sawadikap!!

Disclaimer: jalan cerita mungkin agak extremely detailed dan mengandungi unsur-unsur iklan percuma 😉

biasanya orang yang suka melepak-lepak di hadapan pintu ofis sambil memegang beg dan fail adalah student. memula malas gak nak tegur sebab kerja hakiki saya tidak berkenaan dengan akademik, tapi disebabkan terasa nak buat baik skit hari ni, saya tegur gak la, “cari siapa, dik?”. si pompuan lantas menjawab, “err.. tidak. kami tunggu kawan sorang lagi.” tanpa banyak soal, saya terus saja tinggalkan dorang tapi, masih kedengaran suara si lelaki berbisik pada si pompuan, “pegi la.. ok tu dia..”

mungkin disebabkan desakan si lelaki, si pompuan terpaksa la mengekori saya dari belakang. owh.. promoter rupanya!! hmm.. sejak kebelakangan ni, agak kerap juga ofis kami ni diserang promoter. apehal? sistem pertahanan dah semakin lemah ke kat pejabat am tu?

ini la gambar makanan yang memukau hati orang yang tengah kelaparan tu

dengan sedikit mukadimah, si promoter pun mula menunjukkan gambar-gambar makanan dari Mai Yai Thai Orchid Restaurant. kebetulan plak perut sedang berkeroncong kelaparan, ermmm.. macam sedap jer semua tu!! nak makan skang juga, boleh? nasib baik akal fikiran masih waras dan menganggap dorang bukannya datang untuk menjual makanan-makanan tersebut di sini. tapi.. dorang datang adalah untuk menjual 12 Offer coupons + 3 Bonus dengan harga RM 29.90 sahaja. menarik bukan? validity plak sampai 30 November 2011. apalagi.. saya pun ok ajer la!!

sebelum kuar dari ofis, saya sempat menarik set coupon tu masuk ke dalam beg. seperti biasa, dalam perjalanan balik saya akan berteka-teki sendiri, danieL dah sampai rumah ke belum? sepanjang hari tak tengok muka dia, memang rindu sangat! tapi hari ni danieL dijaga oleh my PIL kat rumah adik ipar di Country Height, so kalau dorang nak hantar danieL pulang, my hubby atau saya hendak la sampai lebih awal sebab dorang takde kunci rumah.

sebelum terlebih excited, sila baca T&C dulu yer..

sampai rumah, my hubby menyambut dengan senyuman, “jom bersiap ambik danieL!”. terus saja set coupon tu terbayang-bayang di hadapan mata. seperti biasa gak, bila hubby bagi 1 cadangan, saya akan menyokong cadangan itu dengan sedikit penambahbaikan. ececes.. saya cakap, “kalau macam tu, kita terus ajak dorang kuar makan la!” dorang yang dimaksudkan biasanya adalah my PIL, adik ipar pompuan (nana), adik ipar lelaki (dennie) dan girlfriend dia (adi). kalau bab makan, my hubby memang jenis tak kesah, ok jer.. lantas saya pun mengeluarkan set coupon yang baru dibeli tengahari tadi dan bertukar menjadi si promoter pompuan. blah blah blah.. beli 1 dapat free 1.. blah blah blah.. got bonus also.. blah blah blah.. and blah blah blah..

err.. sampai bila nak habis blah-blah-blahnya tu? sampai hubby cakap “ok” la kan? hehe.. sebaik sahaja misi mem-promote tercapai, saya terus ambik towel dan bersiap. hubby plak memulakan operasi calling-calling semua jawatankuasa yang terlibat. to be honest, kami memang tak pernah makan kat Waterfront KK, malah tak pernah terbayang suasana kat situ macamana. nasib baik dennie tau tempat tu, tapi tak pernah dengar pun nama restoran tu. tak pe.. tak pe.. pegi dulu, nanti sampai sana baru buat operasi mencari ok. yang penting, reservation dah dibuat oleh hubby.

dipendekkan cerita, kami mengekori kereta dennie dari belakang. dalam kereta hanya kami berdua tanpa danieL sebab danieL naik kereta dennie bersama-sama dengan my PIL. huhu.. macam tak biasa plak duduk dalam kereta tanpa danieL, tapi.. boleh jer terlelap dan tak sedar 20 minit berlalu begitu pantas. “dah sampai.. sayang kuar dulu, abang mau parking kereta di tempat lain.” suara hubby mengejutkan saya dari tidur yang tak bermimpi. rupa-rupanya kami dah pun sampai depan Waterfront KK. “bawa payung, masih hujan di luar tu.” sambung hubby lagi sambil melihat saya yang masih ‘mamai’. “errr.. mana payung?” saya meraba-raba mencari payung kat tempat penyimpanan biasa.

kuar dari perut kereta, saya masih separa sedar (ni bukan cerita pasal orang nak kena langgar ok). danieL, my PIL dan nana mengekori dari belakang. huh?! kat mana ni? kat mana restoran tu? fikiran masih tak stabil, otak masih takleh nak fikir. yang saya ingat, saya sedang memegang set coupon dan kami perlu sampai di Mai Yai Thai Restaurant. nasib baik nana cepat-cepat mengambil alih tugas ‘tour guide’ yang dah nak collapse ni. beberapa minit berlalu, baru terfikir nak call restoran tu. si penyambut telefon memberikan direction yang gagal difahami oleh saya sendiri. alamak.. apa nak jadi ni?! err.. dekat Bistro? sebelah kanan? ok ok.. we’re on our way kunun… padahal..

