programmers’ LIFE

entri ini bukan lah bertujuan untuk menghuraikan betapa haru birunya kehidupan seorang programmer, tapi.. tetiba rasa nak share something pasal ni sebab dah terjumpa 2 orang great programmer yang sudah give up dengan career masing-masing.

I can’t help but wonder, why?? dorang pun tau kat Malaysia ni masih kekurangan programmer yang berkebolehan, tapi kenapa dorang nak tinggalkan bidang ni? adakah dorang rasa bidang ni takde masa depan yang cerah? adakah dorang rasa dah nak termuntah asek mengadap script yang seperti cacing-cacing itu?

persoalan ni memaksa saya untuk muhasabah diri sendiri. mungkin sebab dorang dah lama berkecimpung dalam bidang ni, tapi.. bila fikir-fikir balik, yang sorang tu memang agak senior.. dan yang sorang lagi tu plak, sebaya dengan saya, so alasan ni memang takleh pakai. hmmm.. I’m still wondering.. why??

adakah suatu hari nanti saya akan jadi cam dorang?

saya rasa satu-satunya cara untuk saya mengenalpasti kemungkinan-kemungkinan ini ialah dengan mengkaji cara kerja dorang sebagai programmer. yang sorang tu, dia memang dah bosan tengok script, kalau terpaksa buat sistem pun, dia pasti akan gunakan sebarang wizard yang available di pasaran. maksudnya, dia nak kerjanya cepat siap, yang penting dapat memenuhi keperluan pengguna. yang sorang tu plak, dia masih lagi buat script secara manual dengan bantuan framework yang simple. sistem yang dia buat semestinya masih dapat memenuhi keperluan pengguna tetapi, mungkin jauh di sudut hati dia berpendapat.. sistem tu adalah sistem yang sama, yang dia dah berkali-kali buat dari zaman dahulu kala. mungkin dalam hatinya berkata, why am I still doing this?!

ermmm… saya tidak berniat untuk menyalahkan kedua-dua programmer ini tapi, apa yang saya nampak ialah their passion is not good enough for them to survive in this area. dorang siapkan sistem semata-mata untuk memenuhi kehendak pengguna. mungkin dorang rasa, apa yang pengguna mau, semuanya boleh dibuat dengan mudah. so, programming life became so boring!!

so, why am I still here? sape kata saya tak pernah bosan menulis dalam bahasa PHP? kekadang, saya pun rasa nak makan-orang bila user minta sistem yang.. huh.. so boring.. done that.. eleh, guna manual pun boleh.. tapi, nak tak nak, atas arahan kerja saya kena siapkan juga. so, salah satu cara untuk saya pastikan semangat saya masih kekal di situ ialah ‘do something new’. memang sistem tu masih boleh disiapkan dengan cara lama, tapi why not.. guna cara baru yang lebih memudahkan pengguna. walaupun dorang tak pernah request dan dorang tak expect benda tu, yang penting outputnya sama seperti yang dorang nak, so.. why not?

by doing something new, tanpa sedar saya dah buat sesuatu yang lain dari hari-hari biasa. so, kerja yang asalnya boring.. boleh disiapkan dalam masa sejam.. dah jadi dua jam. hehe.. memang lah penggunaan masa akan jadi lebih panjang, tapi jangan risau, korang kan dah cukup hebat untuk siapkan sistem tu dengan cepat? afterall, learning is a process. tak rugi apa-apa pun..

anyway, this is just my opinion. I’m just sad to see these people yang dah give up dengan career dorang. saya harap dorang akan dapat apa yang dorang nak setelah menceburi bidang baru nanti. all the best!!

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

3 Responses

  1. mummy aliya says:

    owh! nasib baik saya bukan antara 2 orang itu, tp hanyalah orang ke-3. :p

    pssst: sha MASIH ade simpan sket minat ngadap koding ni, TAPI….. :p

    btw! thankS for CHECK BOX! :p

  2. Verus says:

    ..waste of talent kan lola, napa dorang tiada bizminded macam si zuckerberg FB tu.. create something new to the market..and make it big.. buli bikin $ ..at the same time its their passion. But then again, maybe it is their talent but it is not their passion…

    p/s: ..macam perenang olimpik yg memutuskan untuk bersara dan jadi juruselam bebas pula.. melihat pemandangan underwater 🙂

  3. ibumadeeha says:

    ya.. betul tu, verus.. mungkin dorg masih dlm proses men-discover their true passion. anyway, this is your first comment. many thanks!! 😀

Leave a Reply