his high curiosity

dah lama tak update pasal anak kesayangan saya tu kan? pasti ramai yang tertunggu-tunggu.. (ceh, perasan nak mampos!) 😀

umi.. I just want to LEARN.. tapi.. kalau ter-koyak, sowi la eh..

anyway, hari ni adalah hari review danieL.. tapi bila fikir-fikir balik, umur danieL belum pun genap 1 tahun 6 bulan, awal 3 hari. tapi, kalau dah ada appointment dan tak nak dengar nurse membebel, datang aje la kan? so, berat danieL dah mencapai 10.3 kg dengan ketinggian 79cm. errmm.. pertambahan 600g dan 2cm jer dari 3 bulan lepas? huhu.. takpe la, yang penting semuanya normal dan danieL sihat walafiat.

berikut adalah perkembangan danieL yang terkini:

  1. dah pandai buat flying kiss, high-five dan amin (angkat tangan untuk berdoa)
  2. dah pandai tunjuk gigi dan nose.  dalam proses mengajar dia tunjuk ‘eyes’ plak tapi, masih tak berjaya. huhu..
  3. simptom mengantuk adalah 1) menguap, 2) eye bag kemerah-merahan/ sedikit gelap, 3) mendendangkan lagu tidor dia yang berbunyi “ta.. ta.. tatata..” yang bermaksud, sila tepuk punggung saya mengikut rentak lagu ini, 4) cucuk hidung. kalau keempat-empat simptom ni dah ditunjukkan, cepat-cepat la bawa dia masuk bilik
  4. tak suka bila rambut dikacau terutama semasa mandi atau sikat rambut. mentang-mentang la rambut hensem kan? 😉
  5. aktif berlari dan memanjat, semakin sukar untuk ditangkap. dah beberapa kali menumpahkan air dari jug, habis basah lantai, kena marah oleh abah. kesian danieL..
  6. style merajuk adalah berbaring di atas lantai sambil menangis tanpa airmata

hari-hari menghadap kenakalan keaktifan anak-anak, kadang-kadang buat kita geram kan? bak kata kak Rina, kalau dulu, bila nampak baby, kita akan cakap, “eiii.. comelnya!”. bila anak dah pandai memanjat-manjat, kita akan cakap, “eiiii.. geramnya!!”. intonasi pun berbeza ok.

sebagai ibu, saya cuba untuk bertahan, cuma kadang-kadang tu memang akan timbul rasa penat dan malas nak layan. so, mula la dia buat gelagat no. 6 tu. tapi, anak kecil.. biarpun kita marah dia, dia menangis tapi dia tetap akan datang bermanja semula kat kita kan? bukan macam orang dewasa, bila bos marah jer, mula la nak simpan perasaan sakit hati dan benci. huhu… bos pun sama, bila dah marah kat orang bawahan dia, mula lah dia simpan persepsi negatif kat orang tu.

sebagai isteri, saya selalu berpesan pada hubby, “danieL ni bukannya nakal, tapi pandai.. cuma dia belum tau mengawal kepandaiannya”. bila hubby dengar, baru redah sedikit kemarahan dia. seriously, bersyukur la bila anak kita sedikit nakal kerana itu bermakna mereka mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan mahu belajar. yang penting, kita sabar dan sentiasa mendoakan yang positif untuk dia.

errmm.. no wonder budak-budak nakal kat sekolah dulu kebanyakkannya dah berjaya skang ni, kan? 😉

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. rina says:

    rambut tu bah.. boleh suda kasi gel buat gaya ala2 korea.. hahaha barula manteps!!

  2. ibumadeeha says:

    tu la pasal.. nda mau rambut dia kena pegang kunun. orang mo kasi gel dan sikat macam trojan pun nda dapat. haishh!! apalagi kalau mo di gunting.. huhu

Leave a Reply