mio sister’s wedding!!

errmm.. how to start this story aa??.. biasanya, bila closed family member kita kawen, kita mesti buat macam-macam entri berkaitan kan? contohnya persiapan bertunang, perjalanan majlis pertunangan, persiapan kawen dan akhir sekali baru la majlis perkahwinan. tapi, malangnya saya tidak dapat memenuhi semua prasyarat tersebut memandangkan saya tidak berada di tempat kejadian sebelum majlis kawen tersebut. malah, semasa majlis kawen pun, saya tidak sepanjang masa berada di situ. huhu… nak tau kenapa? sila teruskan bacaan.. 😉

hari pertama, sempat melihat kesibukan makcik-makcik kat dapur. kalau nak tau, majlis diadakan di rumah bapa sedara iaitu adik kepada my sister punya bapa (my stepfather). memandangkan bapa dorang dah lama meninggal dunia, so bapa sedara dia ni la yang beria-ia sangat nak buat kenduri kat rumah dia sepertimana majlis kawen adik saya yang dah ada 2 orang anak tu. makcik yang tengah baca SMS tu adalah ketua dapur yang juga merupakan isteri kepada bapa sedara adik saya. huhu.. jangan pening dulu ok!

tak lama lepas tu, mentua dah calling-calling, bagitau dorang dah sampai kat pekan Ranau. berkejar la kami ke pekan, meninggalkan kesibukan tadi. danieL pun tak sabar-sabar jumpa atuk, nak minta gendong!! selepas mengisi perut di Restoran Sri Dina, kami terus bawa mentua dan abang ipar bersama isterinya ke ‘Tagal’ Sungai Moroli, Kg. Luanti. malangnya, hari ni tempat tu ditutup sebab hujan lebat yang tak berhenti sejak semalam.

tanpa buang masa, kami terus saja menuju ke Ernah Lodge, tempat penginapan ala-ala kampung kat Kg. Poring.

suasana hujan kat luar lodge

sedikit fasiliti yang ada di dalam lodge, rupa-rupanya memaparkan juga sejarah nenek dan datuk saya dan tak sangka no. phone my mum juga terpampang kat situ. errr.. ya, memang betul lodge ini adalah kepunyaan my uncle tapi.. tak sangka la my mum pun ada partnership. by the way, saya buat booking pun through website and phone call.. so, sape sangka kan? pendek cerita, memang dapat diskaun la skit. 😉

oleh kerana hujan masih tak nak berhenti, so kami teruskan saja plan kami iaitu bermandi-manda di Air Panas Poring. sebelum tu, sempat menyinggah kat kedai-kedai kraftangan yang ada kat situ. one of them is owned by my mum… tapi hari ni bisnes tutup sempena kesibukan majlis akad nikah my sister yang akan berlangsung pada malam ini.

lagi bukti suasana hujan.. 😉

iklan Raflesia terletak di luar pagar Air Panas Poring untuk memancing pelancong. kalau saya.. memang tak heran pun!! kenapa? PM ok!! 😉

macam biasa, sila bayar sebelum masuk!! RM 3 untuk dewasa (local), RM 1 untuk warga emas (local). murah jer..

penanda arah jelas terpampang kat situ, kalau sesat.. pandai-pandai la cari jalan pulang 😉

yelah.. korang ajer la yang syok ber-posing dengan artis dari Korea tu. hihi..

owh!! I wonder.. dorang nak tambah lagoon lagi ke kat sini?! atau.. nak tambah kanopi?

hendak lah melalui rintangan jambatan gantung 2 hala!!

lagi posing dengan artis Korea! by the way, kalau pegi sini, memang tak sah kalau tak bergambar kat area ni kan? 😉

melintasi rimbunan pokok-pokok bamboo atau dalam bahasa dusunnya adalah poring. errmm.. sebab tu la tempat ni dinamakan Kg. Poring!!

nak solat, boleh singgah di sini. penuhi hajat rohani anda.

nak makan, boleh singgah di sini, penuhi hajat fizikal anda. errr.. ikut tanda arah ok! kayu ini bukan untuk dimakan 😉

yeaahh!! dah sampai pun ke destinasi sebenar!! penat?!

area ni plak sesuai kalau tak nak kongsi kolam dengan orang lain. kalau nak privasi lebih, boleh sewa kat kolam tertutup.

sementara menunggu air kolam penuh, jom posing lagi dengan artis Korea ni!! nampaknya dia pun dah tak nak pandang camera, sebab dah terpegun melihat air yang mencurah-curah! tak sabar la tu..

ok la, say no more, kita penuhi hajat beliau! owh, sukanya dia!!

woiii!! ni entri pasal kawen ke.. pasal artis korea ke.. pasal holiday?! huhuhu.. jangan pening dulu ok!

memandangkan kami sememangnya ada agenda lain, maka terpaksa la saya, hubby dan danieL meninggalkan dorang menikmati masa yang lebih panjang kat situ, sedangkan kami perlu balik semula ke majlis nikah my sister. cepat cepat cepat..

mini pelamin untuk acara merenjis dah standby. sape buat? sudah pasti la bukan saya 😉

alhamdulillah.. majlis akad nikah berjalan dengan lancar. macam sedih jer muka pengantin pompuan kita ni, apehal? kih kih kih.. maklum la, takde pengalaman kut. anyway, memang banyak sungguh la cabaran dalam majlis dorang ni. dah lah hujan macam tak sanggup nak berhenti, letrik pun kadang-kadang terputus, sayur yang dah siap dimasak untuk tetamu plak tertumpah sebelum sempat dihidangkan. huhu.. harap-harap la semua tu hanya gimik semata-mata.

majlis malam tu dimulakan dengan acara akad nikah, lepas tu berzanji dan merenjis. malangnya, selepas akad nikah selesai, danieL dah semakin sukar untuk dikawal. nak pulang awal, macam tak manis la plak dipandang orang kan? so, saya ambik keputusan untuk tidurkan danieL dalam bilik pinjam. tepuk punya tepuk.. tepuk punggung danieL la.. masih tak nak tidur, last-last saya sendiri yang terlelap. bila tersedar, danieL belum tidur sedangkan majlis kat luar dah habis. disebabkan keadaan perut yang dah lama berkeroncong, tanpa buang masa, saya terus saja bawa danieL ke luar untuk cari makan. dah nak dekat pukul 11 malam ok!!


ni cerita keesokan harinya plak. tengok tu, awal-awal lagi danieL dah booking tempat jajahannya untuk bermain, abah plak dah standby nak jadi pak guard kat situ. adoi la.. kenapa la tangga ni menjadi tempat idaman danieL? scary ok!!

oh my!! syukur la ada gak gambar saya kat situ!! 😉

majlis dimulakan dengan perarakan berkompang dari rumah pengantin lelaki, menuju ke Kg. Poring dan balik semula ke rumah bapa sedara. gambar diambil oleh hubby sebab saya tak sanggup nak join suasana yang terlalu crowded masa tu. perarakan sebegini sememangnya sudah menjadi adat di sini dan sepatutnya perlu sampai ke Pekan Ranau tapi memandangkan kesuntukan masa, perjalanan terpaksa dipendekkan. syukur gak la, hari ini cuaca agak cerah..

akhirnya.. pasangan pengantin sedang bersanding. ni jer la gambar yang sempat saya snap dengan camera Blackberry Bold saya. yang selebihnya diambil oleh photographer lain. hajat hati memang la nak ambik gambar banyak-banyak tapi.. anak sorang tu nak letak mana? tepat jam 3.15 pm, hubby ajak balik KK sebab nak kejar mentua yang nak singgah rumah kami untuk mengangkut icebox lama. dengan hati yang berat, saya pun terpaksa meninggalkan majlis dengan doa semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi kedua-dua mempelai dan hubungan mereka berkekalan hingga ke akhirat. amin..

Maher Zain – Baraka Allahu Lakuma menjadi lagu tema majlis persandingan.

untuk adikku, Rizah Patimin.. memandangkan adik kawen dalam usia yang begitu muda, kakak hanya mampu doakan yang terbaik untuk adik. semoga segala cabaran sebelum dan semasa majlis perkahwinan ini tidak dijadikan alasan untuk adik gagal menjalani kehidupan rumahtangga yang bahagia. kakak percaya, perkahwinan ini akan menjadikan adik seorang yang lebih matang di masa akan datang. yang paling penting, tunaikan lah tanggungjawab adik sebagai seorang isteri yang solehah, jangan nakal-nakal lagi ok!! 😉

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply