aku masih seperti yang dulu…

aku masih seperti yang dulu..
merindu mu sampai akhir hidup ku..
kesetiaan ku tak luntur, hati ku rela berkorban..
demi keutuhan kau dan aku

waduh waduh.. entri ini membuatkan saya terasa nak nyanyikan lagu evergreen itu. hihihi..

gambar di ambil pada March 15, 2010. alamak.. takkan tak kenal saya yang mana satu? yang nombor 3 dari kiri la. huhu…

yang ni gambar terbaru, di ambil pada February 03, 2011.

ermm?? apa yang berubah?? kalau dari segi fizikal, ketinggian saya memang sudah tetap dan berpencen, cuma kelebaran sahaja yang masih dalam proses penambahbaikan. hahahaha.. dari gambar tu, korang boleh nampak dengan jelas personaliti saya. dulu masih selesa memakai handbag kecil dengan tudung bawal, tapi skang handbag saya dah besar gedabak supaya boleh muatkan barang-barang keperluan danieL dan lebih suka memakai tudung express. apa? pipi lebih tembam? ermmm.. gara-gara pakai tudung express la tu (ceh, tak nak ngaku!). perasan tak apa yang masih kekal dalam gambar tu? hehe.. warna kehijauan la yang masih kekal. ntah la, mata saya ni memang selalu tertarik dengan color hijau kut.

dari segi mentaliti plak..

gambar pertama adalah gambar seorang pekerja baru yang belum tau apa-apa kat UMS. angkat telefon pun masih teragak-agak, buat presentation pun masih tersasul-sasul.

gambar kedua plak adalah gambar seorang ibu bekerjaya yang dah pandai buat lawak bodoh semasa buat presentation dan kalau angkat telefon, dengan selambanya menjawab.. “hah??! nak aper?!” hohoho.. takde la, just kidding. but honestly, dulu saya memang anti sangat angkat telefon dan kadang-kadang boleh terkena panic attack, syukur la skang dah biasa dah..

that’s all. harap maklum bahawa entri ini adalah bagi menjawab “The 30 Days Challenges: Day 28 – A picture of you last year and now, how have you changed since then?”.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply