mode post-induksi: danieL’s papa

isshh!! tak patut betul la kasi orang ambik exam time2 dah berumur ni, apa lagi kalau dah beranak-pinak, macam-macam bermain di fikiran, terasa seolah-olah masa depan tu betul-betul berada di hujung tanduk rusa. huhu.. bagi saya, saya lebih rela buat assignment dan presentation daripada menghafal segala macam fakta dari buku setebal 2 inci. seriously.. ambik exam skang tak sama macam ambik exam SPM dulu. biasa la, bila dah berumur ni.. bila-bila masa je boleh kena high blood, kolesterol naik, gula naik, garam naik.. pendek kata, boleh buka supermarket la!! hahaha..

anyway, exam induksi dah pun berakhir 2 hari lepas, tapi debaran tu masih terasa sampai ke hari ni. tak pasti samada ini perkara biasa atau saya yang terlalu emotional. apapun, assignment individu dan kumpulan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 13 Mei ni. faham?!

k la, tak nak tensen-tensen.. tak nak moody-moody.. meh kita layan story-mory pasal anak saya si danieL tu.

hari ni danieL dah berumur 1 tahun 7 bulan 19 hari. ‘papa’ yang dimaksudkan adalah abah dia sendiri tapi, entri ni bukan nak citer pasal abah dia ok. sebab.. selain abah, umi dan atuk dia juga adalah danieL’s papa. selain tu.. Backkom, Roary, Shazlan.. juga danieL’s papa. pendek kata, semua yang dia nampak adalah papa dia. hahahah.. bukan sebab apa, tapi sebab tu jer lah vocab yang ada dalam memori dia skang ni. hehe..

sejak diserang demam + batuk + selsema selama lebih seminggu hari tu, macam-macam benda dia dah pandai buat. so, masa ni adalah masa keemasan untuk umi ambik kesempatan. kalau bab mencari barang hilang, suruh danieL… kalau nak minta ambik barang yang jauh dari tempat duduk, suruh danieL.. jangan salah faham, anak saya tu memang terlebih rajin dah!! kain yang dah dilipat cantik-cantik pun, dia sanggup lipat balik. lantai yang dah dimop bersih-bersih pun dia sanggup tumpahkan air dan lap balik.

so, antara aktiviti kegemaran danieL adalah:

  • tolong umi masukkan kain kotor dalam washing machine
  • tolong umi tolak vacuum cleaner yang berat tu
  • tolong Veronce (kawan seofis dia) pegang botol time menyusu
  • tolong umi buang diapers kotor dalam tong sampah
  • tolong menambahkan kerja umi 😉

selain papa, danieL dah pandai sebut perkataan “oh oww!!” dan pandai menggunakannya mengikut kesesuaian. dah pandai panggil umi atau abah dalam situasi cemas contoh: apabila siaran Astro tergendala. suruh tukar channel lain.. atau suruh abah betulkan pencawang Astro kat KL tu. bila disuruh, dah pandai lap hingus sendiri. agaknya gara-gara lama sangat selsema hari tu, sempat menambah vocab baru iaitu ‘hingus’. kalau tanya, mana hingus? berusaha dia menyedut udara dari hidung, padahal takde hingus pun..

dalam bab mainan plak, umi masih tak dapat kenalpasti apakah mainan kegemaran danieL? biasanya anak lelaki suka main keta kan? so, berlambak la keta mainan dalam pelbagai jenama, tapi takde satu pun yang menjadi kebanggaan danieL. bila duduk dalam keta abah, bukan main excited lagi dia nak duduk seat driver, kunun nak drive sendiri la tu. ceh.. lesen keta mainan pun tak pass lagi, ada hati nak drive keta real. huhu…

bila abah atau umi menghadap laptop, time tu gak la dia merengek-rengek nak duduk atas riba. kalau duduk diam-diam takpe la jugak, tapi bila dah duduk tu, bukan main rakus lagi dia merampas mouse dan keyboard. amboi amboi.. nak jadi orang IT gak ke anak saya ni? dah belikan laptop mainan, tapi selepas 2 hari dia dah tau dah laptop tu bukannya jenama ASUS. haishhh!! apa-apa jer la danieL..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. Rina says:

    mgkn dia minat mainan ala2 handy manny.. mcm abah dia.. hahaha

  2. ibumadeeha says:

    sudah di kasi beli mainan ala-ala Lego, nda juga dia minat, terlampau susah mangkali dia rasa. hahaha..

Leave a Reply