cuti-cuti during CNY

sudah menjadi kebiasaan, kebanyakan masa cuti kami dihabiskan dengan mengembara. kali ni, pengembaraan bermula dari KK ke Ranau, my mom’s place.

sempat singgah kat Kinabalu Park, saja nak cuci mata, tapi rupa-rupanya tempat tu sesuai untuk aktiviti merayau di dalam hutan. kalau takde anak kecil, sesuai la kut.

belum pun habis Kinabalu Park diterokai, kami sudah give up dan rasa nak sampai rumah my mom cepat-cepat.

macam biasa, bila balik Ranau mesti singgah pekan Kundasang, shopping sayur-sayurannya yang segar. tapi, terkejut beruk kami bila melihat pasar sayur tu dah bertukar seperti dalam gambar di atas. disebabkan terkena panic attack, kami mencari lokasi pasar baru sehingga ke jalan Mesilau. cari punya cari, rupa-rupanya kat depan sket jer lagi dari tempat renovation ni. huhu…

(si bulat tengah menggendong anaknya yang sedang tidur membulat)
kerana rasa lapar yang tak terhingga, kami singgah restoran Sri Hasanah sebelum pulang ke rumah my mom. kalau bab makan, memang tak boleh tunggu ok!! kebulatan perlu di maintain kan.

danieL melepaskan kerinduan pada neneknya…

pada kazen-kazennya, kak awa..

dan adik eyra..

pengembaraan seterusnya disambung pada keesokan hari ke Beaufort, PIL’s place.

oh!! kat pekan Papar ada signboard Jalan Daniel. wow!! tak perasan plak selama ni..

yeahh!! kalau dah jumpa atuk, memang takde kerja lain selain minta dukung!!

mentua ajak gi tengok kawen, tak ingat dah nama pengantin tu, sebab tak kenal. ni bergambar depan rumah pengantin.

umi pun tak nak lepaskan peluang. bukan selalu boleh bergambar dengan topi danieL ni tau!

sedang kami sibuk-sibuk menjamu selera, danieL berkenal-kenalan dengan buah tembikai. waaa.. terus jatuh cinta!! mungkin sebiji watermelon pun dia boleh habiskan!

pengembaraan berakhir dan danieL berjaya mengumpul beberapa ringgit duit angpow dan 3 biji belon!! yeahh!!

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply