new project

disebabkan sejak kebelakangan ni boss selalu bertukar menjadi chipsmore.. maka diawal pagi lagi saya sudah menjadi tetamu pertama yang masuk ke biliknya pada hari ini. bukan apa.. sebab tak nak malam ni dihantui mimpi yang sama. kalau bukan kerana mimpi ngeri itu, jangan harap la nak masuk bilik dia, ok!! hahahaha…

apalagi kalau bukan mimpi pasal kerja-kerja berat yang bertukar menjadi hantu di malam buta. so, dipendekkan cerita, seperti biasa kalau saya ada plan, selalunya boss ok aje, sebab yang buat kerja adalah saya jugak. nampaknya, di hujung tahun ini anda semua boleh la bercuti-cuti panjang, tapi saya plak dah dapat projek baru yang mesti disiapkan sebelum 20 Jan 2011. huhu.. padan muka saya sebab saya sendiri yang cari pasal.

tak tau nak letak gambar apa dalam entri ni, so nikmati lah pemandangan projek baru saya yang baru berada di tahap 0.5%

bukan apa.. sebab kalau bukan saya yang buat, nak tunggu sape yang buat kan? pastu kalau tak buat, saya juga yang susah kan? so.. kesimpulannya, tak payah tengok orang lain, tak payah tunggu arahan, buat la wahai Puan Laurah.. be responsible!

o’ya! dan saya tau, sistem ni telah dibuat oleh MAMPU, dah sampai version 3.0 dah pun. sorry la yer sebab sistem tu masih tidak dapat memenuhi keperluan pengguna di UMS ni. huhu…

Follow me!

  • Facebook
  • twitter
  • Hatena

You may also like...

2 Responses

  1. mummy aliya says:

    sha ade intaller my-meeting yang MAMPU tu. tp sampai skang x penah pun install dalam server.

    Suka ar tgok lora asyik buat sistem je, sha mmg banyak plan gak nak buat, tp kan….

    hehe…sila sambung sendiri TAPI itu. :p

    Lora, cane guna dry-mop tu?

Leave a Reply