raja danieL

oh, kenapa hari ni betul-betul takde mood nak buat kerja, padahal kerja bertimbun. bak kata Mr. S** yang saya jumpa kat Labuan hari tu, dia kata “walaupun kau mati dan hidup semula 10 kali pun, kerja memang tak pandai habis! so, kalau lapar, makan.. tak payah tunggu masa rehat”. huhu, perumpamaan yang agak extreme dengan kesimpulan yang sangat best!! so, kalau takde mood nak buat kerja, boleh la menyimpang sekejap kan?!.. ngehehehe..

hari ni nak update citer pasal danieL plak.

eeiii… tomotnya danieL mamam cokelat!!

skang ni danieL dah sangat expert mem-babai. kadang-kadang sedang kami khusyuk nonton TV, tetiba dia ambik beg pakaian dia, ambik kasut dia, ambik kunci kereta mainan dia dan sambil berjalan menuju ke kereta mainan dia, dia akan cakap, “babai…” sambil tangan melambai-lambai ke arah umi dan abah. huhu.. nak gi mana danieL?..

ok, dah clean dah.. jom jalan!!

disebabkan dia masih tak boleh berenggang dengan puting palsu, seringkali puting dia hilang entah ke mana. kalau kami tanya, “mana cucut?”. dia akan buat isyarat tangan, “takde..”. masa ni lah paling best suruh dia mencari sebab dia akan tertonggeng-tonggeng mencari puting di merata tempat. tapi, kalau tanya, “mana shoes?”, dia akan tunjuk kat tempat letak kasut dia, walaupun kasut tu takde kat situ. hihihi…

umi.. apa benda atas kepala danieL ni??

overall, danieL dah boleh disuruh buat benda-benda simple. dia dah faham beberapa perkataan simple dan boleh menerima arahan-arahan simple contohnya, “cucut bagi abah”, “tutup pintu”, “buka baju/ shoes”, “come here” dan sebagainya. tapi.. disebabkan dia selalu menerima arahan, maka dia pun dah pandai memberi arahan ok. kalau nak susu, tunjuk water boiler. nak mandi, tunjuk toilet. nak tidur, tunjuk bilik. kalau dah tak selesa dengan pampers dia, tunjuk baby wet wipes. kalau kami berada jauh dari objek yang dia nak tunjuk, dia akan datang tempat kami, pegang tangan dan bawa kami berjalan ke tempat objek tersebut. huhu.. danieL, danieL… we are so proud of you!!

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. p i d a says:

    EI… GERAMNYERRR. CUBIT-CUBIT c DANIEL BOLEH??? ^_^

    hehe. sy suka betul bila si budak kecik comel semakin ‘pandai’ (means; ada perkembangan dlm tumbesaran ke budak mcm besar kononnye ecewah) dah pandai bagi arahan gitew. mcm c budak kecik yg sy jaga. semakin lama ada sama-sama dgn dia, nampak perkembangan so, kita mcm rasa kecomelan sgt terhadap mereka. eh eh mcm kita bangga juga la kan maksudnya =P (wlupun sy bukan mak dia hee) tp suka sgt bila nampak semua tu depan mata. dia petah b’cakap pdhl kdg2 x paham apa yg dia cakapkan smpi penat layan.

    bila kau post ini entri, maka sy pun mcm teruja jugak rasa vangga padahal anak orang tp sy mcm rasa sikit2 apa yg kau rasa (konon !) wah vangganya ada anak mcm daniel kan! ei geramnya. sekali lagi, mari kita cubit-cubit dan kasi nangis wah lebih2 pulaks. hoho

  2. ibumadeeha says:

    hahahah.. excited plak si pida ni tau!! ada naluri keibuan sudah ni.. hehe.. bagus la tu.. 😉

    memang best melihat perkembangan anak depan mata kita. sebab tu walaupun my mom dan MIL beria-ia mau jaga danieL, saya nda kan bagi!! sepa la sanggup berpisah dengan anak sendiri kan? huhu..

    anyway, thanks 4 your comment. 😀

Leave a Reply