the power of giving

keinginan ni datang ketika saya sedang dalam perjalanan balik dari ofis semalam. macam biasa, dari UMS saya ikut jalan Sulaman then stuck kat depan Kastam Residence sebab jammed. sambil menunggu lampu hijau, saya sempat menikmati pemandangan sekeliling (ececes.. ) dan terpandang la sebuah kereta Kancil di lorong sebelah, mati di tepi jalan. kelihatan 2 orang lelaki, mungkin si pemandu dan si penumpang sedang berusaha menghidupkan semula kereta tersebut. kesian..

tetiba teringat plak insiden yang sama terjadi pada saya dan hubby beberapa bulan yang lepas. kalau korang tengah rajin dan berminat nak tau dengan lebih lanjut, boleh baca entrinya di sini dan di sini ya. tapi, saya tau korang tidak la serajin yang disangka kan, so saya akan tolong summarized kan kat sini ya 😉

insiden tersebut adalah mengenai cabaran menggunakan kereta pinjam yang sepatutnya dah perlu pencen, tapi terpaksa kami gunakan sebab kereta kami sendiri dah lama tersadai di workshop akibat kemalangan yang tak dijangka. accident berlaku pada bulan May dan selepas itu lah bermacam-macam jenis masalah berkaitan kereta kami alami sehingga la kami terpaksa buat keputusan untuk beli kereta baru (Persona Elegance) 2 hari sebelum balik beraya (Sept). so, korang bayangkan la sendiri betapa susahnya kehidupan kami ketika itu. huhu..

bila terkenang semula kejadian tu dan tengok orang lain plak yang mengalami masalah yang hampir sama, tentu la kita perlu buat sedikit reflection kan? atau dalam bahasa melayunya, muhasabah diri. kalau la saya ni expert bab-bab repair kereta, pasti saya akan bagi bantuan. malangnya, nak masuk group beginner pun belum tentu layak. apa yang mampu saya buat adalah berdoa semoga ada orang yang dapat bagi pertolongan kat dorang.

setelah selesai mengenang peristiwa lama.. keadaan skang plak macamana? alhamdulillah, saya dan hubby dah boleh drive kereta sendiri untuk ke tempat kerja masing-masing. so, masalah punch card merah dah boleh diatasi. alhamdulillah, rezki hubby bertambah semenjak itu dan dapat la kami menunaikan beberapa hasrat hati yang dah lama terpendam akibat kekangan kewangan. dengan penambahan rezki itu, dapat la juga kami merancang perkara-perkara extravaganza yang kami rasa selama ni agak mustahil untuk dicapai. alhamdulillah sangat-sangat…

© credit to Lazy Souls

kemudian timbul plak rasa “wow”!! tak sangka kesengsaraan dulu kini bertukar menjadi sebaliknya. sejak bila ya? fikir punya fikir, oooo… sejak hari itu!! selepas hubby menunaikan nazarnya kat rumah anak-anak yatim piatu, semasa bulan Ramadhan. actually, hubby sendiri pun dah terlupa pasal nazar tu, tapi ketika kami sedang diuji dengan pelbagai macam cubaan, saya bertanya, “kenapa? seolah-olah rezki yang kita dapat tidak diberkati Tuhan”. tak sangka pertanyaan saya tu mampu mengingatkan semula hubby pada nazar tersebut. tapi, walaupun dah teringat, terpaksa gak tunggu masa yang sesuai yakni apabila dah mampu menunaikannya.

benar la bahawa Allah itu Maha Adil. walaupun kami menunaikan nazar tersebut dalam keadaan yang ‘macam terpaksa’ means.. sudah diuji baru kelam kabut nak buat, tapi Allah tetap bagi pulangan yang lumayan. pada ketika itu la saya terus saja dial no hubby dan menyatakan hasrat ingin melawat semula rumah anak-anak yatim piatu dan Insya-Allah kali ini dengan hati yang 100% ikhlas seikhlasnya. terasa betapa kerdil diri ini dibandingkan dengan kasih sayang Nabi terhadap anak-anak yatim. kalau boleh, masa tu juga saya ingin terus parking di hadapan rumah anak-anak yatim.

so, begitu la alkisahnya berkenaan mission kami yang seterusnya. mission ke berapa, saya pun dah lost count. bukan niat untuk menunjuk-nunjuk di sini, cuma mau berkongsi dengan kawan-kawan semua betapa hebat dan betapa benar apa yang orang putih selalu cakap sebagai.. The Power of Giving! By doing even the smallest acts of generosity, you are inviting good vibrations to come into your life. kadang-kadang bila kita dengar macam-macam petua dari orang-orang falsafah kehidupan, kita rasa ‘macam betul’ tapi.. betul ker?? sebab tu saya kongsikan cerita ini agar kawan-kawan semua yakin, ia memang betul!!

saya lebih suka ibaratkan sebiji gelas yang kosong. apabila sudah penuh dengan air, ia tak dapat menampung sebarang air lagi melainkan air yang ada perlu ditumpahkan keluar. sama la seperti rezki yang kita ada, walaupun secara logiknya bank tidak menetapkan had untuk kita simpan duit di dalamnya, tapi kalau dah rasa macam dah luar biasa jumlahnya… atau almari pakaian pun dah penuh, rumah pun dah tak mampu menerima kehadiran perabot baru.. atau dah tak mampu mengurus-tadbir rumah-rumah sewa  yang anda miliki.. apa salahnya dikeluarkan sedikit untuk orang-orang yang memerlukan kan? agama juga mengajar kita untuk bersedekah iaitu sekurang-kurangnya membayar zakat di bulan Ramadhan, tapi kalau mampu, bersedekah lah pada bulan-bulan lain juga. kita bukan sahaja telah meringankan bebanan orang-orang susah malah secara tak langsung, kita melatih diri kita untuk bersyukur, berkasih sayang dan menguruskan sumber dengan baik dan saksama.

oleh itu, saya menyeru kepada kawan-kawan.. mari la kita bersedekah. kalau 4-digit tak mampu, 3-digit jer la.. kalau 3-digit tak mampu, 2-digit jer la.. kalau digit tak mampu, barang-barang lama yang masih elok keadaannya pun sesuai untuk didermakan. so, takde alasan ok! semoga usaha ikhlas kita ini diberkati Allah hendaknya.

moral of the story:
apabila kita diuji, jangan mudah melatah kerana pasti ada hikmah disebaliknya. sesungguhnya ada orang yang lebih susah dari kita. sebaliknya, fikir-fikirkan la, mengapa kita diuji sedemikian rupa. percaya la, Tuhan tidak menguji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu tanggungi.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply