danieL’s favourites

hari  ni umur danieL genap 1 tahun 4 bulan. banyak benda dia dah belajar. paling comel sekali, bila umi panggil sambil muncungkan bibir, dia akan datang dekat umi dan kiss kat lips umi gak. hihihi.. tak kesah la walau iklan kegemaran dia sedang bermain di kaca tv, danieL tak pernah hampakan umi. apalagi, jeles la abah tengok kitorang 2 beranak. hahaha..

selain tu, danieL dah pandai ‘high five’. tak pernah pun ajar dia buat camtu, maybe pengasuh dia yang ajar kut. melambai dah semakin expert, bersalam dan cium tangan pun dah pandai tapi ikut mood ok.. dah pandai tunjukkan kemarahan dia dengan menghempas barang, kalau takde barang, dia akan genggam kedua-dua tangan dia sambil sebut perkataan ‘eeeeiii’.. ceh, marah la tu kunun.. takutnya umi..

tapi, skill bercakap belum ok lagi, kemarin umi ter-discover something.. selama ni dia panggil abah sebagai ‘aya’.. sebut babai plak ‘yayai’.. so, kesimpulannya, bagi danieL ‘b’ adalah ‘y’. malangnya, jarang sekali nak dengar danieL sebut perkataan ‘mama’, perkataan ‘umi’ lagi la tak pernah langsung. selalunya danieL panggil umi sebagai ‘pa’.. huhu..

sejak kebelakangan ni, danieL suka sangat makan keropok potato. tak kesah la jenamanya apa, yang penting potato. kami tau keropok tu banyak kandungan bahan-bahan yang tak sehat, tapi mujur la danieL makan skit-skit jer. selain tu, pantang tengok umi atau abah minum air kotak Dutch Lady, danieL pun nak gak. sebab tu dia dah semakin pandai sedut air guna straw.

style duduk paling selesa bagi danieL adalah seperti dalam gambar di atas. habis bertaburan bantal cushion oleh danieL, sebab dia tak suka duduk atas bantal tu. kalau katun Pocoyo dah mula ditayangkan, macam tu la posisi duduknya sambil concentrate dengan Pocoyo. kekadang lucu gak tengok danieL ketawa sendiri-sendiri tengok tv, pastu kalau orang dalam tv tu tepuk tangan, dia pun join menepuk, kalau orang tu jerit-jerit, hah.. mula la tu nak melalak. kalau menyanyi, ni lah favourite danieL. ambik posisi berdiri dan mula la menari-nari. hehe..

dari dulu sampai skang, masa kegemaran danieL adalah masa untuk mandi!! lepas bukakan pakaian dia, bila dia nampak jer umi pegang tuala dia, dia dah faham dah nak buat apa dan terus menuju ke kamar mandi. kalau jalan-jalan kat shopping complex, dah pandai tunjuk barang mainan. tapi, danieL tak faham pun lagi yang benda tu boleh bawa pulang. dapat sentuh mainan tu, dah berbaloi-baloi la bagi danieL. disebabkan danieL dah pandai tunjuk barang yang dia nak, semakin mudah la kerja umi dan abah nak menjawab teka-teki danieL.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply