Tthe battle of mission: his vs. hers

actually entri ini dah agak lapuk walaupun mission yang ingin dikongsikan belum tercapai sepenuhnya, tetapi pertempuran sudah hampir mencapai keputusan. siapa kalah, siapa menang?? sila teruskan pembacaan anda…

# Mission 1

si isteri terkejut apabila mendapat tau suaminya nak beli TV baru untuk digantikan dengan TV lama, sedangkan TV yang lama tu belum pun sampai setahun digunakan. si isteri puas berfikir sebab musababnya? why, why and why? sedang otaknya cuba menapis beberapa kemungkinan, tetiba terbit cahaya mentol di kepalanya dan berbisik, “daripada si suami nak gantikan TV lama kepada TV baru, lebih baik si isteri minta mesin basuhnya (semi-auto) diganti ke mesin basuh baru (auto)”. ting!! sepantas kilat, idea itu sampai ke telinga suami dan sepantas kilat juga si suami turut mengangguk-angguk tanda setuju.

dan… tak lama kemudian, mesin basuh baru pun hadir seperti yang diilhamkan. betapa gembiranya hati si isteri apabila TV baru yang sepatutnya ingin dibeli telah diganti dengan mesin basuh barunya, sambil berbisik, “nasib baik tak jadi beli TV baru, bazir duit jer..”.beberapa hari kemudian….

sang TV menyapa di depan pintu rumah. “hai puan.. boleh saya masuk?” membiarkan si isteri terpinga-pinga kebingungan. akhirnya teka teki terjawab apabila melihat gambar di atas, ni rupanya sebab kenapa si suami teringin sangat nak beli TV baru. huhu… anyway, pertempuran kali ini adalah seri.

# Mission 2

si suami menyatakan hasrat ingin menukar peti sejuk lama kepada peti sejuk baru dengan alasan, peti sejuk lama tu sempit dan kecil. walaupun si suami telah memberi alasan yang cukup kukuh, si isteri sekali lagi menghidap penyakit why and why? bagi si isteri, peti sejuk tu bukan lah peti sejuk paling kecil di pasaran, 2 pintu plak tu, family baru 3 beranak, apa sangat la yang boleh memenuhkan ruangannya?

lihat gambar di atas, ini kah yang dikatakan sempit dan kecil?! sampai skang si isteri masih dihantui dengan teka teki ini. walaubagaimanapun, itu tidak menghalang cahaya mentol kecil terbit di atas kepalanya. ting!! lebih baik beli katil baru!!

sepantas kilat, cahaya mentol itu dipancarkan terus ke kepala si suami dan seperti biasa, si suami turut memberi pancaran yang lebih terang benderang. yeahh!! katil baru akan sampai dalam tempoh masa seminggu ini. tapi… bagaimana pula nasib si peti sejuk? misteri ini masih menjadi teka teki untuk si isteri. ura-ura mengatakan besar kemungkinan keputusannya adalah seri memandangkan sumber belanjawan terletak pada tangan si suami dan si isteri boleh kalah bila-bila masa sahaja. kew kew kew… 😉

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. March 15, 2011

    […] yang pernah di share kat sini, misi membeli icebox baru adalah misi si suami, yang mana si isteri masih dalam status […]

Leave a Reply