my future

wahh.. tajuk itu!! macam orang baru gagal SPM je bunyinya. err.. yeker? syukur la kalau korang dah mula berfikir mengenai masa depan seawal usia 17 tahun. kalau dulu, SPM ni seolah-olah penentu hidup dan mati kan? dengar je perkataan SPM, seram sejuk seluruh badan. apalagi kalau dah gagal, dah tak tau kemana arah akan dituju. huhu..

stop!! berhenti di situ!! ni bukan nak citer pasal SPM la.. ni nak citer pasal masa depan saya sebagai orang IT. hahaha.. dah tua, baru nak fikir masa depan ek? bukan apa, hari ni terdengar ura-ura, ada orang nak ambik saya untuk ditempatkan ke jabatan lain. haisshh!! saya tak tau samada ura-ura ini hanya gurau senda yang sengaja nak menakut-nakutkan saya atau.. kenyataan pahit yang bakal di tempuh. oh tidak!!

walaupun jabatan saya ni tidak la sehebat mana, tapi.. saya tak nak berpindah dari sini. I love it here because.. ramai orang sama ‘spesis’ dengan saya duduk kat sini. saya tidak mau bersama-sama dengan orang N walaupun orang cakap, orang N boleh tolong kita naik pangkat dengan cepat. tak nak!! tak nak!!

apapun, saya takde kuasa veto untuk melawan kehendak orang-orang besar. kalau betul la perkara ni akan jadi kenyataan, saya akan request bermati-matian bahawa saya hanya akan datang ke jabatan (baru) itu sekiranya diperlukan sahaja dan saya nak stay di jabatan (lama) untuk siapkan kerja. dorang mesti nak minta alasan yang kukuh kan?

  1. dalam kajian, orang IT especially programmer tidak sesuai dengan environment kerja yang ‘huha-huha’. spesis ini perlukan suasana yang tenang dan aman untuk menjana idea-idea best dari kepala hotak dorang.
  2. saya tak nak diberi kerja berkaitan dengan urus-tadbir pejabat. kerja-kerja sebegini sepatutnya dikendalikan oleh orang N dan bukannya F.

huhu… saya betul-betul harap benda tu takkan berlaku dan kalau pun ianya berlaku, saya harap request saya ni dapat ditunaikan. yes.. I love my comfort zone, so what?!!

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. April 12, 2011

    […] Resort & Spa untuk membentangkan Sistem Pemantauan KPI dan… mendapatkan update mengenai masa depan saya. huhuhu.. […]

Leave a Reply