induksi day 5

hajat hati memang teringin sangat nak share semua pengalaman sepanjang induksi, tapi saya tau dan yakin sangat korang akan boring membacanya. so, kita skip ke day 5 jer la ek..

pemandangan lokasi ODEC yang sangat menawan hati. lain kali boleh la ajak family BBQ di sini

kenapa day 5?.. sebab masa ni lah masa yang saya tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya setiap kali dengar perkataan induksi iaitu… masa untuk menguji ketahanan fizikal dan mental. kalau kat UMS ni, kitorang sebut sebagai ODEC (outdoor development center). aktivitinya merangkumi aktiviti di awan biru, di dalam hutan dan di tengah lautan. ececes..

kumpulan saya, bersedia untuk beraksi!!

kami dibahagikan kepada 2 kumpulan jer dan selepas diundi, aktiviti pertama bagi kumpulan kami adalah flying fox atau dalam bahasa melayunya, musang terbang. layan jer la aksi-aksi si musang kat bawah ni yer…

percubaan pertama.. oh sungguh seronok sekali!! tak takut langsung..

percubaan kedua.. sepatutnya seorang peserta boleh buat sekali je, tapi memandangkan masa masih panjang, maka si musang ini beria-ia sangat nak buat lagi sekali. huhuhu.. geleng kepala jer la..

aktiviti kedua disebut sebagai pamper pull atau dalam bahasa melayunya.. translate-la-sendiri. baru dengar taklimat dari kapten, dah rasa seram seluruh badan. apalagi bila dah sampai di tempat kejadian. kami perlu memanjat tangga setinggi 7m dan berdiri di atas platform yang hanya seluas 1m x 1m. platform tu plak macam tak stabil kerana hanya disokong oleh sebatang besi. selepas berjaya naik dan berdiri di situ, kami perlu melompat dan mencapai besi yang terletak 1m di hadapan. uhuhuhu.. 1m tu rasa macam dekat jer kan? tapi, bila dah berada dalam situasi kegayatan, macam terlalu jauh la plak untuk dicapai. saksikan…

Tuhan jer la tau perasaan saya semasa berada di atas tu. rasa nak nangis pun ada, rasa nak pengsan pun ada.. tapi, malu la kalau buat scene tak senonoh depan orang kan? member-member kat bawah pun diam je, masing-masing berdebar.

huhuhu.. nampaknya percubaan pertama gagal.. sebabnya, saya rasa gayat semacam dan tali kat depan tu plak macam nak menarik badan saya ke depan sedangkan saya belum bersedia untuk melompat. trainer kat bawah plak asek memekik suruh lompat cepat sedangkan saya tak habis fikir lagi. oh no!! masa ni dah rasa give-up sangat, tak nak try dah, giler scary!!

tekun mendengar nasihat. trainer tu tak suruh bengkokkan badan, takut tali yang melekat dibadan tu longgar

tapi, bila tengok ramai yang boleh buat terutamanya lelaki, tetiba rasa nak buat lagi sekali. yeaahh!! akhirnya berjaya ok.. tu pun saya terpaksa ignore pekikan trainer kat bawah, just focus pada batang besi tu. kawan-kawan kat bawah plak menjerit, suruh bayangkan benda tu sebagai laptop la, ipad la.. macam-macam la.. thanks all!! tapi, semua tu tak cukup menarik untuk dicapai.. hihihi..

aktiviti ketiga disebut sebagai.. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang pakai safety jacket. kami perlu membina rakit kami sendiri dengan material yang sangat terhad. so, ini lah kejadiannya..

aktiviti terakhir, jungle trekking atau dalam bahasa melayunya.. penat, semput dan sakit paha!! bagi saya, masuk hutan tu perkara biasa, tapi naik bukit dalam hutan agak mencabar gak la..

anyway, memang banyak kenangan manis sepanjang program ni. dah habis dah pun.. hari terakhir iaitu day 6 adalah kemarin. skang sepatutnya saya kena focus pada exam.. tapi, sempat lagi update blog. hahahaha.. gud luck untuk semua peserta kursus induksi!! all the best!! 🙂 so.. sape sunburn?!

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

6 Responses

  1. affienda says:

    saya pernah ni Abby.. tp sana OBS (Out Bound Sabah) dekat Kinarut tu.. aktiviti di kolej dulu… siok jg ba… rock climbing.. kayak… suma yg tidak pernah buat.. boleh buat sana juga… sama juga kali aktiviti tempat ko pigi ni… tapi satu hari jak.. inda puas ni heheeeeee…. ba enjoy your time la..

  2. ibumadeeha says:

    dulu UMS pun buat di OBS, tapi skang dorang sudah ada tempat sendiri so, pakai tempat sendiri jak la. ya.. 1 hari memang nda puas, banyak lagi aktiviti lain yang belum pernah buat. KK Adventure Park ada banyak aktiviti juga tapi bayar la. hehehe…

  3. p i d a says:

    Memang scary la noks. hehehe.. Klu saya la kunun, kompom teriak2 sana. Ukaaa.. paling la saya x suka tu klu lumpat2 tinggi macam tu dan masuk hutan. ntah la napa.. begini la nih. padahal hidup sekeliling kebun dan bukit2 keh3..

    Oh, Gud luck exam k! :’)

  4. ibumadeeha says:

    thank you, pida. exam dah berakhir kemarin. lega sangat.. hehe, mula-mula tu memang takut, tapi bila sudah berjaya lawan perasan takut, waaa.. punya best!! mo buat 10 kali bole?

  5. ibumadeeha says:

    oppss!! kecuali.. naik bukit. setengah kali pun nda mau ok!!

  1. June 3, 2011

    […] baper kali nak ikat? teringat plak masa ODEC hari […]

Leave a Reply