Hikayat Merong Mahawangsa 2011

kalau korang masih ingat, dulu saya pernah buat iklan percuma berkenaan movie ini di sini. setelah sekian lama menunggu, akhirnya saya dan geng-bas-sekolah berjaya menontonnya pada hari ini. memandangkan bakat saya dalam mengulas movie tidak semantap mana, maka saya menjemput korang beramai-ramai baca la ulasannya di blog Kak Rina, salah satu ahli geng-bas-sekolah saya.

tidak dinafikan, movie ni tidak la semantap Lord of The Ring atau Pirates of The Caribbean atau yang sewaktu dengannya, namun KRU Studio layak diberi pengiktirafan di atas usaha mereka mewujudkan kelainan dalam industri filem tempatan. semoga usaha ini dapat memupuk semangat persaingan sihat di kalangan pengarah-pengarah filem tempatan. at least, bila kita teringin nak tengok movie melayu, ada la variety sket. takkan la nak tengok citer seram-tapi-kelakar atau cinta-bersegi-segi sampai bila-bila kan?

thumbs up for KRU Studio!! 😉

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply