reviewing my 2010 personal goals

nawaitu  untuk publish entri ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk kerana tiada apa-apa yang ‘wow’ pun untuk ditunjuk, tapi oleh kerana ini adalah my own personal blog, so suka hati saya lah nak publish apa kan?! hihi.. anyway, kalau anda tengah rajin, sila lah baca entri ini untuk senarai penuh my 2010 goals sebab review ini dibuat hanya untuk certain goals aje ye.

working hard on my personal development – this is actually an everyday process, tapi tahun ni nampaknya ia agak diabaikan. huhu.. salah satu faktornya adalah kerana saya dah berpindah kerja di tempat baru, maka environment kerja berubah. unsur-unsur negatif pun menyerang bertubi-tubi, awal September baru tersedar dari lamunan. aiseh!! yang ni bab main game FB lah ni. hahaha.. masa untuk membaca pun terasa semakin sukar untuk dicari. errgghhh.. I really need to work hard on this!! otherwise, terpaksalah guna cara baru (selain membaca) untuk menambah ilmu di dada, tapi pastinya ia melibatkan sedikit kos.

growing my skills and performances – Alhamdulillah, walaupun environment tempat kerja baru sungguh terdedah dengan ion negatif, tapi I did grow my programming skills. sebab kat sini, almost 100% adalah orang IT, so saya tidak lagi bersendirian untuk berkongsi masalah kerja. dah belajar guna framework untuk programming dengan mudah dan cepat, dah ada ruang untuk ber-inovasi dan sebagainya la..

a very straight-forward book to read yet, so difficult to apply. again, learning is a process..

developing my leadership skills – bila orang tanya kita, who is your leader? tanpa berfikir panjang, kita mesti tunjuk bos kan? dan bila sebut pasal bos, mesti ramai orang tak suka kan? huhu.. my point is, saya tak suka jadi bos sebab ramai orang benci. tapi, disebabkan itu adalah persepsi negatif, nak tak nak saya kena berubah. kalau boleh, I don’t want to be ‘F41’, tapi.. sebab saya takde diploma, saya terpaksa juga pegang gred jawatan ini. dan saya sedar, perasaan ‘terpaksa’ ini hendak lah dibuang jauh-jauh sebelum jadi cancer dalam diri. and.. I can’t deny, this is so damn hard!! but actually, boss and leader is totally a different person ok!! I want to be a good leader, not a boss..

learning new skills (swimming) – hahahaha.. malangnya, my hubby tak benarkan ambik kelas swimming. kalau lah ada swimming pool tertutup atau sungai belakang rumah, boleh la cari member yang tahu berenang. so, this mission is 100% failed!! so, as a substitute, I did learn to play ‘bola jaring’. hahaha.. zaman sekolah dulu ada gak belajar bola jaring, tapi dah lupa la.. so, aci ker tak ni, kak rina.. aci jer la kan?!

so, the rest of the goals considered achieved la yer..

Alhamdulillah, berkat usaha dan pertolongan-Nya, 7/12 tercapai, 3/12 adalah kurang memuaskan dan 2/12 adalah long-term goals and I’m working on it. anyway, ada gak achievement yang tidak dijangka berlaku tahun ni iaitu:

  1. Januari – memiliki digital camera Panasonic Lumix TZ7
  2. Februari – pindah kerja ke UMS. walaupun first interview-nya pada November 2009 (semasa cuti berpantang), tapi keputusan diketahui pada Januari 2010.
  3. April – memiliki domain sendiri iaitu ibumadeeha.com
  4. Jun – melawat Labuan. memang dah lama teringin nak ke Labuan, tak sangka tahun ni impian tercapai. walaupun orang kata tempat tu takde apa yang menarik, tapi saya teringin gak nak melihat tempatnya bagaimana, mungkin sebab ramai kawan berasal dari Labuan.
  5. Ogos – memiliki web-hosting sendiri dan tidak lagi menumpang di blogger.com
  6. September – memiliki kereta Proton Persona. Alhamdulillah, yang ni memang betul-betul unexpected.
  7. Disember – conquer my fear to do online shopping. hahaha.. berjaya akhirnya. skang ni, nak kena control hawa nafsu, sebab macam ketagih la plak. anyway, bila fikir-fikir balik, berbaloi gak la, sebab dapat mengurangkan aktiviti mencari kain/ tudung bersama hubby dan danieL. well.. maklum lah, aktiviti ini adalah antara aktiviti yang paling membosankan bagi lelaki dan anak kecil.

ermm.. perkara tak best berlaku pada tahun ini ialah saya dah kehilangan 2 batang gigi geraham, damn it!! malu nak mengaku, tapi ini lah kenyataannya. supaya korang semua tahu ini lah akibatnya kalau tak suka minum susu. so, next year kena rajin minum susu sebab ada plan nak pregnant lagi. huhu.. ni dia pantun dua kerat terhasil dengan spontannya..

Lora, Lora.. anak baru sorang
gigi dah 2 batang hilang

ngeee.. ** korang mesti ter-imagine senyuman saya tanpa gigi kan?! hahahaha..

ok, sebelum berakhir, saya tak merancang untuk membebel di sini but I can’t help it. so, layanzz..

seringkali kita ingin mencuba sesuatu, tapi dalam percubaan kita tu kadang-kala menemui kepayahan. contoh: kita seronok tengok orang bersukan, so gi lah join. baru dua tiga hari bersukan, badan dah mula sakit-sakit. dalam hati mula berbisik, “adoi.. sakitnya badan. maybe dah tua-tua ni tak sesuai kut ikut aktiviti camni.” padahal sebenarnya, kesakitan itu adalah satu petanda bahawa ada benda yang kita perlu ubah. mungkin kita perlu mulakan senaman yang ringan-ringan dulu ker.. minum susu untuk kuatkan badan ker.. dan sebagainya. cuba lah mencari makna disebalik petanda-petanda itu kerana ia tak semestinya menyuruh kita untuk berhenti atau putus asa.

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

1 Response

  1. Rina says:

    Asi la bah tu.. asah skil main bola jaring.. hehe ntah2 tahun dpn dpt cuti rehat dari bersukan suda kita..

Leave a Reply