induksi day 1

kursus induksi adalah kursus wajib bagi penjawat awam. dulu masa bekerja dengan swasta, selalu gak la dengar perkataan ni dan setiap kali tu lah hati tertanya-tanya, bila la agaknya saya berpeluang join kursus ni? honestly, dulu saya tak pernah terfikir akan layak bekerja sebagai penjawat awam, malah saya cukup selesa bekerja dengan swasta. tapi, syukur alhamdulillah.. semua terjadi tanpa diduga.. seriously ok.. ni bukan main-main punya!! 😉

saya bermula di UMS sebagai kakitangan kontrak pada Feb 2010. then, Sept 2010 dapat status tetap. Oct 2010 dah ada panggilan induksi tapi, saya tak berani nak apply. hahahaha… kununnya, saya rasa saya ni masih terlalu ‘baru’ dalam alam kerajaan dan belum bersedia untuk berkenal-kenalan dengan pentadbiran kerajaan. memandangkan kursus ni merupakan syarat wajib untuk mendapat pengesahan jawatan, jadi terpaksa la saya memberanikan diri mengisi borang permohonan kursus ni pada March 2011.

seminggu sebelum bermulanya kursus, saya dah mula tertanya-tanya, apsal surat tawaran belum sampai? errr.. tak layak kut? tanpa buang masa, saya terus call staf yang bertanggungjawab. dengar je nama saya, orang tu terus sebut ‘induksi. oh… thank God!! ada rupanya, cuma surat tu belum sampai ke tangan saya. bukan main happy lagi saya mendengar khabar gembira tu, macam baru dapat tawaran masuk belajar kat U plak. hahahaha..

day 1 adalah pada 18 April 2011, selepas menyertai bengkel KPI di Beringis Beach Resort. penat dari bengkel pun belum hilang tapi, apa boleh buat, kalau bukan skang bila lagi nak induksi kan? biasa la, hari pertama hanya berkenal-kenalan. actually, bahagian pengurusan hanya 17 orang, sangat sedikit, jadi kami digabungkan dengan bahagian sokongan, itu pun jumlah keseluruhan hanya 30+ orang. peserta lelaki majoritinya dari bahagian keselamatan. kebaikannya adalah staf keselamatan sangat expert menyanyikan lagu-lagu patriotik, so peserta pompuan cuma tolong tambah second voice skit-skit jer. hehe..

tapi, yang paling tak disangka-sangka, adakah patut saya jadi timbalan penghulu?! OMG!! memang tak patut sungguh!! biasanya penghulu adalah lelaki kan? tapi, kali ni penghulu juga adalah pompuan, OMG!! apa kena la dengan kaum lelaki zaman skang ni? nasib baik la saya ni cuma timbalan. tapi, tau tak apa kekurangan jadi timbalan atau penghulu?! terpaksa la kami makan bersama penceramah ok!! so, kalau dah makan dengan orang-orang kehormat ni, faham-faham jer la.. memang nak kena control kan?! tak kenyang.. kena la buat-buat kenyang. kalau macam ni, hopefully berat badan boleh la turun ke angka 46 semula kan?!

so, isu yang paling hangat dibincangkan pada hari ini ialah.. Bumiputera adalah Melayu, tapi tak semestinya Islam. nah!! macamana kawan-kawan saya yang Dusun, Bajau, Kadazan, Brunei, Sungai, Bisaya dan sebagainya? kamu mengakukah kamu urang Melayu? Melayu bah plak kita ni ging!! bah, kalau tidak puas hati, kamu talipaun la tu penceramah aaa.. jan kamu marah-marah di blog saya ni. hihihi..

dan isu yang kedua adalah berkenaan objektif sesebuah universiti adalah untuk menghasilkan graduan yang “berfikir”. saya tau kawan-kawan yang setia menjadi pembaca blog saya ni semuanya adalah graduan kan? so, berfikirkah kita? saya rasa, semua orang tau berfikir kan? malah orang tak siuman pun, kalau perut dah lapar, dia tau dah sampai masanya untuk cari makanan kan? korang rasa adakah itu namanya berfikir? bukan?? so, persoalannya sejauh manakah tahap pemikiran kita? tentu lah tahap pemikiran kita ni ada batasnya kan? rasanya belum ada lagi orang di dunia ni yang boleh memikirkan semua jenis masalah dari pelbagai aspek.

contohnya, orang IT macam saya. kalau saya nak jadi yang terbaik dalam bidang saya ni, saya kena la pastikan pemikiran saya hanya fokus pada IT kan? so, sepatutnya kerja-kerja pengurusan segala tu, serah la pada orang yang sepatutnya. malangnya, balik-balik alasan yang sama, tak cukup staf.. so, kita pun terpaksa akur aje la.. huhuhu.. of course, multi-tasking is good for your career, tapi kalau boleh biar la multi-tasking tu pada kerja-kerja yang saling berkaitan kan? betul.. betul.. betul.. berfikir tak saya? hehehe..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

6 Responses

  1. Sapphire says:

    waaaa….bestnya By ko sda masuk induksi umum…aku br pi BIG ngan induksi khusus..induksi umum nda tau bila nie…huhu..1st time aku buat flying fox..mataii gayat!! hahaha cam lunggar lutut berdiri atas pelantar tu..tpi pastu kesukaan plak..hahah..pengalaman..pengalaman…

  2. ibumadeeha says:

    hahaha.. tu lah bestnya induksi. saya yg plg excited tu naik flying fox, mcm monyet dapat pisang jak. skali naik pamper pull, naaa.. baru tau!! ko free sudah skang kan.. saya plak yg mo study utk exam besok. huhu.. wish me luck!!

  3. Sapphire says:

    sori…br sempat singgah blog ko mlm nie..camna ngan exam?? aku blum free sepenuhnya lagi..ada lagi final exam menunggu bln jun nanti.. dat is our last interaksi d IPG..hehe pastu baru la btul2 free..hihihi

  4. ibumadeeha says:

    soalan exam terutama bahagian esei, 90% sebijik seperti yang diramalkan, so lancar jak la menjawabnya. tapi debaran exam tu masih terasa sampai skang. huhu.. bah, all the best!!

  5. Sapphire says:

    syukur la…nwei, tq..hehe…ada 4 minggu lagi mo masuk induksi blk n duduk final exam..tpi debaran tu makin terasa…uwaa..otak aku nie cam makin lembab ba sda..baca buku pun lambat mo pick up pa benda yg di baca tu…faktor umur kot..sumanya jdi slow down..kureeng semangatnya..haha

  6. ibumadeeha says:

    huhu.. otak lembab? trust me, you’re not alone!

Leave a Reply