derma darah..

biasanya bila kita dengar perkataan “derma darah”, kita akan ignore je atau.. “eh, tak nak la!!”.. tapi, kalau la perkataan tu diubah menjadi “jual darah”, nak ke kita? “eeeiii.. tak nak gak!!” so, persoalannya tak kesah la macamana pun yang pasti, darah yang mengalir dalam tubuh kita ni sebaik-baiknya tak perlu la dikeluarkan untuk kegunaan umum kan kan kan?

hahahaha.. ini cerita mengenai pengalaman saya suatu masa dulu. tapi, kali ni.. disebabkan geng-geng bas sekolah saya semua dah bertekad cemerlang nak menderma darah, maka saya pun terpengaruh la juga. kununnya kalau nak derma darah tu, penderma hendaklah mempunyai berat badan lebih daripada 45kg. bila ingat-ingat balik, 8 March hari tu baru je timbang berat dan berat saya adalah 46kg. so, boleh la kan? ngam-ngam..

sampai di lokasi, kami perlu mengisi borang pendaftaran dan naik ke atas mesin penimbang berat. dengan konfidennya, saya pun naik dan menjangkakan angka 46 akan terpampang pada skrin. jeng jeng jeng… what?! 50?!!!! hohohoho.. memang layak sangat la menderma darah ni kan?! 😛 macamana plak dalam masa sebulan lebih jer boleh naik 4kg ni?! samada hari tu salah timbang atau memang sah selera makan dah meningkat secara mendadak.

berat 46 – 50kg hanya layak menderma 250 ml darah

kemudian, ukur tinggi plak. alah.. tak payah la kut, dah tau dah tinggi saya 146cm jer.. bukannya berubah pun. tapi disebabkan saya nak bermain dengan sebuah lagi mesin yang boleh meramal umur kita, so saya pun ikut jer la arahan staf yang bertugas. tup tup.. result kuar mengatakan kondisi badan saya skang adalah untuk orang yang berumur 45 tahun!! what?! 7 tahun kehadapan ok!!  kalau macam ni, nak kena start amalkan jamu-jamuan awet muda ni. huhuhuhu…

next… sesi mencucuk badan pun bermula..

first stage, hendak lah bermula dengan yang ringan-ringan dulu kan? iaitu.. ambik darah kat hujung jari. alah.. korang mesti pernah kena ni, so tak payah la saya terangkan dengan lebih detail. tapi, yang peliknya, apsal jarum yang doktor pakai tu macam “malu-malu” jer nak menindik jari saya? adakah jarum tu yang tumpul atau kulit di hujung jari saya ni yang dah terlebih tebal? disebabkan hasil cucukan tu sangat hasul, maka darah yang keluar pun sangat sedikit dan terpaksa la jari saya ditebuk dua kali. huhu… anyway, darah yang sedikit ni perlu diuji untuk mengetahui samada darah kita cukup pekat untuk didermakan ok…

cute tak my single beg? hihihi..

second and final stage, apa lagi.. mencucuk besar-besaran la. hohohoho.. control panic ok!! honestly, kalau korang tanya saya sakit ke tak? saya akan jawab.. “memang sakit! tapi.. sakit skit jer..” nasib baik saya hanya layak menderma 250 ml darah, so proses menunggu beg tu penuh takde la lama sangat. kurang dari 5 minit kut.. tapi, bila dah selesai, tak boleh bangun terus ok! kena rehat beberapa minit dulu..

so, lepas ni kalau ada orang tanya, “pernah derma darah ke?”, saya akan jawab, “pernah..”. kalau kena tanya, “nak derma lagi tak”, saya akan jawab, “ermmm… tengok la macamana”. hahahaha… anyway, untuk kawan-kawan yang dah tak sabar melalui pengalaman menderma darah ni, pastikan malam sebelum tu korang dah tidur lebih daripada 5 jam ok!! selamat menderma darah!!

Tahukah anda, tindakan menderma darah akan mengurangkan paras ‘iron’ di dalam darah. ‘Iron’ adalah oksidan yang akan meningkatkan radikal bebas di dalam tubuh. Jadi apabila anda menderma darah sekurang-kurangnya sekali dalam setahun, anda akan mengalami penurunan tahap ‘iron’ dan ini turut mengurangkan risiko serangan jantung pada diri.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. Rina says:

    nah.. terpaksa la menderma darah lagi ni.. kasi kurang risiko serangan jantung.. hehehe

  2. ibumadeeha says:

    hehe.. tengok la macamana.. tengok keadaan kesihatan dan tempat menderma.

Leave a Reply