3 in 1: featured movies

8 hari terasa macam bertahun-tahun tak menambah entri dalam blog ni. bukan takde cerita untuk di share, tapi bak kata Pn. Leyana, this April is very tough. akhir march dah banyak request yang perlu dibereskan on April. kalau takde halangan, April juga adalah masa untuk ber-kursus induksi. so, dengan kesempatan yang ada ni, sila lah layan 3 movie yang saya tonton hujung minggu lepas.. layanzz..

Burlesque 2010

movie ni sesuai untuk mereka yang meminati dunia hiburan Hollywood especially peminat-peminat Christina Aguilera. I’m not very sure but saya rasa movie ni tak sampai Malaysia kut.. atau promosi kat Malaysia tak sampai ke telinga saya. nama Christina Aguilera sememangnya agak sinonim dengan Britney Spears kan? so bila dengar Christina berlakon dalam movie, semestinya kita akan bandingkan kualiti lakonanya dengan Britney dalam Crossroads 2002. for me, mungkin bakat lakonan Christina lebih menyerlah sedikit berbanding Britney, tapi.. saya rasa Britney tak patut dipersalahkan 100%. why??

Crossroads mengisahkan seorang anak perempuan yang ingin mengembara bersama-sama dengan beberapa orang kawan untuk mencari ibu kandungnya. di sepanjang pengembaraan itu, dia menyedari bahawa dia mempunyai bakat dalam nyanyian dan tarian, malah bakat itu sering digunakan untuk menampung kos pengembaraan mereka. di penghujung cerita, baru lah dia membuat keputusan untuk menyertai pertandingan menyanyi seterusnya memenangi pertandingan tersebut.

Burlesque mengisahkan seorang perempuan yatim piatu yang sudah bosan dengan kehidupan sebagai waitress. jadi, dia mengambil keputusan untuk berhijrah ke LA  untuk menjadi penyanyi yang glamer. Christina sangat bertuah kerana di babak awal, dia berjaya mendapat pekerjaan sebagai penari di sebuah kelab yang bernama Burlesque. babak demi babak, watak penari akhirnya bertukar menjadi penyanyi.

jadi, dari review pendek saya ni, jelas bahawa challenge untuk Britney menjayakan wataknya adalah lebih berat berbanding watak yang dibawakan oleh Christina. ini adalah kerana Britney diberi watak lakonan yang jauh berbeza daripada personaliti dirinya yang sebenar. so, sebab tu saya rasa kegagalan Britney dalam Crossroads tidak patut dianggap sebagai kegagalan muktamad. dia perlu diberi peluang lain dan diberi watak yang lebih bersesuaian dengan imej sebenarnya. ececes.. macam peminat Britney jak ni. hahaha..

ok, move on to the next movie..

Tangled 2010


korang mesti pernah dengar cerita dongeng si Repunzel, perempuan berambut panjang kan? bagi saya jalan cerita dalam movie ni sangat menarik kerana ianya sangat berbeza dengan cerita dongeng yang pernah kita dengar selama ni. hanya beberapa elemen sahaja yang masih dikekalkan iaitu perempuan tersebut masih diberi nama sebagai Repunzel, mempunyai rambut panjang dan tinggal di atas menara yang sangat tinggi. yang menariknya, kali ni Repunzel diberi watak seorang gadis yang agak lincah dan berani. peminat-peminat animasi, sila lah tonton movie ini!! 😉

Megamind 2010


another filem animasi yang best! mengisahkan seorang alien yang dihantar ke bumi tapi sering mengalami nasib buruk. kehidupan yang tidak adil memaksanya untuk menjadi seorang penduduk bumi yang paling kejam di dunia. macam biasa, bila ada watak jahat, mesti lah ada watak baik kan? si watak yang baik ni plak mempunyai keistimewaan ala-ala Superman, tapi pernah tak korang dengar Superman bosan dengan kerjanya sebagai superhero? hah.. kalau tak pernah, korang perlu tengok movie ni!! bila lagi nak tengok Superman jadi orang normal kan? bila superhero dah bosan, apa jadi pada si watak jahat? dia pun pasti lah kebosanan sebab dah takde kawan nak gaduh kan? akhirnya… hehe.. tengok sendiri kesudahannya ok!!

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply