Iqra’

sepatutnya hari ni saya perlu menyahut cabaran hari yang ke-13, tapi malangnya, saya baru sampai hari yang ke-7 sebab.. tak payah bagitau la kan, sebab asek-asek guna alasan yang sama.. BZ.

Antara ramai-ramai orang dan banyak-banyak benda dalam dunia ni, gambar di atas la yang saya rasa paling sesuai untuk menjawab soalan ini. kununnya saya ada banyak buku yang berkonsepkan seperti dalam gambar tu, tapi tak semestinya semua buku-buku tu saya dah khatam ya. saya suka beli buku-buku macam ni sebab ia mengingatkan saya betapa ceteknya ilmu yang saya ada, jadi saya perlu membaca, belajar dan belajar lagi. keep learning, keep adding values to myself. sebenarnya, saya pun bukanlah mempunyai hobi membaca, tapi sebab saya tau membaca itu penting, maka saya perlu tanam juga hobi yang baik ini. memang cukup mencabar, lebih-lebih lagi bila sudah bergelar ibu bekerjaya. sebab tu, saya dah sampaikan hasrat hati pada hubby, kalau ada duit lebih nak beli iPod, mudah sket aktiviti belajar diteruskan. still.. buku adalah #1.

the difference between where you are today and where you'll be five years from now will be found in the quality of books you've read ~ Jim Rohn

that’s all. harap maklum bahawa entri ini adalah bagi menjawab “The 30 Days Challenges: Day 07 – A picture of someone/something that has the biggest impact on you”.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply