tentang bulan the series

korang pernah tak tengok citer ni? mesti pernah kan? tapi.. mesti rasa citer tu cam boring kan? sebab citer budak-budak kampung..

ntah la nape saya suka sangat citer ni. takde la sampai nak tengok setiap episod, kekadang jer ter-tengok, tapi bila dah tengok, wah.. macam-macam perasaan bermain di fikiran.

mula la teringat zaman kanak-kanak saya kat kampung dulu, lebih kurang sebiji cam dalam citer tu. setiap malam mengaji kat surau bersama geng-geng surau. ada yang datang dengan niat nak belajar, ada plak yang datang tu saje je nak tengok awek kesukaan dorang. hahahaha… pastu, sebelah petang plak, sementara tunggu keta charter ambik dari sekolah, sempat lagi main kat padang sekolah. main kejar-kejar, main getah.. sampai koyak skirt sekolah pun buat dunno jer..

ada satu part dalam citer tu yang tetiba jer buat airmata saya mengalir..

Abu baru balik dari sekolah, mak ayah dia belum balik dari kerja. sedang dia berehat-rehat kat ruang tamu, tetiba dia terpandang duit kertas RM 5 atas coffee table dilampirkan dengan sekeping nota, dia pun dengan selamba jer ambik duti tu dan berkata, “ermm.. dah tau dah. ni mesti suruh makan kat kedai.”

adakah patut mak dia tak sediakan makanan? kalau ingat-ingat dulu, disebabkan saya ke sekolah dari pagi sampai ke petang, my dad selalu bekalkan makanan tengahari. kalau tak sempat, dia bagi duit untuk makan tengahari kat kedai sebab sekolah agama kat pekan, so warung makan ada kat mana-mana. tak kesah la kut, sebab kat pekan ada banyak kedai. tapi, pernah satu ketika, bila saya tetiba jer rasa cam malas nak gi sekolah agama, jam 12.30 petang terus berjalan kaki balik rumah dengan kawan-kawan. kebetulan plak hari tu my dad tak bekalkan nasi, ntah dari mana dia dapat tahu yang saya tak gi sekolah agama, dia pun cepat-cepat masak makanan sebelum bergerak ke tempat kerja. rupa-rupanya dia dapat tau dari sorang kawan yang sampai dulu dari kitorang. huhu.. kalau tak, kelaparan la saya pada hari itu.

sekali sekala terimbas citer dulu-dulu, memang best kan? tapi, skang.. saya pun dah punya anak sendiri. bila tengok part tu sambil airmata berlenangan, saya pun peluk danieL dengan erat dan berkata, “danieL.. umi takkan buat danieL macam tu k…” danieL tak faham pun lagi, yang dia tau, main…

hahahaha.. sentimental sungguh la entri kali ni. apapun, citer tentang bulan the series sememangnya menggamit kenangan silam. tetiba tanya soalan cepumas kat my hubby, “abang… kan lebih baik kalau kita tinggal kat kampung. boleh la danieL membesar dengan suasana kampung, kan?”

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. Rina says:

    hehe baru aku notice something.. happy anniversary!!

Leave a Reply