sayonara, icebox lama..

seperti yang pernah di share kat sini, misi membeli icebox baru adalah misi si suami, yang mana si isteri masih dalam status berteka-teki kenapa kah icebox baru perlu dibeli? sehingga lah icebox tersebut sampai di muka pintu, fikiran si isteri masih dihantui dengan pertanyaan itu sambil tangannya terus saja sibuk membersih dan mengemas barang dari icebox lama ke icebox baru. kemas punya kemas.. baru la si isteri kununnya ter-perasan kenapa si suami asek tidak puas hati dengan keluasan icebox lama. korang lihat la sendiri!!

tinggal 1 row jer lagi yang kosong..

nampak sangat stok makanan kami sangat sedikit kan? yang banyak dan memenuhkan ruang hanyalah junk food!!

owwhh!! rupanya ada banyak lagi stok junk food disimpan kat tempat lain!! huhu.. kalau korang terkejut melihat kebanjiran junk food ini, korang sememangnya mengamalkan hidup yang sihat dan layak la memberi sepatah dua nasihat kat kami. tapi.. kalau korang rasa biasa jer.. so jom la kita beramai-ramai menyanyikan lagu, “kita serupa..”

anyway, I like the free gift!! di dalamnya ada 4 biji bowl sederhana besar dan 1 biji bowl yang paling besar! sesuai untuk microwave..

HiDeco Large Capacity 2-door ActiFresh Hybrid Cooling Refrigerator with Plasmacluster Ions.
apo ko bendenye tu? ntah.. anyway, just love it!!

and.. sayonara, icebox lama!! kami minta maaf kerana terpaksa melepaskan kau, sebab rumah kami tak cukup luas untuk menyimpan 2 buah icebox. jangan sedih.. nanti kami datang melawat kat kampung ekk..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. syahada says:

    waaahhh!!! pemEnat junk food yang tegar ni. :p

Leave a Reply