12 Offer coupons + 3 Bonus

cari punya cari, tetiba sekumpulan waiters yang entah sejak bila berada di hadapan kami pun menegur, “thai restaurant? sila sila.. sila masuk.” huh?! sini ker? saya melihat dorang sedang menunjuk-nunjuk ke arah set coupon yang saya pegang. “Ooo.. sini ka?” soal saya pada dorang sambil mempamerkan set coupon tersebut. alamak!! ini adalah scene yang paling memalukan dalam hidup saya!! apa tidaknya.. dorang mesti rasa kelakar tengok saya dalam keadaan separa sedar sambil memegang set coupon yang mengandungi 12 offer coupons + 3 bonus dan terkapai-kapai mencari restoran tu. seolah-olah saya datang di sana untuk habiskan semua coupon tu hari ini juga!! hahahaha.. anyway, jangan salahkan sesiapa kerana tidak berlaku sebarang jenayah di sini. miaahahah.. cover malu!!

ok ok.. sudah-sudah la tu ketawanya oooiii..

antara ahli jawatankuasa yang hadir. perasan tak ada yang sedang bertukar jadi superman. 😉

skang kita berpindah ke scene meng-order makanan plak. set menu yang diberikan, fulamak! satu benda pun saya tak faham, ok! kalau tak faham, tanya la waiter kan? tak tau la, sama ada saya yang masih ‘mamai’ atau.. waiter tu bercakap dalam bahasa asing.. susah sangat la nak faham apa yang waiter tu cakap. yang saya tau, dia sebut pasal buy 1 free 1 not included drinks and salad, tapi boleh pakai bonus coupon. huhh?! apa tu?! not included.. tapi boleh?! last-last, saya tanya.. so, apa yang included?! setel.. habis cerita!! kap kung kap.. tak kesah la included ke not included, yang penting makan cepat, lapar gilak ni!!

translate please..

again.. tengok balik set menu yang tak difahami. OMG! apa nak makan ni?! memang ada English Translation, tapi.. mungkin sebab enjin otak belum panas, so bahasa English tu pun macam bahasa asing bagi saya. alamak.. relax kau Laurah.. jangan kasi malu orang IT! hahahaha.. dengan bantuan nana, akhirnya kami berjaya memilih makanan-makanan berikut:

  1. Bonus 2 : Som Tam (Papaya + Carrot + Cucumber)
  2. Bonus 3 : Tom Yam (Seafood)
  3. Buy : Rad Prik (Deep Fried Whole Fish with Chili Sauce)
  4. Offer : Phad Nam Prik Phao (Tofu with Homemade Paste)
  5. Buy : Sam Rod (Deep Fried Crispy Chicken with Thai Sauce – 3 Taste)
  6. Offer : Yam Mamoung Pla Thod (Fried Kangkung with … )

sedang memilih menu, si waiter datang lagi untuk memeningkan kepala saya. dia cakap, “kamu pakai 2 tables kan.. so boleh ambik 4 offer.” huh?! means.. kena beli 2 dishes lagi untuk tambah 2 offer lagi ka? ko ingat kami ni pirana, boleh habiskan semua tu? haishh!! sudah sudah sudah.. kami nak pakai 2 offer jer ok, with 1 bill ok, tak payah buang kertas print bill banyak-banyak. ececes.. panas sudah enjin si tour guide!

Peppermint Tea.. dari jauh lagi boleh dihidu keharumannya

macam biasa, bila operasi makan sudah bermula, shift menjaga danieL juga akan bermula. setiap shift mengambil masa lebih kurang 10 minit, untung la siapa dapat shift terakhir sebab tempoh masanya agak pendek. orang yang dapat shift kedua adalah orang paling malang sebab dia perlu makan dalam tempoh 10 minit sahaja.  shift pertama juga agak mencabar sebab perlu menahan lapar lebih lama dari orang lain tapi, boleh menikmati juadah makanan lebih lama. hahaha… kali ni shift pertama adalah saya, diikuti oleh my hubby then, my FIL.

gambar ‘sebelum’ tidak sempat di ambil kerana photographer sibuk bertugas di shift pertama

memandangkan saya berada dalam shift pertama, maka saya adalah orang paling terakhir merasa makanan yang di order. sebelum makan, perlu tanya pendapat orang lain, “ok tak makanan dia?”. dorang cakap, “ok gak la..” but for me, this is the BEST thai restaurant ever!! actually berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu, setiap kali saya dengar perkataan ‘thai food’, saya akan terbayangkan ‘malay food’ atau dengan kata lain, thai food and malay food is the same thing to me. tapi kali ni, saya akui, makanan tu memang dimasak sendiri oleh chef dari Thailand dan sangat berbeza dengan masakan melayu. malangnya, saya tak dapat gambarkan perbezaan tu sebab saya tak pernah lagi rasa masakan sesedap itu ok. tak tau la sama ada deria rasa saya ni tak betul atau.. saya sedang kelaparan tahap gaban masa tu. 😉

yang saya tau, walaupun kami terpaksa membayar bil berjumlah RM 141++, saya masih teringin nak makan di sana dan masih terbayang-bayang makanan tu terutamanya Som Tam. slurrppp.. telan air liur jap eh!! 😉 hari ni saya tak sabar buat entri ni, tapi saya tak ingat nama makanan yang kami order semalam. so, saya google dan terjumpa review kat TripAdvisor. wow!! 4.5 stars and 94% recommend ok!! once again, jangan salahkan sesiapa sebab tidak berlaku sebarang jenayah di sini.

😉 anyway, setelah dibagi-bagi dengan ahli jawatankuasa, saya ada 6 offer coupons + 1 bonus lagi, so next time boleh pegi lagi. yeahh!!

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply