kasih sejarak dua jari..

seperti tahun-tahun lepas, tahun ni UMS mengadakan Sambutan Maulidur Rasul pada 13 mac 2011. jangan tak tau, tahun ni juga saya dilantik menjadi penyelaras sambutan tersebut untuk jabatan kami. memula tu panic attack gak, bukannya ada pengalaman jadi penyelaras, tapi bila fikir-fikir balik, penyelaras ni tugasnya menyelaras sahaja kan? so, boleh la saya suka-suka suruh orang buat kerja. hihihi…

tema tahun ni adalah biru. teka beg sepa yang paling minta puji, macam la banyak sangat duit di dalam!?

anyway, dipendekkan cerita, selepas upacara perhimpunan dan perarakan, acara seterusnya berlangsung di dalam dewan canselor. tak seperti tahun lepas, kali ni UMS menjemput seorang artis fofular untuk mempersembahkan lagu-lagu nasyid. memula ingatkan kumpulan nasyid yang tipikal, menyanyikan lagu-lagu nasyid irama jiwang tak sabar nak kawen, rupa-rupanya Mu’adz tu penyanyi solo rupanya ek? lagu-lagunya pula adalah berasaskan hadith-hadith nabi yang sahih. alhamdulillah..

gimik perasmian penutupan – birthday card yang sedia untuk dikirim kepada Muhammad Abdullah di 24434 Makkah al Mukarramah.

so, antara banyak-banyak lagu yang dipersembahkan.. actually semuanya best, ala-ala Maher Zain gitu, tapi yang paling menyentuh perasaan saya adalah lagu yang bertajuk Kasih Sejarak Dua Jari. tak sangka rupa-rupanya Nabi Muhammad adalah orang pertama yang mewujudkan simbolik ‘peace’ ini kan? jom kita hayati lagu ini..

Inni mimma akhaafu alaikum mim ba’di
Ma yuftahu alaikum min zahratid dunia
wa zinatihaa.. wa zinatihaa

Kurasakan gelisah terhadapmu pabila ku tiada
Terbukalah perhiasan dunia
Kelak kau terpedaya…

Ana wa kaafilul yatim, fil jannati haakadza

Aku dan penjaga yatim piatu di syurga
Ditempatkan bersama
Kaulah teman sejati
Ini janjiku padamu

Ana wa anta seumpama dua jari ini

bila dengar dan hayati lagu ni, tetiba terdetik di hati, beruntungnya anak-anak yatim piatu kan? wallahu ‘alam..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. rina says:

    beg tu bah.. tempat aku pun terbuka juga.. mo minta beli beg baru kali tu tau.. hahaha

  2. ibumadeeha says:

    tu la bah.. nasib baik nda tertayang benda-benda yang pelik dalam tu. hohoho..

Leave a Reply