Alvin and Theodore

alvin dan theodore..
seperti baru semalam merasa kehilangan kalian
dari hujung rambut hingga hujung kaki
kami mohon kemaafan

sememangnya tidak terlintas di hati untuk mengabaikan kebajikan kalian
tapi.. semenjak baby danieL hadir dalam hidup kami
masa seakan cemburu sekiranya kami bersama dengan kalian

alvin..
kami sendiri pun tak sedar pukul berapa kau mulai menjejakkan kaki ke dunia luar
sebab masa tu dah tengah malam
penat maka, tidur lah kami dibuai mimpi
yang kau pandai-pandai keluar dari ‘sangkar sementara’ kau tu kenapa?
kan dah sesat..
sampai sekarang kami masih menunggu kepulangan kau
pulang lah, alvin..

theodore..
bukan salah kami tak dapat sediakan bekalan makanan yang cukup untuk kau
tolong salahkan tamu Giant Kolombong
sebab kat sana jer lah tempat terbaik untuk dapatkan makanan kegemaran kau
malangnya tamu tu hanya sekali seminggu
iaitu hari Sabtu, itupun setengah hari jer
masa tu plak kami pun bekerja setengah hari
bila sampai kat kedai pembekal
taukeh kedai dah pulang…
huhu.. sorry lah theodore..
tak sangka kelewatan kami mengundang kepada pemergian kau

theodore..
bersemadilah kau dengan tenang dan aman
alvin..
adakah kau masih hidup?
kalau ya, pulang lah kepangkuan kami..

sekian

surat ni ditujukan untuk kedua-dua hamster yang pernah kami pelihara dulu, sebelum lahirnya danieL.

that’s all. harap maklum bahawa entri ini adalah bagi menjawab “The 30 Days Challenges: Day 24 – A letter to your pet”.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply