panggilan hangit

tengah busy-busy membetulkan script untuk database connection, tetiba telefon kat ofis berdering.. unknown number terpampang kat screen IP Phone Cisco. ermmm… konfem panggilan dari luar jabatan. kalau bukan pasal SISEF, mesti pasal E-meeting, KPI atau website HEP. layan jer laaa…

“Hello..”

“Hello.. Bole bercakap dengan Cik Laurah @…” suara lelaki di talian sedang berusaha untuk menyebut nama penuh saya. cik? hehe.. abaikan jer la.

“ya saya bercakap..”

“saya B*** dari Jabatan P** Komputer Negeri S***.. saya call ni adalah berkenaan dengan sistem yang cik bangunkan untuk pengurusan dokumen dan tindakbalas. info ni saya dapat dari bos saya yang mana beliau pernah mendengar pembentangan daripada cik tentang sistem ni. actually kami sudah lama mengalami masalah dalam pengurusan dokumen dan pemantauan tindakan yang kurang berkesan, jadi kami berminat untuk mengimplementasi sistem ini di semua jabatan kerajaan negeri Sabah. boleh kah?”

lebih kurang macam tu lah intro daripada orang tu. tapi, actually memang agak panjang lebar dan sementara dia sedang bercakap-cakap tu, saya masih blur dan bermacam-macam persoalan keluar dari kotak fikiran saya. antaranya..

errr.. macamana plak orang luar boleh tau pasal sistem ni? saya buat pembentangan? yang mana satu ek??

betul ker seluruh Sabah? ker.. ada orang nak sabotaj sistem ni?

jangan-jangan panggilan hangit kut. mesti saje je nak kena kan saya ni!

namun, bersusah-payah saya cuba mengecam suara itu, tapi memang betul-betul unknown la!! disebabkan fikiran saya sedang sibuk berteka-teki, maka semua intro tadi hanya berjaya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. agak lama juga soalan “boleh kah?” dari lelaki itu dibiarkan begitu saja. actually, saya pun nak tanya benda yang sama kat dia, boleh kah??

dengan selamba, saya mengeluarkan soalan taktik..

“errr… nama encik sape tadi?”

“B****”

“owh ok en. B***. dari bahagian mana ya?”

tak tau nak letak gambar apa untuk entri ni, so this is it!.. SISEF’s main interface

hahahaha.. mesti orang tu berbisik…

adedeh.. nak kena ulang-suara ker intro panjang lebar saya tadi?

actually, saya memang betul-betul blur ok so, sementara saya kelam-kabut mencapai pen dan menulis nama dan maklumat jabatan dia di atas sekeping kertas, saya masih tertanya-tanya, boleh kah? errr.. takkan tak boleh kan??

dipendekkan cerita, setelah dia memberikan penjelasan yang lebih details mengenai tujuan perlaksanaan sistem dan masalah semasa yang dorang hadapi beserta maklumat lokasi perlaksanaan (seluruh Sabah), saya pun buat keputusan.

“boleh.. tapi, kami perlukan hitam putih daripada pihak JPKN berkenaan perkara ni…”

blah-blah-blah.. dah akhirnya persetujuan dicapai yang mana beliau akan menghantar surat kepada Ketua Unit saya dan saya minta dia emelkan benda-benda yang dia nak saya present semasa hari perbincangan nanti. belum pun habis perbualan diantara kami, tetiba plak rasa nak bergerak untuk matikan suis aircon..

apesal sejuk seluruh badan ni?

nasib baik perbualan dah tamat sebelum bibir terketar-ketar.

kuang kuang kuang.. inilah pengalaman saya menyambut panggilan yang tak seberapa hangit. perkataan “seluruh sabah” tu menjadikan saya rasa nervous semacam jer. woww!! seluruh sabah!! what the hell am I gonna do about that?!

excited?!.. memang la excited! tak sangka ada orang berminat nak pakai sistem yang saya buat. tetiba impian lama berputik semula, aiseh!! impian apa ya?! should it be listed on my 2011 golden goals? jeng jeng jeng..

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

Leave a Reply