boikot hospital ampang puteri

kepada doktor yang temberang..

kau ingat, bila kau dah belajar tinggi, dah dapat status doktor, kau dah cukup hebat kah? kau tu nama jer doktor, kerjanya merawat orang tapi nyawa orang bukannya di tangan kau!! kau sedar tak, nyawa kau pun boleh melayang bila-bila masa je. orang datang jumpa kau dalam keadaan sakit dan perlukan bantuan perubatan segera, so tolong lah buat apa yang patut. tak payah lah nak sibuk-sibuk tanya dorang mampu bayar ke tidak?!

yerr.. saya tau… kau pun makan gaji gak, bekerja untuk cari duit, tapi kalau orang tu betul-betul tak mampu bayar, orang tu takkan jumpa kau lah! banyak lagi hospital kerajaan yang boleh bagi servis dengan harga yang lebih murah. dorang datang jumpa kau sebab nak servis cepat, tapi kalau dapat diskaun, lagi bagus. bukannya tak dapat bayar langsung!! aduhai.. nama jer doktor, tapi berfikir macam orang miskin!!

amboi amboi.. kau ingat, di zaman teknologi maklumat yang sangat serba canggih ni, kau boleh terselamat kah? skang ni macam-macam channel orang boleh pakai untuk sebarkan perangai buruk kau tu, tau tak?! dalam sekelip mata jer, bisnes kau boleh lesap!! apapun, saya doakan semoga kau dapat balasan yang sepatutnya.. doktor tak sedar diri!!

sorry la, sebab memang takde sesape yang sakitkan hati saya buat masa ni, tapi kemarin terbaca entri blog dari mrs chenta, punya sakit hati saya!! (pinjam ayat Jurin). so, ini lah surat daripada saya untuk doktor yang tak bertanggunjawab itu.

that’s all. harap maklum bahawa entri ini adalah bagi menjawab “The 30 Days Challenges: Day 13 – A letter to someone who has hurt you recently”.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply