda ingat la.. brp byk sudah di download tu hee suma dlm CD..

  2. ibumadeeha says:

    hehe.. sama la tu, hubby pun suka download movie/ drama yang best, kalau harapkan saya, memang teda masa @ malas menunggu. sebab tu, terpaksa minta tolong hubby.. tapi, kalau namanya minta tolong tu, terpaksa la ambik turn dulu kan? tunggu dulu siap semua movie/ drama kegemaran dia siap di download, baru la dia tolong saya download. hahaha. checklist panjang ok..

  1. June 3, 2011

    […] that’s why saya masih tengok citer Smile Again yang rasanya dah nak masuk 150 episod! saya tau, channel S-One juga menyajikan drama-drama Korea […]

Leave a Reply