why ibumadeeha?

alkisahnya bermula selepas saya disahkan hamil berusia lebih kurang dua bulan lebih. keinginan membuak-buak untuk create blog sendiri sebab excited nak share pengalaman semasa dan selepas pregnant. so, perkara pertama yang perlu difikirkan ialah.. nama blog?!

kebetulan dalam masa yang sama, seperti bakal-bakal ibu yang lain, apabila telah disahkan hamil, mereka akan mulai dihantui dengan perasaan ingin tahu yang amat mendalam, baby boy ker.. baby girl? actually, saya menerima apa jua jantina anak yang saya kandungi yang penting baby lahir dalam keadaan sihat dan sempurna, namun.. jauh di sudut hati, macam nak pompuan.

sebelum ter-publish-nya blog ini, me and my friend, Eve selalu bersembang-sembang pasal nama-nama baby. tetiba antara semua senarai nama baby yang kami kenalpasti, saya sangat tertarik dengan nama danieL dan madeeha. jadi, oleh kerana jauh di sudut hati saya inginkan anak pompuan, maka tercetus la idea ibu-madeeha.

dan.. saya sudah nekad, kalau anak yang saya kandungi adalah baby boy maka namanya adalah danieL dan jika baby girl namanya madeeha. tapi, walauapapun terjadi, saya takkan ubah lagi nama blog saya.

make a LIFE.. not just a living plak merupakan my favourite quote pada masa tu, yang mana bagi saya sangat luas pengertiannya dan mempunyai kuasa motivasi yang sangat kuat dalam hidup sesiapa sahaja.

that’s all. harap maklum bahawa entri ini adalah bagi menjawab “The 30 Days Challenges: Day 02 – The meaning behind your Blogger name”.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply