The Tourist 2010

movie ini mengisahkan tentang seorang American tourist, Frank Tupelo (Johnny Depp) yang menjadi mangsa keadaan semenjak berkenalan dengan seorang perempuan, Elise Clifton-Ward (Angelina Jolie) di dalam sebuah keretapi. manakala, Elise pula sedang berusaha untuk berjumpa semula dengan kekasih lamanya, Alexander Pearce yang telah terpisah selama 2 tahun. perpisahan ini terjadi kerana Pearce telah mencuri wang sebanyak 744M dari seorang gangster dan menyebabkan beliau menjadi buruan polis.

memula ingatkan movie ni filem aksi, sebab pelakonnya adalah Angelina Jolie. tapi, bila dapat tau PG13, owh.. aksi yang tidak begitu ganas, tapi oleh kerana kedua-dua pelakon utamanya agak best, maka movie ini lah yang kami tengok petang tadi. bagi saya, movie ni agak menarik juga la.. selain aksi yang tidak keterlaluan (boleh diterima akal), ada gak unsur-unsur komedi dan romantik. well.. kalau sebut romantik, mesti la ada part yang boring sikit kan? anyway, it’s worth for RM 9.

apa yang unik dalam movie ni ialah ia memperkenalkan electronic cigarette yang belum diketahui ramai buat masa ni. actually, ia adalah puntung rokok yang dinyala menggunakan bateri dan mampu mengeluarkan asap seperti asap rokok, cuma mungkin asapnya bersih sedikit berbanding asap original. hehe.. boringnya part ni, memang tak kesah pun kewujudan teknologi sebegini sebab my hubby bukan seorang perokok.

ok friends.. selamat bercuti-cuti dan menyambut tahun baru 2011!

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply