jom tidur!!

aii.. dah takde kerja ker? asek nak tidor jer?..

actually, dah lama teringin nak share citer pasal jom tidur ni, tapi ingatkan wabak ni sekejap jer, rupa-rupanya bukan saja berlarutan malah berjangkit ke hubby plak. last-last, keinginan diperkukuhkan bila hubby sendiri suruh share citer ni kat blog. ok bos, no problem!!

katil dan tilam (punca penyakit) diiringi oleh make-up table

alkisah bermula apabila pada hari Ahad yang lepas, katil dan tilam yang ditunggu-tunggu selama 2 minggu sampai tepat pada masanya. me and hubby, punya excited membersihkan bilik dan memindahkan tilam lama ke bilik tetamu. almaklum lah, buat pengetahuan korang, sejak danieL lahir, sejak tu lah kami tak tidur atas katil. tilam pun tilam biasa-biasa je malah kadang-kadang anak beranak tidur kat ruang tamu. bukan sebab apa.. kami sengaja pindahkan katil ke bilik tetamu sebab kami tak nak danieL jatuh dari katil bila tidur bersama kami. niat hati nak beli tilam berkualiti pun dah lama dipendam akibat kekangan kewangan. kesian kami kan?!..

so, sebab tu lah bila dah beli katil dan tilam yang best, tetiba macam jadi orang jakun. tak pasal-pasal, kena serangan wabak ketagih tidur. seriously, kalau korang nak tau, my hubby ni tak baper suka tidur malam, sebab bagi dia malam adalah masa yang paling seronok menyiapkan kerja-kerja part-time. tapi, sejak kehadiran tilam baru, lebih-lebih lagi tilam yang dia sendiri pilih, sejak tu lah malam menjadi masa untuk dihabiskan di atas tilam tu.

penyakit saya lagi lah teruk, dah siap kemas bilik dan pasangkan bedsheet, terus je tak sabar-sabar nak tidur padahal time tu baru pukul 10.00 pagi. kebetulan plak danieL pun dah merengek-rengek nak ajak tidur, saya pun tak lepaskan peluang! jom tidur!!.. kalau selalu, saya akan set kan alarm pukul 4.30 pagi dan akan bangun bila alarm berbunyi, tapi skang.. set alarm pukul 6.00 pagi pun belum tentu larat nak bangun ok! bukan sebab tak cukup tidur, tapi sebab tak nak berpisah dengan tilam!

so, begitu lah alkisah wabak tidur yang dah seminggu menyerang kami sekeluarga. ya.. danieL pun dah terjangkit ok! hopefully, wabak ni akan berkurangan pada minggu seterusnya. seriously, banyak tidur, banyak kerja pending. huhu.. tapi, jangan salahkan tilam, sesungguhnya dia hanya menjalankan tugas dia dengan baik.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. syahada says:

    hahahaha, macam2 hal.

    cantik lak katil lora, nak beli macam tu jugak lah. :p

  2. ibumadeeha says:

    tu la pasal, katil pun jadi isu besar. hahaha.. beli, jangan tak beli. katil divan + tilam sweetdream, gerenti tidor sampai pagi! 😉

Leave a Reply