depart from/ to LBN

Jan 18, untuk kali kedua saya diterbangkan ke UMS Kampus Antarabangsa Labuan untuk mengadakan taklimat dan latihan SISEF, tapi kali ni saya ajak Randy sekali, selaku PAR di jabatan kami. FYI, Randy baru berumur 22 tahun, so kira macam my little brother la, so tak mau gosip-gosip eh.. saya sendiri yang buat keputusan untuk bawa dia sebab saya tau saya gagal menjawab soalan dari orang-orang yang baru nak berjinak-jinak dengan IT. seringkali jawapan saya bermula dari L-V, sedangkan kalau Randy yang menjawab, dia boleh menerangkan dari A-Z. wow, super superb!!

flight kami dari KK bertolak pada pukul 7.30 am, so menurut Randy ini adalah kali pertama dia menaiki kapal terbang dan kali pertama sampai ke Labuan. program bermula pada pukul 9.00 am, alhamdulillah kami sampai lebih awal dan sempat buat persiapan terakhir. seramai 70+ peserta latihan yang hadir so, korang bayangkan jer lah betapa pening dan boleh-hilang-sabar melayan karenah orang-orang dewasa.

program tamat lebih kurang pukul 12.00 tengahari, Kak Johana ajak lunch kat restoran kampung, Sri Lada Chop House. waa.. macam orang jakun, dah lama tak makan kat restoran kampung.

sebab tak tau nak makan apa, so saya pilih menu yang namanya agak luar biasa. nasi goreng tapsilog. menurut makcik filipino empunya restoran, ‘tap’ bermaksud nasi, ‘si’ bermaksud ayam, ‘log’ bermaksud telur.

so, ini lah wajah sebenar nasi tapsilog itu. masak kat rumah pun boleh, sebab terlalu simple, se-simple rasanya.

syurga coklat @ Sky Park Labuan. credit to Tale of A Little Big Girl

selepas makan, apalagi.. shopping coklat la!! tapi, tak sempat ambik gambar sebab sibuk ber-shopping. actually, saya tak shopping banyak pun, cuma tolong-tolong adik Randy jer, sebab kat rumah dah bertimbun coklat yang tak sempat dimakan, almaklum lah my hubby at least once a month mesti terbang ke Labuan so, sebelum balik rumah, dia mesti shopping coklat banyak-banyak. tak larat nak habiskan la..

selepas puas ber-shopping, kami balik semula ke ofis UMS-KAL. flight balik ke KK adalah pada pukul 8.30 pm, memang kebosanan menunggu masa berlalu, lebih-lebih lagi bila berada di perantauan. ececes.. so, masa ni lah dihabiskan untuk chit chat dengan Mr. S** yang dulunya duduk seofis dengan saya di KK dan baru sahaja dipindahkan ke sana. sebagai ketua kat sana, banyak gak lah cabaran-cabaran baru yang dia kena hadapi. semua benda dia citer kat saya..

bagi saya, dia memang mempunyai potensi yang sangat besar untuk memegang jawatan ketua jabatan. kalau pun mungkin tak 100% layak, tapi at least lebih baik dari yang sedia ada. antara kata-kata positif yang saya dengar dari dia ialah berkenaan pentingnya berfikiran positif di atas apa jua yang telah ditakdirkan untuk kita, pentingnya seorang ketua percaya pada orang-orang bawahannya dan pentingnya win-win situation dalam apa jua keadaan. so, overall.. sape yang tak terfikir, dia memang boleh jadi ketua yang baik. Insya-Allah.. I wish all the best for him!!

sebelum pukul 8.00 pm, saya dan Randy sudah pun berada dalam boarding room. penantian dah jadi perkara biasa dah hari ini.. my hubby called dan bagitau hujan lebat kat KK. saya dah rasa tak sedap hati, tapi hanya mampu berharap, semoga semuanya selamat. tepat pukul 8.30 pm, kapal terbang mula bergerak membawa kami pulang ke tanah air. eseh..

kalau ada yang tak tau, perjalanan dari LBN – KK hanya mengambil masa 30 minit. orang kata, nak tidur sekejap pun memang tak puas. tapi pengalaman kali ni berbeza dari kebiasaan. 30 minit terasa macam 30 jam ok!! sepanjang masa, hati berdebar-debar sambil berzikir dan berdoa, semoga selamat sampai. Randy kat kerusi sebelah dah mula tercari-cari beg plastik, mana lah tau termuntah. bukan sebab apa, gegaran kapal terlalu kuat, seperti kereta yang laju berjalan di atas jalan tak berturap. badan terumbang ambing, terasa macam berada di angkasa lepas! tetiba ada satu ketika, Randy menjerit, “pelan-pelan!!..”

aduhai adik Randy.. bilik pilot tertutup rapat jauuuuh kat depan sana, jerit kuat mana pun dia takkan dengar la.. tapi, saya pun dah tak mampu berkata apa, sebab hati hanya mengingat Allah. 10 minit sebelum sampai, tetiba pilot buat pengumuman, kami terpaksa berpatah balik ke Labuan kerana cuaca buruk kat KK menyebabkan kapal terbang tak boleh mendarat.

status penerbangan kami adalah ‘diverted’ seperti yang terpapar pada skrin

what?! patah balik?! dah lah 20 minit berlalu dengan penuh cabaran, pastu nak kena ulang semula perjalanan buruk tu!! owh.. tidak!! tapi, apa boleh buat.. bilik pilot tertutup rapat jauuuuh kat depan sana, so terima aje la keputusan yang dia dah buat.

alhamdulillah, perjalanan balik semula ke Labuan tidak lah seteruk sebelum ni. macam biasa, sebelum landing pengumuman akan berkumandang lebih kurang camni..

“kita telah selamat mendarat di airport Labuan. terima kasih kerana mengambil penerbangan bersama kami. sila lepaskan tali pinggang keledar apabila kapal terbang telah berhenti sepenuhnya.”

err.. tu jer ke ko nak cakap? habis tu, nasib kami ni bagaimana? kami tak nak mendarat kat Labuan, kami nak mendarat kat KK. kami tak nak kuar dari kapal terbang walaupun kapal dah berhenti sepenuhnya ok!! explain our situation please..

bila kapal dah berhenti, rupanya bukan saya sorang jer yang tak nak kuar, semua penumpang tak nak kuar!! so, ada gak la salah sorang penumpang yang proaktif bertanya kepada pramugari, apa nasib kami ni? dari suara pramugari yang sayup-sayup kedengaran.. “saya pun tak pasti, tapi pilot dah tak boleh bawa kapal terbang malam ni. most probably penerbangan seterusnya adalah pagi esok. management akan uruskan accommodations dan tiket flight untuk esok.”

hampir setengah jam berlalu, kami pun terpaksa kuar dari kapal terbang tu, menuju ke boarding room semula. nampaknya hari ni saja Randy dah 2 kali sampai ke Labuan!! lebih kurang sejam menunggu penentuan nasib, akhirnya kami diarahkan masuk semula ke dalam perut kapal. aikk… cuaca dah ok ke? so, tak dapat la merasa free accommodations? ehehehe..

alhamdulillah, kami selamat sampai KK pada pukul 11.10 pm. saya memang tak selesa memandu di tengah malam, dah lah malam ditambah lagi cuaca mendung, memang gelap gelita la jadinya. nak tak nak, dalam keadaan mengantuk dan kegelapan, jalan raya diredah dengan rakus sekali, nasib baik tak banyak kereta. sampai rumah pukul 11.40 pm, cuci muka, berus gigi dan tidur.. oopss!! sori, tak mandi sebab sejuk.. hahahaha..

keesokan harinya.. (woi.. bila nak habis citer ko ni?!)

hehehe.. keesokan harinya, pukul 11.00 am kena buat taklimat yang sama untuk jabatan lain kat UMS. alamak.. memang tak sangka saya hampir nak pitam menghadap karenah 30+ peserta program. so lain kali, kalau dah tau stamina tak sehebat Britney Spears, jangan mengada-ngada buat appointment untuk bagi taklimat 2 hari berturut-turut ok.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply