I love CNY. angpow lai…

rupa-rupanya ada gak kebaikan bekerja dengan company cina kan? not me, but my hubby laa.. bila dah dapat angpow tu, boleh la berbelanja skit-skit untuk barang-barang keperluan. akibatnya, baru-baru ni kami dah beli 2 biji robot..

yes.. kami memang baru nak terkial-kial beli vacuum cleaner. selama ni masih old fashion, guna penyapu lidi dan sabut kelapa, hehehe.. takkan la korang percaya kut. actually, dari dulu lagi my hubby nak beli robot ni, tapi saya yang tak nak sebab tak percaya dengan hasil sedutannya. akhirnya, pendirian saya tergugah juga bila tengok hampir semua rumah ada vacuum cleaner. first time pakai, lepas siap mem-vacuum, cepat-cepat buka kotak kotoran dia, sebab nak tengok, betul ke robot ni buat kerja dengan baik?!

apa kes plak baru nak beli washing machine tu? takkan la selama ni cuci kain pun old fashion gak, pijak ngan kaki ker?  actually, sebelum ni pakai washing machine semi-auto atas sebab yang sama, tak percaya dengan hasil cucian robot yang fully-auto. tapi, sekali lagi pendirian saya tertewas!! tak sangka susah gak nak install robot ni, ingatkan semudah Next-Next-Next, rupa-rupanya 2-3 jam gak nak pasang. huhu.. dah lah susah nak install, susah plak tu nak pakai. kalau orang tua kat kampung, mesti tak faham camna nak operate robot ni. mujur la saya berjaya merajinkan diri baca user manualnya sampai habis.

errr.. yang ni robot gak ker? ni lah punca utama kenapa kedua-dua robot tadi terpaksa dibeli.. supaya umi boleh luangkan lebih masa bermain bersama danieL dan basikal pertamanya, sambil robot-robot yang ada menjalankan tugas masing-masing. yeahh!!

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply