The Law of Attraction (LOA)

familiar dengan tajuk entri di atas?

familiar atau tidak.. bukan persoalannya. yang penting, sedar atau tidak, anda pasti pernah mengalaminya. anyway, LOA must consists of 3 important elements; Ask, Visualize and Receive. for more info, boleh google atau baca buku atau tengok video yang bertajuk The Secret. tapi, sebelum tu, anda harus perkuatkan iman dan akidah terlebih dahulu. takut plak ada yang ter-salah faham dengan konsep LOA.

preview of The Secret

generally, LOA menggalakkan kita berfikiran positif kerana apa yang kita fikir akan datang kepada kita. kalau fikiran kita selalu tertumpu kepada negatif, benda-benda negatif tu akan selalu kita alami atau berlaku di hadapan kita dan begitu lah sebaliknya.

contoh: kita sedang memandu kereta dari Telipok ke Kota Kinabalu melalui jalan lama Menggatal. adui.. punya lah buruk jalanraya tu, lubang sana sini, kerja-kerja penaiktarafan macam tak pernah nak siap. setiap kali kita lalu tempat, setiap kali tu lah kita komplen, merungut, membebel dan sebagainya. well.. actually, bukan korang jer yang lalu tempat tu. bayangkan kalau 50 orang guna jalan tu dengan persepsi yang sama iaitu semuanya melemparkan komplen negatif, kalau menurut LOA, jalanraya tu akan jadi exactly seperti apa yang dikomplen oleh 50 orang tadi. huhu.. sampai bila-bila pun jalan tu akan sebegitu teruk rupanya.

sebaliknya kalau kita berfikiran terbuka, berusahalah untuk belajar mengeluarkan kata-kata positif. contoh: katakan lah, “waaa.. jalan ni dah nak dibaiki. tak lama lagi, dapat la merasa perjalanan yang lebih lancar di sini.” kalau 50 orang memberi komen yang sama, Insya-Allah jalanraya tu akan siap dengan segera.

ok lah, panjang la plak intro…

skang nak tanya, korang percaya tak benda ni akan berlaku? percaya tau tidak, anda sebenarnya pasti pernah mengalaminya. saya sendiri pun sudah tak terkira berapa kali mengaplikasikan LOA ini tanpa sedar. jom kita cek satu persatu dari yang paling latest ke zaman kanak-kanak.

  1. baru-baru ni saya ada buat entri pasal online shopping kan? kununnya saya nak belajar jadi online shopper sebab dah ada hobi baru iaitu membeli kain ela. tak lama pastu, banyak la plak saya ter-jumpa blog/ FB/ website yang menjual kain-kain ela. apalagi, dah dapat pun 2 helai kain yang dibeli secara online.
  2. masa pregnant dulu, doctor bagitau due ialah awal Oktober, iaitu selepas hari raya puasa. tapi, saya sengaja tak nak apply cuti raya sebab saya betul-betul yakin yang saya akan bersalin lebih awal iaitu sebelum raya. kawan-kawan suruh target bersalin 09/09/09, tarikhnya cantik tapi saya macam tak baper suka sebab 999 adalah nombor emergency. tak nak la anak dalam kandungan saya tu selalu buat hal emergency nanti. tup-tup.. 10/09/09, lahirlah danieL iaitu seminggu sebelum hari raya.
  3. zaman bujang-bujang dulu, biasa la kan.. masih tercari-cari who is the one. lebih-lebih lagi bila saya belajar kat Johor, family risau kalau-kalau saya terkahwin orang semenanjung. tapi, dari dulu saya memang dah bertekad saya hanya akan berkahwin dengan orang Sabah dan saya mau bakal suami saya tu bukan seorang perokok. wow.. kecil-kecil dah pandai-pandai fikir pasal bakal suami. hahaha.. but it’s worthwhile maaa.. skang saya adalah isteri kepada orang Beaufort yang langsung tidak pernah merokok dan sangat sensitif kepada bau asap.
  4. zaman sekolah menengah, UMS dah ditubuhkan di Sabah, tapi hati saya ni tak berkenan la masuk universiti kat Sabah. kalau boleh nak gak merasa merantau di tempat orang kan?! sebab tu lah dapat kat UTM, Johor.
  5. zaman sekolah rendah, seawal umur 11 tahun saya dah pasang angan-angan. lepas UPSR, nak tinggal kat asrama. huhu.. bukannya tak suka duduk rumah, tapi sebab kat rumah pun bukan ada sape-sape, saya dan my dad jer. lagipun kat asrama, boleh la concentrate ngan study, kan? again, my wish come true!!

pengalaman korang mesti lebih menarik untuk dikongsi kan? hehe.. just for fun, saya nak tag pidda, sha, mchye, one-nur, kak rina dan leyana untuk buat entri mengenai pengalaman korang dengan LOA. kawan-kawan yang tak kena tag tu, jangan la merajuk, boleh gak la buat kalau anda sedang rajin. sharing is caring ok.. not scaring!! hahaha..

by the way, maybe korang pernah dengar citer kununnya LOA ni menyesatkan akidah. actually, kalau iman kita tak seberapa kuat, kita akan berprasangka sedemikian. mari kita berfikir secara positif sebenarnya LOA ni menggalakkan kita untuk berazam dan berfikir secara positif. kerana Tuhan itu Maha Penyayang, kalau kita nak sesuatu dan kita betul-betul yakin Tuhan akan tolong kita, Insya-Allah, benda tu pasti akan berlaku dengan pertolongan-Nya.

wish it.. believe it.. receive it.. YOU attract things into your life. YOU are a magnet!

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. pida says:

    Whoaah, best sungguh entri ni. pulak tu sy kena tag hihi. eh, sy bah tu kan? =P okeh, nnt sy akan buat entri pasal itu.. (skrg tgh pikir2 mau publish ka tidak tu cerita puppy love sy.. MATAI ! haha) neway, sy ketawa berdekah2 baca entri ‘new amah’ ko tu. hahaha.. so cute tp kena pecat la pulok hee.. adoiyai comel gila! :’)

Leave a Reply